Aiskrim Kapiti - Aiskrim pelbagai perisa

Aiskrim Kapiti  bermula dengan penghasilan keju Kapiti pada 1984 oleh Ross McCallum dan Neville McNaughton di sebuah kedai kecil sehingga berjaya membuka kilang di Kompleks Pelancong Lindale di Pantai Kapiti New Zealand.

Akhirnya mereka menjadi antara pembuat keju serta kiwi tenusu paling terkenal, malah pernah menyertai latihan vokasional pada 1978 di England, Eropah dan Amerika Syarikat.


Menjelang 2002, produk Kapiti semakin berkembang dengan bilangan pekerja bertambah kepada 150 serta rangkaian kedai runcit di Auckland, Christchurch dan Lindale. Sehingga hari ini, Kapiti memenangi banyak anugerah untuk produk tenusu New Zealand.

Disebabkan kualiti serta permintaan pelanggan pada 1997, aiskrim Kapiti dihasilkan dengan pasaran utama dijual di kafe serta syarikat penerbangan.

Dengan mempunyai pelbagai perisa seperti lemon meringue pai, kiwi, pavlova, epal, madu, coklat putih dan rasberi, aiskrim jenama terbabit memenangi banyak anugerah di pertandingan Ais Krim New Zealand antaranya Ais Krim Premium Terbaik Kategori Madu, Anugerah Pilihan Triple Ais Krim Coklat Kanak-kanak 2005 dan pemenang pingat emas dalam Ais Krim Kategori Premium.

Selain mempelopori aiskrim khusus untuk pasaran New Zealand, aiskrim berkenaan turut mendapat permintaan meyakinkan di Malaysia. Diperbuat daripada bahan semula jadi berkualiti dari kepulauan Kapiti yang terkenal sebagai kawasan perlindungan burung dan warisan pertanian serta menggunakan teknologi terkini dalam pembuatannya, aiskrim Kapiti bakal menjadi kegemaran peminat.

Selain ais krim, syarikat ini turut menghasilkan produk tenusu seperti keju dan dadih untuk kegunaan dalam negeri dan dieksport ke luar negara.

Di Malaysia aiskrim Kapiti boleh didapati di Jaya Grocer, Grocer Village, Tesco The BIG Group, Mydin dan Supermarket Hero. Untuk bekas 1 liter berperisa vanila, coklat, coklat putih dan rasberi berharga RM38.80. Enam batang ais krim di dalam satu kotak berharga RM22.90 manakala di dalam cawan 145 mililiter berharga RM7.90.