Mengenai Teh Peria yang dikeluarkannya, menurut Mohd Saufi Nizar, dia memerlukan sebanyak lima tan peria basah bagi mendapatkan kira-kira satu tan peria yang telah dikeringkan. Teknik pengeringan peria ini dipelajari olehnya dari Vietnam.
Peria yang telah kering akan dikisar bagi mendapatkan serbuk peria bagi dijadikani teh minuman.
Istimewanya serbuk peria ini ia tidak pahit langsung berbanding dengan sayur peria yang tidak digemari kerana rasanya. Justeru, teh ini boleh diminum oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
''Peria yang dikenali dengan nama botaninya, Momordica Charantia telah lama digunakan sebagai ubat tradisional di China, India, Afrika dan tenggara Amerika Syarikat.
''Di kalangan masyarakat kita, peria diketahui boleh membantu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, mengawal paras gula dalam darah, melegakan sakit sendi, gout dan kebas kaki tangan.
"Ia juga boleh meningkatkan sistem pertahanan badan, melegakan cirit-birit, ulser, buasir dan bisul dalam perut, mengurangkan panas badan, selesema, demam dan jangkitan virus dan sebagainya.
''Sayur ini juga kaya dengan pelbagai nutrien seperti Vitamin A, Tiamina, Riboflavin, Asid Nikotinik, Vitamin C dan zat besi,'' jelasnya.
Beliau berkata, walaupun mengetahui mengenai khasiat peria namun faktor masa membuatkan ramai yang tidak berkesempatan bagi memproses sendiri peria untuk diminum setiap hari.
Oleh itu, dengan adanya Teh Peria ini setiap orang boleh mendapatkan minuman yang berkhasiat untuk kesihatan ini.
Tambahnya, Teh Peria yang telah lebih dua tahun dalam pasaran ini dijual dalam kotak yang mengandungi 30 uncang pada harga RM25. Ia boleh diperoleh di kedai-kedai ubat tradisional dan farmasi terpilih.
Sesiapa yang ingin menjadi agen, boleh hubunginya di 017-3320943.