Maskara False Lash Effect daripada Max Factor

Maskara False Lash Effect daripada Max Factor memberikan hasil lentikan bulu mata yang penuh dan tebal serta tidak ubah seperti memakai bulu mata palsu.

Dengan berus yang lebih besar dan mudah digunakan, maskara False Lash Effect ini mampu memberikan penyelesaian kepada wanita yang gemar atau mengimpikan kesan lentikan seperti bulu mata palsu menerusi teknologi berus iFX. Ia direka khusus untuk menebalkan setiap helaian bulu mata dari pangkal hingga ke hujungnya, tanpa meninggalkan gumpalan atau kesan comot di kelopak mata.


Kesan bulu mata anggun ini juga adalah hasil gabungan berus maskara terbesar pernah dikeluarkan Max Factor, di samping kandungan formula Liquid Lash dalam False Lash Effect yang dipatenkan.

Berus baru ini menampilkan 50 peratus lebih bulu dan teras lebih besar sehingga 25 peratus berbanding Masterpiece Max - maskara popular Max Factor dalam koleksi lalu.

Gabungan rekaan berus dan formula Liquid Lash itu mampu menebalkan setiap helaian bulu mata dengan memastikan sapuan penuh pada bulu mata.




Meskipun pemakaian bulu mata palsu boleh memberikan penambahbaikan gaya yang diingini, kajian Max Factor bagaimanapun menunjukkan bahawa 77 peratus daripada 78 wanita yang menyertai soal selidik mengenai tabiat menggunakan bulu mata palsu dan maskara berpendapat ia mungkin sesuatu yang keterlaluan, berlebih-lebihan, tampak palsu dan dirasakan tidak asli.

Ia bagaimanapun berbeza apabila 95 peratus wanita setuju bahawa maskara False Lash Effect ini berupaya melebatkan dan menebalkan bulu mata mereka, sementara 92 peratus bersetuju ia dapat mempertingkatkan kejelitaan semula jadi mereka berbanding bulu mata yang tidak dirias.

Pengarah Rekaan Kreatif Global Max Factor, Pat McGrath, sememangnya sudah sedia maklum mengenai impak yang dicetuskan oleh riasan mata anggun.

Pat menggunakan maskara False Lash Effect itu di belakang pentas ketika pertunjukan fesyen di Milan, Itali, bagi membangkitkan penampilan mata yang lebih memukau dengan bulu mata tebal pada barisan modelnya.

“Pada saya, maskara ini menyeronokkan apabila menggunakannya. Dengan menggunakan False Lash Effect ini, saya tahu saya memiliki maskara yang mampu memberikan ketebalan tanpa had serta tampak seperti memakai bulu mata palsu. Apa yang penting, ia mudah digunakan,” katanya.

Hadir dalam dua warna, hitam dan biru gelap, False Lash Effect dipasarkan pada harga RM66 dan boleh diperoleh di Parkson, Metrojaya, Isetan dan Pacific seluruh Malaysia.