Womb Care Therapy (Terapi Penjagaan Rahim)

Terapi Penjagaan Rahim

Sebaik usia memasuki angka 40-an, kebanyakan wanita mulai bimbang dengan proses penuaan yang berlaku. Kehi-langan keupayaan kulit cthnya, akan menjadikan wajah tidak lagi kenyal dan berseri seperti sebelumnya. Ini disebabkan ketidakstabilan hormon berlaku di sepanjang hayat.

‘”Ramai sedia maklum, paras hormon sebelum akil baligh adalah berbeza dengan remaja. Apabila semakin berumur dan kitaran haid berhenti, kita akan mengalami ketidakseimbangan hormon untuk ke sekian kalinya. Sebab itulah kami di sini sentiasa memberi penekanan terhadap produk dan rawatan terbaik bagi melambatkan proses penuaan kulit ini,” ujar Pengurus Doux Visage Clinique, Jenny Goh.

Keseimbangan hormon dalam badan wanita bukan sahaja memberikan kekenyalan kulit, tetapi juga membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah-ubah dan tekanan.

Salah satu hormon berkait rapat dengan gejala yang disebutkan ini adalah hormon estrogen. Ternyata kehadiran hormon ini bukan sahaja penting untuk mengawal kitaran haid, tetapi juga kesuburan wanita. Penghasilannya yang tidak menentu merupakan punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).

“Estrogen ialah hormon semula jadi badan wanita yang dihasilkan oleh sel-sel dari ovari, kelenjar adrenal dan lemak. Ia berfungsi untuk memelihara sistem reproduktif wanita iaitu rahim, kesuburan dan peranakan termasuklah payudara. Ketidakseimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Antara salah satu kaedah yang kami lakukan di sini adalah melalui ‘Womb Care Therapy’ (Terapi Penjagaan Rahim)”, beritahunya.

Mengaplikasikan dua jenis rawatan sekali gus iaitu urutan dan akupunktur, ‘Womb Care Therapy’ ini amat sesuai dilakukan oleh wanita yang memasuki usia 40 tahun dan ke atas. Ini disebabkan pertambahan usia yang berlaku akan memperlahankan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah. Kurangnya estrogen dalam badan bukan sahaja mempercepatkan proses penuaan, tetapi juga masalah-masalah lain seperti kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan di bahagian vagina, ‘atropic vaginitis’ dan risiko sakit jantung.