Hotel Seri Pacific Tawar lebih 500 menu sempena Ramadan 2012

Berbuka Puasa di Hotel Seri Pacific

Diketuai oleh Chef de Cuisine, Chef Saad Othman, pasukannya memberi sentuhan kreativiti kepada pelanggan bufet Ramadan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Menu Melayu tradisional seperti sayur pucuk ubi lemak pedas dengan tempoyak, Daging Berlada Deng- Deng, udang masak lemak bersama kacang panjang, batang keladi masak asam merupakan hidangan yang wajib dinikmati apabila berbuka puasa di sini.

Kambing panggang turut disediakan kepada pengunjung dan kepingan daging akan dihiris atas permintaan pelanggan bagi memelihara kesegarannya.

Hidangan lain termasuk sup gear box power, asam pedas, kari kepala ikan, sambal tumis kupang dengan bawang, perut lembu masak lemak rebung dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera anda.

Selain itu terdapat beberapa pilihan yang berkonsepkan gerai seperti noodles counter yang menawarkan pelbagai jenis pilihan mi dan laksa seperti mi rebus serta Laksa Johor.

Kepada penggemar manisan, terdapat pemilihan kuih Melayu dan puding sehingga penghilang dahaga kegemaran ramai air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

Bagi menyegarkan tekak, anda boleh memilih minuman berjus kesukaan di Latar Kijang, Beverage Stesen.

Persembahan secara langsung daripada band muzik tetap hotel ini pasti memberididendangkan berunsurkan ketuhanan dan Aidilfi tri yang bakal menjelma.