Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menghangatkan lagi kempen I'm Nissan Crazy dengan melancarkan Pertandingan Kongsi dan Menang, baru-baru ini.
Peserta berpeluang memenangi hadiah utama iaitu perjalanan pergi balik untuk dua orang ke Pameran Motor Beijing 2010 selain hadiah menarik lain bernilai RM20,000.
Anda hanya perlu berkongsi pengalaman Nissan atau sebarang kenangan manis berkaitan Nissan.
Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata sesiapa sahaja layak menyertai pertandingan itu.
"Mereka hanya perlu menceritakan pengalaman memiliki kenderaan Nissan atau aspirasi memilikinya di masa depan.
"Saya pasti banyak cerita menarik yang boleh dikongsi pemilik kenderaan Nissan.
"Ini adalah usaha berterusan ETCM membina komuniti Nissan tanpa mengira status pemilikan," katanya.
Syarat penyertaan, peminat kereta Nissan perlu menulis 200 hingga 250 patah perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Cina pengalaman mereka bersama Nissan.
Lampirkan tiga keping gambar sebagai gambaran kisah itu ditulis sebelum menghantar penyertaan.
"Pemenang dipilih berdasarkan ketulenan cerita, kreativiti dan kaitan dengan tema, I'm Nissan Crazy," katanya.
Hantar penyertaan bersama butiran lengkap ke e-mel, share&win@iamnissancrazy.com.my pada atau sebelum 31 Disember 2009.
Maklumat lanjut, layari laman web www.iamnissancrazy.com.my.