Miliki kulit rata dan nampak sempurna memang menjadi dambaan ramai wanita. Seperti paras jelita selebriti terkenal, kini anda boleh mendapatkan sentuhan solekan sempurna dan rata menerusi teknologi baru Maybelline New York. Jenama solekan nombor satu dunia itu kini melancarkan formula mousse Maybelline New York Pure Minerals BB Mouse.
Inovatif terkini itu membolehkan kulit wajah lebih anjal dan nampak lembut ketara menerusi krim BB yang membantu menghadirkan kulit wajah sempurna. Asas cecair yang ringan dapat membantu liang roma tersumbat. Hasilnya, solekan ketara lebih mudah, selain bertindak hampir serta-merta dengan hasil solekan yang nampak seperti semula jadi.
Hanya satu pam pada tapak tangan dan kemudian meratakan pada seluruh wajah, Maybelline New York Pure Minerals BB Mouse dikatakan mampu mengimbangi rona kulit tidak sekata, sekali gus menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit.
Ibarat impian mendapatkan wajah sempurna hampir sekelip mata, Maybelline New York Pure Minerals BB Mouse juga diperkaya dengan formula Bubble Micro yang memberikan liputan sempurna pada sebahagian besar berbanding krim BB yang lain.
Menerusi resapan pantas pada pigmen kulit, ia menjadikan tekstur lebih ringan sekali gus memberi impak kecerahan berseri. Antara efek pantas yang drastik menerusi penggunaan Maybelline New York Pure Minerals BB Mouse ialah kulit lembut, menghalang penghidratan kulit, segar berseri dan perlindungan UV /SPF30. Selain itu, produk ini di makmal dermatologi untuk sebarang alahan kulit.
Maybelline New York Pure Minerals BB Mouse didatangkan pada harga pengenalan, RM49.90 untuk tempoh terhad sebelum dijual pada harga RM54.90 di semua peruncit dan farmasi utama.