Novel Lelaki Eksklusif oleh Wan Awliya Rayqal

LELAKI EKSKLUSIF – Wan Awliya Rayqal

NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?



Tajuk: Lelaki Eksklusif
Penulis: Wan Awliya Rayqal.
Penerbit ; Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-43-7
Harga: RM18 (Semenanjung) // RM21 (Sabah & Sarawak)

Mawi lancar produk kesihatan Uniquein

Mawi lancar produk kesihatan sendiri

Penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin telah melancarkan produk kesihatan dan kecantikan sendiri bernama Uniquein.

Produk kesihatan tersebut berasaskan ramuan al-sunnah manakala produk kecantikan pula berasaskan bahan-bahan semulajadi.


Facebook: https://www.facebook.com/uneQueinofficial



Jelas Mawi, melalui kesedaran dan keinginan masyarakat kini berhubung kepentingan penjagaan kesihatan, pihaknya telah menemui produk yang berjaya memberi impak.

"Selain itu, kami juga mahu melahirkan usahawan-usahawan dalam kalangan bumiputera di samping memupuk gaya hidup yang sihat," katanya. - Utusan

Sinopsis novel Beautiful Asmara karya Aina Emir

 Sinopsis novel Beautiful Asmara

Beautiful Asmara membawa kisah gadis kampung berusia 23 tahun, Fira Asmara atau Fir, siswazah tempatan yang digelar fashionista dalam kalangan rakan kerana pandai bergaya, tetapi masih belum mahu bekerja tetap kerana mempunyai minat dan kecenderungan berbeza.

Fir hanya melakukan pelbagai kerja yang disukainya termasuk mengambil upah menjadi penyelidik dan berkhidmat sebagai sukarelawan di rumah anak yatim dan dalam masa sama, bercinta dengan rakan sekampungnya, Jazli yang dikenalinya sejak di sekolah lagi.

Hubungan itu berlanjutan sehingga lelaki itu kembali ke tanah air meskipun selepas melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat selama lima tahun, tetapi konflik mula timbul selepas Jazli dipaksa bekerja dengan rakan ibu bapanya yang kaya raya, Sharif.

Dalam diam, ibu Jazli mahu menjodohkannya dengan anak perempuan Sharif dan hal itu menyebabkan hubungan Jazli dan Fir menjadi dingin, tetapi langkah gadis itu mengambil upah melakukan penyelidikan di internet membuka kesempatan kepadanya berkenalan dengan selebriti terkenal, Reez Putra.

Pertemuan di luar duga


Pemuda itu kebetulan sedang mencari maklumat untuk program televisyen terbaru kelolaannya dan perhubungan yang pada mulanya dingin, berdua berubah menjadi rapat apabila Fir dan Reez sering bertukar pandangan dan saling membantu bagi menghasilkan rancangan televisyen berkenaan.

Di sebalik kejayaan dikecapi Reez, rupa-rupanya pemuda itu menyimpan kisah duka zaman kanak-kanaknya dan rasa marah yang dipendam begitu lama akhirnya berubah menjadi dendam tidak berkesudahan terhadap ibu, apalagi bapa tirinya.

Ingin tahu kisah selanjutnya di antara Reez atau Mr Celebrity dan Fir atau Miss Kampung, Beautiful Asmara bakal menceritakan segala-galanya dan bacalah sendiri untuk menilai sama ada novel terbaru Aina ini berjaya menambat hati anda atau tidak.

Beautiful Asmara

* Pengarang: Aina Emir

* Tebal: 542 halaman

* Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

* Harga: RM 23.90 senaskhah


Aina Emir atau nama sebenarnya, Latifah Emir dilahirkan di Kuala Kangsar, pada 1956. Menamatkan Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara di Universiti Malaya (UM), sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Liverpool pada 1990.

Ibu kepada empat cahaya mata ini, mula menulis secara serius pada 2003 apabila muncul dengan karya sulungnya, Sesuci Cinta, sebelum disusuli Seharum Kasih, Setulis Janji, Aura Cinta, Bunga-bunga Kemboja, Kau Laksana Bulan, Hanya Kita Berdua dan Selamat Malam Kekasih.

Novelis yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Latihan dan Motivasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 17 tahun itu, turut mengadaptasi novelnya, Kau Laksana Bulan ke drama bersiri dengan judul sama. Beliau cergas menganjurkan program bimbingan penulisan dan sering dijemput untuk berinteraksi pada seminar, perbincangan dan bengkel anjuran universiti tempatan dalam bidang penulisan kreatif.

Peminat novelis mapan ini boleh mengikuti perkembangan dan karya terbarunya menerusi blog, www.aina-emir.blogspot.com atau e-mel ke emir_aina@yahoo.co.uk.

Aura White lepasi sasaran, dapat sambutan

Aura White lepasi sasaran
Aura White Beauty, syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk minuman kesihatan di bawah jenama Aura White, yakin dapat menggandakan jualannya sehingga 200,000 botol menjelang akhir tahun ini melalui pemasaran secara online, sekali gus terus meneroka pasaran luar negara.

Pengasasnya, Feena Azmir berkata, walaupun baru empat bulan di pasaran, Aura White mendapat sambutan amat menggalakkan dan mencatat jualan melebihi sasaran awal syarikat.

Katanya, sasaran awal syarikat adalah untuk mencapai jualan sebanyak 20,000 botol, tetapi sudah mencecah lebih kurang 100,000 botol sekarang dan ia juga dibantu oleh 200 stokis serta lebih 1,000 pengedar Aura White di seluruh negara.




Kami tidak menyangka sambutan luar biasa yang diterima daripada pelanggan terhadap produk Aura White, malah terdapat ramai testimoni kami yang berpuas hati dengan minuman kesihatan ini kerana ia bukan saja diformulasikan dengan teknologi Jepun, tetapi menggabungkan tiga stem sel dari tomato, epal dan roselle bersama glutathione serta kolagen tilapia yang sesuai untuk lelaki dan wanita.

Selain itu, kelebihan Aura White juga baik untuk kesihatan dalaman badan jika diamalkan dengan amalan diet sihat dan sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak kerana kandungan khasiat vitamin yang tinggi, katanya kepada Bisnes Metro di sini baru-baru ini.

Menurutnya, produk Aura White mempunyai pelbagai kelebihan untuk kesihatan dari hujung rambut hingga kaki disebabkan kandungan semula jadi dalam penghasilan produk terbabit dan tambahan pula, ia dihasilkan dengan gabungan teknologi terkini untuk wanita Asia yang mementingkan penjagaan diri.

Feena berkata, pihaknya masih membuka peluang kepada mereka yang berminat menjana pendapatan dengan menjadi pengedar dan mini stokis di mana modalnya masing-masing adalah RM1,000 dan RM4,250.

Beliau berkata, produk Aura White juga mendapat permintaan dari luar negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Australia serta United Kingdom dan pihaknya juga menyasarkan untuk menembusi pasaran seluruh Asean tetapi sebagai permulaan akan memberi tumpuan penuh kepada permintaan tempatan terlebih dulu.