Peraduan Santai May - Harian Metro

May adalah pemimpin dalam produk kebersihan diri yang dirumus khas dengan bahan semula jadi serta wangian bagi menyegarkan tubuh dan menyerlahkan kesejahteraan luaran dan dalaman.

May yang diperkaya dengan Vitamin E, membantu membersih, melembap dan menghaluskan kulit anda, di samping melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal oksigen.

Bagi memberi peluang May lebih dekat dengan pengguna, sabun kecantikan itu mengadakan peraduan yang memberi peluang anda memenangi hadiah menarik.

Peraduan Santai May-Harian Metro berlangsung selama lapan minggu, bermula hari ini sehingga September 2010.

Bagaimana Menyertainya

# Langkah 1: Anda perlu menjadi ahli facebook May
# Langkah 2: Hantar foto anda menggunakan latar belakang tempat menarik yang pernah dikunjungi.
# Langkah 3: Lengkap foto dengan keterangan gambar yang ada kaitan dengan sabun mandian May. Di akhir keterangan gambar itu, masukkan kata laluan (HM&M2Y).
# Maklumat lanjut, anda boleh melayari laman facebook May.

Bagaimana untuk Menang
# Gambar yang paling banyak menerima undi atau diminati akan dipilih pemenang mingguan dengan minimum 50 undi
# Bagaimanapun, peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sepanjang tempoh peraduan itu
# Foto yang dihantar perlu memasukkan kata laluan Harian Metro (HM&M2Y).

Hadiah
# Satu hadiah utama (wang tunai RM100 dan hamper May bernilai RM50) untuk lapan minggu.
# Tiga hadiah sagu hati (Hamper May bernilai RM50) untuk lapan minggu.

Syarat Penyertaan
# Peraduan ini terbuka kepada pembaca Harian Metro berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan The New Straits Times Press Bhd, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan keluarga terdekat, syarikat gabungan atau agensi pengiklanan berkaitan dengan Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.
# Pembaca boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya layak menerima satu hadiah.
# Peserta perlu menjadi ahli facebook May sebelum layak mengambil bahagian
# Foto mesti mengandungi kata laluan yang disiarkan di Harian Metro
# Nama pemenang akan disiarkan dalam facebook May dan Harian Metro.
# Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
# Pemenang akan dihubungi melalui pos. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh satu bulan daripada tarikh pemberitahuan.
# Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa sebarang notis.
# Penganjur berhak menggunakan nama atau gambar peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan tanpa sebarang pemberitahuan.
# Peraduan minggu pertama bermula pada 15 - 21 Julai 2010.