Pati buah-buahan InnerShine

Saban hari kita sibuk dengan pelbagai aktiviti. Hidup ini berkisar tentang kerja, keluarga dan pelbagai perkara lain sehingga ramai yang lupa memberi keutamaan kepada diri sendiri.

Pemakanan seimbang perlu diambil mengikut masa untuk kesejahteraan dan kesihatan badan.

Sehubungan itu, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, sumber vitamin dan mineral penting untuk badan.

Brand’s InnerShine yang kini memperkenalkan InnerShine Balance mungkin menjadi salah satu minuman yang boleh membantu mengurangkan tekanan metabolik dan menyerlahkan kecantikan seseorang.

InnerShine Balance yang dikenali sebagai pati buah-buahan premium ini mengandungi kombinasi unik iaitu pati buah quince, pati epal, epal sider, gabungan 14 vitamin dan mineral.

Kombinasi unik ini membekalkan nutrien dan keseimbangan yang diperlukan tubuh bagi memastikan seorang individu mencapai tahap pengambilan makanan harian yang optimum.

Apakah keistimewaan pati buah-buahan terbaru ini?

Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd., Koh Joo Siang berkata, keistimewaan pati premium ini adalah adunan istimewa buah quince.

“Buah quince ialah sejenis buah yang guna secara meluas dalam industri kecantikan sejak zaman dahulu. Buah yang mendapat nama jolokan epal emas ini berwarna kuning keemasan dan berasal dari Greek.

“Cydonia oblonga iaitu nama saintifik quince acapkali dikait dengan kecantikan kerana kandungan fenolsnya. Ia merupakan sejenis antioksida yang bertindak sebagai antipenuaan dan kesihatan,” kata Joo Siang pada majlis pelancaran produk terbaru itu di Pavilion, baru-baru ini.

Menurut Joo Siang, buah kuning keemasan ini kaya dengan vitamin, mineral, serat dan zat besi. Walaupun ia kurang popular di Malaysia, quince kerap digunakan dalam pembuatan jem, agar-agar dan disaji sebagai pencuci mulut di Eropah.

“Pada zaman moden ini, ramai wanita menjalani gaya hidup yang sibuk sehingga menyukarkan mereka untuk mengimbangi peranan di pejabat dan di rumah.

“Justeru, semakin ramai mengabaikan kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang tidak betul yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang,” ujarnya.

Tambah beliau, dengan produk yang mudah diperoleh dan lazat ini, wanita moden pada era ini pasti menggemari rasa unik pati buah quince secara semula jadinya manis.

“Formulasi unik campuran dengan epal sider dan pati epal membantu individu yang sibuk mencapai pengambilan nutrien yang optimum.

“Ia juga ideal untuk golongan wanita yang mempunyai tabiat makan yang kurang sihat seperti masalah kurang selera makan,” jelasnya.

Joo Siang memberitahu, secara tradisinya, kesemua produk keluaran Brand’s tidak mengandungi sebarang pewarna atau bahan awet dan disahkan halal.

InnerShine merupakan jenama pertama yang memperkenalkan quince kepada rakyat Malaysia yang terbukti mengandungi bahan-bahan yang boleh menyerlahkan kecantikan.

Produk terbaru ini boleh didapati dalam pek enam botol 42ml di semua farmasi utama, pasar raya dan pasar raya besar terkemuka di seluruh negara pada harga RM23.90.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan di talian 1800886226.

- JAGATHESWARY NARAYANAN