Essensity-rangkaian penjagaan rambut berwarna Schwarzkopf Professional

Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya boleh mendedahkan seseorang kepada risiko rambut kering, rosak malah lebih teruk akan mengalami keguguran jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.

Risiko itu bagaimana pun boleh dikurangkan jika anda menggunakan rangkaian produk penjagaan rambut sesuai terutamanya yang bebas daripada ammonia, parafin atau parabin berbahaya.

Ia mendorong jenama penjagaan rambut terkenal, Schwarzkopf Professional memperkenal Essensity, rangkaian terbaru untuk membantu menjaga dan menyihatkan rambut biarpun selepas diwarnakan.


Apa yang menarik mengenai rangkaian berkenaan ialah ia diperbuat menggunakan esen organik tulen daripada bahan berasaskan alam semula jadi serta bebas sepenuhnya daripada amonia atau bau yang kurang menyenangkan.

Essensity adalah rangkaian warna, jagaan dan penggayaan pertama yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi tanpa menjejaskan prestasi.

Essensity adalah pilihan terbaik untuk penggayaan rambut mengikut aliran fesyen tanpa menjejaskan kesihatan badan atau persekitaran.

Keseluruhan rangkaian ini menggunakan bahan daripada esen organik tulen yang didapati daripada proses ekstrak dengan formula yang lebih mesra alam dan 100 peratus boleh dikitar semula.Ia juga secara aktif mengelak penggunaan aerosol dan pembungkusan yang tidak perlu.

Rangkaian penjagaan istimewa itu mengandungi perahan benih anggur, ektoin dan madu lebah semula jadi.

Ia turut menawarkan sistem pencerahan yang bebas daripada ammonia dan haruman untuk hasil rambut lebih berkilau dan kekal lama.

Sistem pencerahan itu dikatakan dapat membantu memberi sehingga lima tahap peningkatan dan mengandungi esen kamomil organik yang mendinginkan.

Selain ammonia, rangkaian itu juga bebas sepenuhnya daripada silikon, parafin, parabin, terbitan formaldehid, alkohol dan warna tiruan.

Essensity boleh didapati dalam 35 warna indah serta menawarkan sehingga 100 peratus litupan uban dan empat tahap peningkatan untuk hasil pewarnaan yang sempurna.

Bagi memastikan rambut berwarna kekal sihat dan berkilat, tiga jenis rangkaian ditampilkan iaitu warna, pemulihan serta pelembap.

Rangkaian warna dicipta bagi mengunci kekuatan warna untuk memastikan kilauan yang tampak sihat dan berseri. Rumusan unik rangkaian itu turut ditambah dengan campuran esen organik acai beri dan tulip.

Untuk rangkaian pemulihan, Essensity menyediakan produk yang dapat membantu memulih sepenuhnya dengan memperbaiki serta memelihara rambut rosak.Rangkaian ini kaya dengan campuran esen organik beri Goji dan protin kacang soya asli.

Melengkapkan rutin penjagaan, jangan ketinggalan untuk menyapukan pelembap yang kaya dengan campuran esen organik aloe vera dan minyak zaitun kerana ia membantu membekalkan kelembapan mendalam serta nutrisi untuk rambut kasar atau kering.

Bagaimanapun, rambut berseri dan sihat tidak lengkap tanpa penggayaan yang hebat. Untuk kemasan paling menarik, rangkaian penggayaan jenama itu juga boleh digunakan kerana ia dapat membantu membentuk dan menyinar lagi rambut untuk memberi lebih kebebasan untuk anda tampil penuh bergaya.

Untuk membentuk gunakan semburan perapi yang diperkaya dengan gabungan esen organik kulit pokok Ash dan buluh untuk mendapatkan bentuk rambut terkawal serta kemasan bersinar.

Untuk memastikan teksturnya kekal dalam keadaan terbaik, sapukan lumpur penteksturan yang padat dengan gabungan esen ubi organik dan akar Burdock manakala bagi memastikan rambut mempunyai bentuk, gunakan krim pengembang yang dihasilkan daripada esen anggur merah serta tunas anggur hitam.

Serum pencerah semula jadi daripada esen minyak bijan dan biji rami pula
dapat membantu memastikan rambut kekal bersinar serta ringan secara semula jadi.

Semua rangkaian berkenaan sudah pun berada di pasaran dan ia boleh didapati di salun Schwarzkopf Professional yang terpilih.