Kebanyakan wanita di Asia memilih coli mendongak ke atas, menggunakan pelapik gel, memakai lapik tambahan serta mempunyai rangka dawai semata-mata untuk memastikan payudara kelihatan cantik.
Malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk payudara diingini. Namun, segala pilihan itu mungkin hanyalah kaedah penyelesaian sementara.
Menerusi inovasi terbaru jenama Clarins, ia memperkenalkan produk terbaru rangkaian penjagaan kecantikan payudara iaitu Bust Beauty Extra-Lift Gel dan losyen penegang yang bertindak ke atas tisu serta struktur kulit di sekitar bahagian payudara.
Gel Extra-Lift memberikan dua kesan penegangan dan pembentukan sebaik saja ia disapukan. Gel segar dan tidak berminyak itu dikatakan dapat bertindak serta-merta membentuk kelubung pada permukaan kulit.
Ia membantu menguatkan struktur kolagen serta memastikan penghidratan. Justeru, kulit lebih licin dan tegang. Untuk mendapatkan kesan optimum, gel itu hendaklah disapu setiap pagi.
Selain itu, bagi wanita yang mengalami kekenduran kulit selepas mengandung atau penurunan berat badan secara mendadak, losyen penegang Bust Beauty antara pilihan.
Losyen berkenaan membantu melindungi kulit daripada masalah kekenduran disebabkan pertambahan usia, kehamilan atau penurunan berat badan serta membaiki struktur kulit dan membuatnya lebih licin. Ia perlu dipakai setiap malam untuk mendapatkan hasil diingini.
Sementara itu, rahsia produk penjagaan ini terletak pada ramuan utamanya iaitu buah vu sua yang berasal dari Vietnam.
Hasil penyelidikan menunjukkan buah vu sua membantu menguatkan struktur payudara, memberi perlindungan berkesan kepada kekenduran kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen serta memberi perlindungan daripada radikal bebas.
Produk berkenaan boleh didapati di semua kaunter Clarins, Institut Clarins serta butik Clarins di seluruh negara pada harga RM198 (Extra Lift Gel) dan RM180 (losyen penegang).