Hidangan Berbuka Puasa 2012 di Hotel Concorde
Hotel Concorde, Kuala Lumpur menyediakan hidangan berbuka puasa bertemakan baazar hasil sentuhan chef selebritinya, Chef Abbas Ali Khuda Baksh di mana anda dapat menikmati hidangan resipi asli yang lazat.
Jika anda selalu berkunjung ke Hotel Concorde, pasti terbayang hidangan air tangan Chef Abbas Ali yang menjadi signature sperti sup gear box, shawarma istimewa, kambing panggang bersama nasi briyani dan ikan merah percik madu.
Pada Ramadan kali ini, Chef Abbas Ali yang sememangnya mempunyai pengalaman memasak untuk pembesar-pembesar dan keluarga diraja akan tampil bersama hidangan baru.
Beliau telah memasukkan 11 menu terbaik dari Semenanjung dalam hidangan bufet di Dari Dapur Chef Abbas. Jadi, anda bukan sahaja dapat menikmati kari Pulau Pinang, tetapi juga hidangan terkenald dari Pantai Timur seperti nasi kerabu biru dan gulai ikan tongkol.
Resipi sotong masak hitam di bawa khas dari Johor bersama botok- botok dan ketam berlado, rendang ayam pucuk ubi serta telur itik masak lemak belimbing yang terkenal di Negeri Sembilan.
Menu baru hidangan bufet yang lazat adalah seperti sup tulang sambal kicap, mee udang, mee Ketam, kambing kuzi berempah, gulai daging kerisik pucuk pisang, gulai tempoyak ikan keli, sambal perut terung asam, kambing masak kacang pool, udang masak peria putih, sayur lontong kering, pulut kuning dengan sambal ikan bilis, burung puyuh berempah, kepah goreng lada hijau dan satu lagi ramuan yang unik, ikan asam keladi.
Teratak Chef Abbas adalah satu lagi konsep di Ballroom Concorde yang diperkenalkan buat kali pertama. Ianya adalah satu konsep bazar yang menghidangkan pelbagai masakan gerai dengan suasana kampung