Bermula dengan sabun kecantikan yang memenuhi keperluan asas pelanggan pada awal 1970an, produk May mengalami transformasi dari aspek rumusan, pembungkusan dan pengukuhan jenama, seiring dengan peredaran keperluan dan cita rasa pelanggan masa kini.
May kini adalah pemimpin dalam produk kebersihan diri yang dirumus khas dengan bahan semula jadi serta wangian bagi menyegarkan tubuh serta menyerlahkan kesejahteraan luaran dan dalaman.
Justeru, dalam memperkukuhkan posisi pasaran, Lam Soon membawa kepada anda rangkaian baru, sabuh dan krim mandian May White Radiance untuk terus menyegarkan dan menyemarakkan semangat anda.
Hidupkan impian untuk menerokai keindahan alam di mana anda dibelai wangian asli bungaan teh putih dan diusap haruman lembut sinar suria demi menyerlahkan keyakinan hakiki.
Pengurus Pemasaran (Keperluan Rumah & Penjagaan Peribadi), Lam Soon Edibles Oils Sdn Bhd, Carmen Foo, berkata pihaknya gembira memperkenalkan May White Radiance kepada pengguna Malaysia bagi memenuhi aliran masa kini dan permintaan untuk produk untuk mengekalkan kulit bersih berseri.
“Pengguna Malaysia semakin prihatin dan inginkan produk pembersih peribadi yang bukan saja berfungsi membersihkan badan tetapi juga memenuhi keperluan kecantikan dan kebersihan harian. Dalam menangani kesibukan harian, anda masih boleh menikmati belaian bahan semula jadi dengan haruman yang menyegarkan untuk kesejahteraan diri.
“Produk kami memberikan inspirasi dalam menggabungkan bahan-bahan penjagaan kulit seperti teh putih dan pati sutera dalam sabun dan krim mandian May White Radiance, untuk meningkatkan lagi manfaat kebersihannya. Wangian bunga-bungaan yang menyegarkan ini bakal membangkitkan keyakinan diri, lantas membawa kepada keterampilan lebih positif,” katanya.
Teh putih yang semakin popular sebenarnya teh hijau yang dipetik pada usia muda untuk mengekalkan kuasa teraputik, terutama kadar antioksida yang lebih tinggi. Antioksida dalam teh putih yang terdapat dalam sabun penyeri dan krim mandian May White Radience dipercayai dapat melindungi dan menghindari radikal bebas daripada kulit.
Selain menegangkan, teh putih juga terbukti melembabkan kulit sambil menjadikannya lebih berseri dengan sistem pertahanan terhadap pembentukan bintik hitam.
Pati sutera yang juga dikenali sebagai fiber sutera, iaitu sejenis protein yang dihasilkan oleh ulat sutera ‘bombyxmori’ dalam pembentukan sutera.
Pati sutera dalam rangkaian sabun dan krim mandian May White Radiance mengandungi protein yang terbukti membantu mengekalkan paras kelembapan kulit pada tahap optima. Pati sutera dipercayai boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit bagi melahirkan wajah yang muda dan berseri sambil menghasilkan lapisan perlindungan daripada pencemaran persekitaran. Selain White Radience berasaskan teh putih, ada berasakan mawar, lavender dan buluh.
Sabun May boleh didapati pada harga RM2.65 satu pek dengan tiga buku sabun 90 gram. Krim mandian dalam lima varian pada RM5.90 untuk botol 250ml; RM8.10 untuk pek isi semula 600ml dan RM13.90 untuk botol 700ml.
Rangkaian produk boleh didapati di seluruh negara.
INFO: Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
# Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) adalah pengeluar makanan, produk keperluan rumah serta penjagaan peribadi yang bertapak di Malaysia sejak 1950an.
# Produk berkualiti dalam kategori produk keperluan rumah dan peribadi termasuk sabun kecantikan dan krim mandian May, sabun Fruitale Nutrient, sabun & krim mandian anti-bakteria Antabax, pencuci tangan cecair dan sanitasi tangan, produk keperluan rumah ZIP, cecair pencuci pinggan bio-rumah mesra alam, cecair dan pes pencuci pinggan Labour.
# Sebagai sebuah jenama keperluan rumah dan penjagaan peribadi terkemuka yang diyakini oleh pelanggan, Lam Soon bertekad untuk menghasilkan produk bermutu demi gaya hidup lebih sihat dan bersih.