Tune Hotels, cabang hospitaliti Tune Group, kini menawarkan kadar bilik serendah RM1 semalam bagi rangkaian hotelnya di Malaysia.
Ia turut menawarkan bilik pada kadar 10,000 rupiah Indonesia semalam di Bali, Indonesia, bersempena perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tune Hotels berkata, tempahan dibuka dari esok hingga 30 September, berdasarkan siapa cepat dia dapat, bagi tempoh menginap dari 1 Jun hingga 31 Ogos tahun depan.
"Promosi hanya sah bagi tempahan online di www.tunehotels.com dan tidak termasuk Tune Hotels di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang dan Westminster, London,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester.
Lankester berkata, syarikat itu sedang menambah satu hartanah di Kulim, Kedah, pada minggu depan, yang menjadikannya Tune Hotel ke-10 di Malaysia dan ke-13 di seluruh dunia, yang termasuk dua di Bali dan satu di London.
Katanya, syarikat itu merancang membuka 30 hotel baharu di seluruh dunia dalam tempoh 15 bulan akan datang, sambil menamakan United Kingdom, Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Australia sebagai destinasi yang dicadangkan. – Bernama