Tak dinafikan kecantikan kulit dan tubuh badan amat penting kepada wanita. Mereka yang memiliki kulit halus dan susuk tubuh menarik lebih berkeyakinan, meningkatkan keterampilan dan sekali gus menjadikannya anggun.
Mempunyai kulit yang segar dan berseri pasti menawan mata sesiapa saja yang memandang. Seri wajah seseorang itu bukan hanya bergantung semata-mata kepada warna kulitnya. Bagi yang berkulit gelap atau sawo matang juga mereka boleh tampil cantik berseri jika pandai menjaga kulitnya supaya segar dan bersih.
Namun, tidak dinafikan seiring dengan usia yang semakin menginjak tua, ditambah pula dengan pelbagai pencemaran seperti udara, tekanan kerja, pendedahan kepada cahaya UV yang terlampau dan penggunaan produk tidak bersesuaian menjadi penyumbang kepada masalah kulit wajah lebih teruk.
Jika tidak dibelai dan dirawat dengan betul, tidak mustahil wanita akan kelihatan lebih tua daripada usianya. Kulit muka akan menjadi kusam, kering, kasar dan kelihatan tidak bermaya.
Justeru, bagi mengelakkan masalah berkenaan daripada berlarutan, Clinique iaitu produk yang terbukti berkesan untuk semua jenis kulit memperkenalkan produk yang dipertingkatkan teknologinya iaitu Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer.
Produk terbaru ini dijangka mampu memberi kesan yang lebih ketara untuk pembaharuan sel kulit wajah yang sihat, elakkan kusam supaya kelihatan lebih licin dan segar.
Pengurus Besar Penjenamaan Clinique, Sharyn Wong, berkata produk yang dipertingkatkan dengan formula terbaik ini mampu memberikan hasil yang lebih berkesan serta dapat dilihat dalam tempoh masa yang singkat sekurangkurangnya empat hingga lapan minggu seterusnya menjadikan kulit lebih bercahaya dan berseri.
Ketidaksempurnaan permukaan kulit wajah juga akan berkurangan, menjadi lembut dan kesan daripada cahaya matahari yang terlampau juga akan terhapus. Hasilnya, jika dibelai kulit wajah itu, ia seakan membelai baldu.
"Sebelum ini, kami keluarkan produk Turnaround Concentrate dengan fungsi yang hampir sama, malah permintaannya sangat memberangsangkan.
Atas kepercayaan pengguna setia Clinique kami terus hasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding produk sebelum ini.
"Saya jamin ia akan memberi kesan dua kali ganda berbanding yang sebelum ini, selain dapat memperbaharui tona kulit wajah. Kejelasan kulit juga akan dapat segera diperbaiki sebanyak 74 peratus.
"Malah ia sudah terbukti secara klinikal dan dijamin menerusi tiga peringkat aktiviti sel epidermis yang bertindak ke atas kulit wajah iaitu pembahagian sel, kematangan dan menanggalkan sel kulit mati bagi menggantikan yang baru," katanya.
Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer ini akan bertindak dengan melakukan pembahagian sel menerusi pengelupasan sel mati pada permukaan kulit untuk menggantikan yang baru memandangkan ia akan membina sel kulit baru setiap tempoh 24 jam.
Selepas itu, apabila sel kulit mula menjadi lebih khusus, ia akan membolehkan kulit wajah melaksanakan fungsi biologi untuk mengekalkan tahap kulit yang sihat dan cerah. Formula baru yang terkandung dalam produk berkenaan pasti membuahkan hasil yang menakjubkan.
Akhirnya, ia akan menggantikan sel kulit wajah yang sudah mati daripada permukaan kulit dan yang pasti akan memberi kesegaran berpanjangan kepada kulit.
Sharyn berkata, tidak dilupakan juga, produk ini juga dilengkapi dengan antioksidan dan juga pelembap untuk memastikan kulit terlindung daripada sebarang kerosakan radikal, memastikan selesa dan mengekalkan permukaan kulit yang diinginkan.
"Cara penggunaan produk ini juga senang iaitu dengan aplikasi ke wajah sebanyak dua kali sehari selepas penggunaan tiga langkah Clarifying Lotion, diikuti pelembap wajah," katanya yang berharap pengguna setia Clinique berpuas hati dengan produk terbaru ini.
Turnaround Concentrate Extra Radiance Renewer boleh didapati di kaunter Clinique sejak 24 Oktober lalu dengan harga pengenalan RM200 untuk 30ml manakala RM280 untuk 50ml.
Oleh Saadiah Ismail