Harga pakej perkahwinan Dewan Gemilang Yayasan Felda

Harga pakej perkahwinan Dewan Gemilang Yayasan Felda bermula pada harga RM27 seorang bagi tempahan maksimum 500 orang, pakej kedua pada harga RM32 dan pakej ketika, RM37.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.feldadsaji.com.my atau hubungi talian 03-26988302 atau e-mel d’saji@felda.net.my.

Maklumat ringkas

Atas sambutan dan keperluan juga kehendak pelanggan terutama dari sekitar Lembah Klang, Felda D’Saji Sdn Bhd (D’Saji) menambah lagi lokasi pilihan pengantin iaitu di Dewan Gemilang Yayasan Felda, bertempat di Kelana Jaya, Selangor.

D’Saji melihat potensi lokasi yang dulunya dikenali sebagai Dewan Asrama Semai Bakti Kelana Jaya sebagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan masyarakat sekeliling.
Sehingga kini ia boleh menampung kapasiti 500 tetamu bagi acara bankuasi, 1000 (hidangan bufet), 500 (seminar) serta 800 (seminar berbentuk teater).

Pakej perkahwinan Dewan Gemilang Kelana Jaya diusahakan secara kerjasama antara D’Saji dan Yayasan Felda, antara lain bertujuan untuk menaik taraf dan mengindahkan lokasi asal serta menjadikan ia sebagai sumber kewangan tambahan kepada Yayasan Felda.

Dewan itu turut dilengkapi dengan kemudahan bilik tetamu kenamaan (VIP), bilik persiaran, bilik solat dan juga bilik urus setia. Tambah menarik, suasana persekitaran dewan juga dilengkapi teknik pencahayaan futuristik menggunakan LED.

Bagi pelanggan yang ingin melangsungkan pernikahan, D’Saji menyediakan bilik persada pernikahan dilengkapi pelamin, bantal akad serta menu yang amat menyelerakan bagi melengkapkan majlis.

Pendek kata, segala-galanya diperakui meyakinkan kerana D’Saji sememangnya terkenal dalam bidang perkhidmatan sajian makanan di Lembah Klang serta agensi pengurus sajian makanan dan bankuasi di Felda Residence Kuala Terengganu, Tanjung Leman serta Makkah.