Wanita sering mengimpikan badan yang langsing, cantik dan menawan. Bagaimanapun, idaman tersebut sering tersasar atau terbantut. Bagaimanapun, masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi. Boleh cuba mengikuti program penurunan berat badan di Pusat Kecergasan dan Aerobik D’Aora.
Lokasi premis di Alur Lintang, Besut Terengganu kini menjadi tumpuan wanita yang cukup prihatin dalam soal kesihatan dan kecantikan.
Boleh memilih sama senaman belly dancing atau tarian Arab yang bersesuaian dengan sosio-budaya masyarakat setempat. Atau pun pendekatan aerobik yang cukup rancak dengan aktiviti pergerakan.
Pemilik dan Pengelola Pusat Kecergasan dan Aerobik D’Aora, Fanora Mat memberitahu pihaknya telah menyelesaikan lebih 40 individu bermasalah berat badan.
Pada masa yang sama, dia turut bersedia untuk menguraikan permasalahan individu yang terlebih berat badan.
“Pendekatan yang digunakan berbentuk semula jadi. Kita atur semula diet makanan mengikut keperluan. Tanpa mengetepikan keperluan karbohidrat, protein, mineral dan serat,” katanya baru-baru ini.
Fanora menjelaskan setiap peserta diberi tempoh diet seawal 10 hari. Makan tiga kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari dan malam.
Bagaimanapun, menu diet yang diperkenalkan mengikut cara masyarakat Korea. Ia lebih kepada sayur-sayuran dan berkuah seperti sup. Peserta juga digalakkan minum air masak secukupnya dan tidak dibenarkan sama sekali menyentuh air berperisa.
Amalan ini wajib diikuti oleh setiap peserta agar mendapat hasil yang memberangsangkan selepas hari pertama mendaftar di pusat berkenaan.
Sebenarnya, terdapat tiga peringkat kursus bagi peserta yang berminat untuk mengikut siri melangsingkan badan. Pertama kursus pendek bagi jangka masa dua minggu. Kedua untuk peserta yang berminat mengambil pakej penuh. Juga buat individu yang punyai penyakit kronik seperti sakit lutut dan kencing manis.