Cica-Care : Gel bantu pudarkan parut

Parut sama ada baru ataupun lama pada badan terutama pada kaki dan wajah sedikit menjejaskan keyakinan diri, malah ada kalanya boleh mengakibatkan rasa rendah diri.



Bagaimanapun kini, satu revolusi baru diperkenalkan dalam usaha mengurangkan parut sedia ada melalui penggunaan Cica-Care.

Cica-Care adalah gel pelekat bermutu tinggi yang tidak mendatangkan sebarang kesan alahan memudaratkan pada kulit kerana ia mengandungi sejenis silikon yang dimajukan untuk mengurangkan parut.

Ia terbukti secara saintifik membantu merata, melembut dan beransur-ansur mengurangkan hingga 90 peratus kesan parut sedia ada.

Produk berkenaan boleh dibasuh dan digunakan semula manakala setiap satu pelekat Cica-Care boleh digunakan selama 30 hari bergantung kepada penggunaan individu terbabit.

Selain itu, ia mudah dipakai dan boleh digunakan pada bahagian tubuh yang janggal seperti cuping telinga kerana boleh dipotong mengikut saiz parut yang ada.

Penggunaan Cica-care dapat menyekat kulit daripada mengering di kawasan berparut, justeru, lembapan terus kekal dalam kulit sekitar kawasan berkenaan.

Oleh itu, warna tisu parut semakin pudar dan kembali kepada warna asal kulit. Pelekat gel bermutu tinggi terbabit perlu digunakan pada parut selama empat jam pada dua hari pertama penggunaan.



Kemudian, pada dua hari seterusnya, masa penggunaan pelekat berkenaan ditingkatkan kepada empat hingga lapan jam sehari.

Tambah masa penggunaan selama dua jam setiap hari sehingga minimum 12 jam dicapai dan sebaik-baiknya, gunakan ia 24 jam untuk mendapatkan kesan maksimum.

Jika digunakan dengan betul, hasilnya akan kelihatan dua hingga empat bulan selepas rawatan.

Cica-Care boleh didapati pada harga RM110.60 untuk ukuran pelekat 12 sentimeter (sm) x 3sm dan RM198.80 bagi 12sm x 6sm di semua farmasi terkemuka seluruh negara.


Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan