Pusat Perkahwinan Sehenti Thank-Q di Nilai 3

Pusat Perkahwinan Sehenti Thank-Q , Nilai 3

Menjelang saat disatukan sebagai pasangan suami isteri mahupun mengikat tali pertunangan pastinya memerlukan persiapan teliti dan sempurna untuk majlis keraian.

Daripada gubahan hantaran, bunga telur, andaman, pakaian dan aksesori pengantin, pelamin, kamar tidur, dekorasi majlis hinggalah katering, semuanya umpama perkara wajib untuk disediakan dan tidak boleh dipandang remeh.

Demi memastikan majlis meraikan pasangan ini berjalan lancar sebagaimana dihajati, persediaan dilakukan lebih awal disebabkan pelbagai aspek perlu diuruskan dalam tempoh yang terhad.

Barangan keperluan juga tidak hanya dijual di tempat yang sama, sebaliknya bakal mempelai perlu berkunjung ke beberapa kedai berlainan untuk mendapatkan barang mengikut jenis dan fungsinya.

Pusat Perkahwinan Sehenti Thank-Q di Nilai 3, Negeri Sembilan membantu mengurangkan beban ini menerusi penyediaan kelengkapan merangkumi bermacam jenis persiapan.

Dengan penyatuan lapan lot kedai di bawah satu bumbung, konsep pusat ini lebih unik dengan dilengkapi pelbagai aksesori perkahwinan, koleksi gubahan bunga telur dan hantaran, cenderahati, bunga-bungaan, pasu dan bermacam lagi rekaan terkini.

Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan berbaloi termasuk untuk pengunjung dari luar Negeri Sembilan dengan kepelbagaian warna dan rekaan mengikut cita rasa pelanggan.

Sambil membeli-belah, pelanggan juga boleh singgah sebentar di Kopitiam Thank-Q untuk menikmati minuman dan makanan yang ada dengan kedamaian kolam ikan serta air terjun di Taman Dalaman.

Bagi pengunjung beragama Islam, kemudahan surau juga disediakan malah pengunjung kelainan upaya (OKU) tidak perlu risau dengan perkhidmatan mesra OKU yang semuanya berada di dalam Thank-Q Pavilion.

Keluasan Thank-Q Pavilion Pusat Perkahwinan Sehentian sememangnya memberi keselesaan dan memenuhi segala keperluan setiap pengantin dengan hanya satu destinasi diiringi pekerja mencukupi, terlatih serta berpengalaman.

Ditubuhkan pada 2002, Thank-Q Sdn Bhd adalah antara pusat perkahwinan, kraftangan dan bunga terkenal di Nilai 3 dan bermatlamat menjadi pusat sehenti bagi keperluan perkahwinan, kraftangan dan bunga.

Cawangan terbaru Thank-Q kini dibuka di No 215-218, Tingkat Bawah, PSRN SIBC 1 Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak (Lebuhraya Ipoh-Lumut) atau hubungi talian 012-6161198.