Teknologi penggunaan sebatian silika yang diterapkan pada tayar terbaru Goodyear Assurance Fuel Max mengurangkan geseran antara molekul getah, sekali gus memberi penjimatan minyak sebanyak empat peratus.
Produk terbaru dilancarkan Goodyear Malaysia, baru-baru ini, turut diperkuat dengan lapisan DuPont Kevlar iaitu bahan ringan lima kali lebih kuat daripada keluli untuk memberikan perlindungan tambahan pada tayar berkenaan.
Ujian perbandingan di Pusat Inovasi Goodyear di Luxembourg, Jerman mendapati jangka hayat bunga Assurance Fuel Max boleh mencapai sehingga 85,777 kilometer, 15 peratus lebih jauh berbanding teknologi sebelumnya.
Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng berkata, keadaan cuaca kini membuat rakyat negara ini lebih bijak menguruskan kenderaan dan mencari pilihan terbaik menjimatkan wang mereka.
Beliau berkata, Goodyear sentiasa mengutamakan keselamatan produknya dan tayar baru itu memberi perlindungan maksimum.
“Tayar Assurance Fuel Max boleh didapati di lebih 250 wakil pengedar kami di seluruh negara.
“Buat masa ini, Goodyear akan memberi tumpuan kepada pemasaran tayar terbaru ini pada peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya pada majlis pelancaran Goodyear Assurance Fuel Max di Shah Alam, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Q-Tech Goodyear, Duane Ready.
Menurutnya, tayar berkenaan direka khusus untuk kegunaan kereta keluarga kelas pertengahan dan premium dengan menawarkan saiz 15, 16 dan 17 inci yang dijual antara RM270 hingga RM520 setiap satu.
Assurance Fuel Max turut dibina dengan bilah ‘wafel’ tiga dimensi yang unik berfungsi memberi cengkaman brek pada jalan basah atau kering.
Ia juga direka bentuk dengan empat jujukan jarak dan sudut blok tengah tinggi yang membantu memudahkan sentuhan lancar dan senyap dengan permukaan jalan.
Assurance Fuel Max sesuai untuk kegunaan pelbagai kereta sedan yang terdapat
di negara ini dan boleh didapati di kedai Goodyear Servitekar dan Autocare seluruh negara.