Bau badan sememangnya boleh menjejaskan penampilan diri. Tidak lengkap seseorang itu dengan gaya menarik tetapi apabila dihampiri, badannya agak berbau.
Misi perapian diri seharusnya bermula dengan perawakan menarik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dalam aspek itu, wangian juga ada peranan tersendiri.
"Untuk menterjemahkan kecantikan diri, saya menyajikan haruman indah buat wanita mahupun lelaki dikenali sebagai Pure Mediterranean Perfumes.
"Meletakkan jenama tanpa alkohol daripada pati paling berkualiti (gred A), inspirasi haruman terkenal memang menjadi kegemaran ramai," kata Pengarah Urusan Enigma Tech, Alia Osman.
Menurutnya, manifestasi wangian untuk menghalang bau badan daripada mengganggu penampilan diri seseorang turut mengambil kira nama besar dalam industri hiburan dunia.
Britney Spears, Jennifer Lopez (J Lo), Paris Hilton dan DKNY turut diabadikan menerusi bauan tertentu. Apa yang dipakai mereka seolah-olah menggambarkan sifat diri selebriti pujaan.
Untuk sesetengah wanita, inspirasi jenama seperti Salvatore Ferragamo, Ralph Lauren, Lancome dan Chacarel nyata memberi haruman tersendiri.
"Dalam hal ini, nama sedemikian amat penting kepada remaja atau wanita yang mementingkan gaya," katanya.
Biarpun baru lapan bulan beredar di pasaran, ternyata haruman yang diperoleh dalam empat botol tiga mililiter dalam setiap set ini mendapat sambutan kerana ramai penggemar yang sukakan bentuk pembungkusannya yang sederhana itu.
Tambahan pula katanya, wangian tanpa alkohol tidak banyak di pasaran sekali gus mendorong minat kumpulan ini untuk menjadikannya sebagai antara bahan penting kerana ia juga senang dibawa ke mana-mana destinasi.
"Jika ramai yang tercari-cari wangian yang boleh digunakan tanpa rasa was-was untuk bersolat, jenama kami mengutamakan nilai itu. Apa yang menjadi sandaran penting adalah bahan gred A yang digunakan sebagai pati wangian merangsang minat umum untuk memilikinya.
"Untuk itu, kami memberikan rumusan terbaik buat pelanggan dengan menawarkan harga patut iaitu RM28 (Semenanjung Malaysia) dan RM32 di Sabah dan Sarawak.
"Memenuhi kehendak ramai bukan sesuatu yang mudah tetapi sehingga kini, kami mendapat sambutan yang amat memberangsangkan," katanya.
Bukan hanya kumpulan sasaran itu yang sukakan rumusan wangian berkenaan, lelaki juga tidak ketinggalan meminati bauan yang menghampiri inspirasi Calvin Clien (Eternity), Dunhill (Desire Red), Ralph Lauren (Polo Sport) dan Hugo Boss (No 6).
"Menariknya haruman ini kerana ia kekal pada baju melebihi 12 jam. Bahkan, ada pengguna memberi maklum balas ia kekal melebihi 24 jam pada pakaian mereka.
"Bagi syarikat kami, memastikan kualiti haruman ini sebagai kepuasan kepada pengguna amat penting kerana kesuciannya sesuai untuk sembahyang dan ke sebarang majlis," katanya.
Untuk sebarang pertanyaan, kunjungi Enigma Tech, 42-1 Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, Selangor atau hubungi 016-9169937, 017-5055528, 017-2727012 atau layari www.pureperfumes.biz