Lebih menjimatkan, haruman tahan lebih lama, tanpa alkohol dan lapan wangian yang diinspirasikan daripada minyak wangi jenama antarabangsa.
Itulah antara ciri-ciri minyak wangi, Only You perfume.
Ia didatangkan dalam dua bungkusan menarik untuk kegunaan lelaki dan perempuan.
Pengarah Urusan Only You perfume, Hani Baharuk, berkata ia sangat unik dan mudah menawan hati sesiapa sahaja.
Beliau berkata, ia dikhaskan kepada penggemar ‘istimewa’ kerana menghargai wangian yang memberi keselesaan dan menambahkan keyakinan penampilan diri.
“Syarikat kami yang beroperasi di Melaka amat memberi perhatian kepada ciri-ciri minyak wangi berkualiti kerana pengguna bijak menilai produk di pasaran.
“Minyak wangi kini dianggap satu keperluan, malah pengguna kini gemar kepada wangian tanpa alkohol, haruman yang tahan lama tetapi ada kelas tersendiri,” katanya.
Only You perfume terdiri daripada empat jenis haruman untuk lelaki dan empat haruman untuk wanita yang didatangkan dalam satu kotak mesra pengguna.
Minyak wangi ini diisi dalam botol kaca bersaiz 3ml dan dijual pada harga RM29.
Bagi menghargai permintaan dan cita rasa pengguna, Only You perfume juga didatangkan dalam bungkusan bersaiz 7ml.
“Berikutan sambutan baik orang ramai, kami memberi peluang kepada anda untuk menjadi usahawan atau ejen bagi memasarkan produk ini.
“Kami amat menghargai jika ada usahawan di kalangan pengusaha butik kecantikan, salun, pekerja sambilan, suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memperoleh pendapatan sampingan menyertai pakej ini,” katanya.
Pakej yang disediakan syarikat pengeluar minyak wangi ini ditawarkan serendah RM500.
“Ini pasti memberi keuntungan dan peluang perniagaan lebih baik tambahan pula, promosi dilakukan syarikat kami.
“Istimewanya Only You perfume, ia sesuai untuk sesiapa terutama pengguna yang alah kepada bahan alkohol dan boleh menggunakannya tanpa was-was,” katanya.
Menurutnya, harga minyak wangi ini amat berpatutan dan mudah dimiliki.
Botol ‘rool-on’ memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja di samping sesuai dengan keadaan sama ada formal atau santai.
Maklumat lanjut mengenai produk ini, hubungi 017-2669726, 012-6957690, 016-2364468, 012-6957655 atau 017-6039004.