Asean Culinary Academy

Asean Culinary Academy

HALA TUJU PELAJAR DALAM SENI KULINARI & INDUSTRI PERHOTELAN!

Industri PERHOTELAN semakin berkembang pesat di Malaysia dan ini menyebabkan keperluan tenaga kerja dalam bidang perhotelan semakin meningkat. Sektor perhotelan di negara ini membuka peluang pekerjaan yang banyak, apabila tenaga pekerja masih tidak mencukupi dan ia menyebabkan bergantung negara-negara jiran untuk memenuhi keperluan tenaga mahir. Sektor perhotelan boleh membawa masa depan yang cemerlang dan boleh melahirkan chef-chef yang profesional seperti Chef Wan, Chef Ismail dan Chef P.Shivakumar "World Championship" kebanggaan negara. Matlamat kami adalah menjadi pusat latihan yang terkemuka dan juga melahirkan graduan- graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kulinari dan perkhidmatan hospitaliti. Asean Kulinary Academi ditubuhkan pada tahun 2006 dan dimiliki sepenuhnya oleh Millennium Skill Training Academy Sdn Bhd. ACA adalah Pusat Bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan menjalankan kursus perhotelan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM). Pengajian di akademi ini menjurus ke arah kemahiran, iaitu 70% kemahiran dan 30% teori.

Kursus ini akan menyokong kemahiran sedia ada dari segi pengalaman dan pengetahuan, akan meningkatkan kelayakan pelajar untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatannya. Kami juga ingin melahirkan profesional yang boleh memenuhi keperluan standard tinggi industri. Industri Perhotelan amat luas dan memerlukan lebih ramai pekerja di sektor-sektor penyediaaan makanan, roti dan kek.

Yuran Pengajian dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Kemudahan bilik kuliah yang berhawa dingin, bilik komputer yang lengkap dengan bahan bacaan, aktiviti ko-korikulum, kelas tuisyen khas kepada lepasan Tingkatan 4 yang akan menduduki Peperiksaan SPM sebagai calon persendirian, serta tenaga pengajar yang diiktiraf dan berpengalaman. Latihan Industri di hotel, resort dan restoran 5 bintang di seluruh Malaysia dijamin. Elaun Sara Diri RM300 sebulan sehingga tamat pengajian dengan asrama yang selesa serta pengangkutan disediakan kepada pelajar. Pertandingan memasak diadakan setiap tahun untuk memupuk semangat di kalangan pelajar. Kami memberikan harapan masa depan yang ceria dan berguna kepada para lepasan pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM.

Syarat Kemasukan adalah 16 Tahun ke atas atau sekurang - kurangnya kelulusan PMR.


Website: http://www.aca.edu.my

Testimoni Pelajar

"Melalui dorongan ibu bapa, saya setuju untuk sambung belajar tanpa mengira apa jua bidang. Akhirnya, ibu bapa aturkan saya untuk belajar memasak. Daripada kenalan ayah, saya masuk Asean Culinary Academy pada tahun 2012.

Pada mulanya saya tidak minat untuk belajar memasak. Demi tidak mengecewakan ibu bapa, saya teruskan untuk menimba ilmu. Minat dalam kursus ini kerana ada sukatan pembelajaran subjek perniagaan. Selain ingin menjadi cikgu, saya juga berminat dalam bidang perniagaan. Akhirnya, saya gembira sebab mendapat Anugerah Pelajar Terbaik - Kursus Penyediaan Makanan di Asean Culinary Academy. Ibu bapa saya amat bangga dengan kejayaan saya.

Saya menjalani latihan industri di Hotel One World Subang Jaya. Saya hanya bekerja selama 3 bulan dan bulan seterusnya ditawarkan kerja di sana. Pendapatan memang cukup bagi saya. Kini, saya berkhidmat sebagai "Kitchen Helper" di dapur masakan Jepun. TERIMA KASIH ASEAN CULINARY" ACA menawarkan program seni kulinari di peringat sijil. Kursus 1 - 1 1/2 tahun itu melatih pelajar dalam bidang: 1. Penyediaan Makanan (Chef) - SKM L-041 Tahap 1, 2 & 3 - Masakan Barat, Melayu dan Cina 2. Penyediaan Roti (Bakery) - SKM L-100 Tahap 2 & 3 - Pembuatan Roti Artisan & Komersial 3. Penyediaan Kek (Pastry) - SKM L-110 Tahap 2 & 3 - Semua Jenis Kek & Kek Acuan 4Indian Bandhari - SKM HT-030 Tahap 2 & 3 - Semua Jenis masakan seperti Nasi briyani, Ayam Tandoori, Varuval Kambing dan sebagainya.