Jus Berie Plus D'Anggun

D'Anggun memperkenalkan produk yang mampu memberi nilai khasiat lengkap kepada pengguna iaitu Jus Berie Plus D'Anggun.

Pengarah D'Anggun, Datin Norsyela Jaafar, berkata Jus Berie Plus mengandungi 32 jenis buah beri termasuk Beri Acai dan Beri Goji yang terkenal di pasaran selain Beri Sea Buchthorn yang memberi banyak kebaikan.

Katanya, beberapa penyelidikan membuktikan buah beri adalah buah-buahan paling berkhasiat di dunia.

Menurutnya, secara tradisional, Beri Acai adalah pembekal tenaga yang tinggi selain mengandungi antosianin bagi membantu merendahkan tahap kolesterol untuk kesihatan jantung.

Selain itu, katanya, masyarakat tradisional pula menghubungkan Beri Goji untuk kecergasan seksual, kebahagiaan, panjang umur dan kekuatan fizikal.

"Ia terdiri daripada 18 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan, 21 mineral surih, Vitamin B1, B2, B6 dan E, asid linoleik, selenium dan germanium.

"Beri Goji juga mengandungi kandungan beta karotena yang lebih tinggi daripada lobak merah. Kajian Jurnal Cina Onkologi mendapati pesakit kanser akan bertindak balas lebih baik dalam rawatan apabila Beri Goji ditambah ke dalam diet harian mereka.

"Manakala buah Beri Sea Buckthorn boleh dianggap masih belum terkenal dalam masyarakat Melayu, tetapi khasiatnya sama tinggi dengar Bei Acai dan Beri Goji.

Beri Sea Buckthorn kaya dengan Vitamin A, C dan E, Beta Kerotena, mineral, asid amino, asid lemak, antioksidan, Vitamin B1, B2, B6 dan fitonutrien, jadi tidak hairanlah buah ini digelar sebagai buah `super' di negara asing," katanya.

Norsyela berkata, selain pelbagai manfaat diperoleh dari buah beri, ia juga mampu melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit berkaitan dengan kerosakan oksidatif sel.

Beliau berkata, selain daripada 32 jenis buah beri, jus berkenaan turut mengandungi Kordiseps iaitu sejenis cendawan yang digunakan secara meluas dalam perubatan Cina dan Tibet.

"Kordiseps adalah herba berkesan dan unik yang mampu memberi manfaat kepada sistem badan antaranya merendahkan tekanan darah tinggi serta meningkatkan bekalan darah," katanya.

Menurut beliau, aloe vera dan klorofil turut ditambah ke dalam jus itu supaya pengguna boleh mendapat khasiat lengkap.

Katanya, rumusan berkenaan bukan saja berkhasiat, malah sedap rasanya pekat, sedikit masam dan manis. Cara pengambilannya, pengguna hanya perlu minum dua hingga tiga sudu setiap pagi dan malam.

Stokis Jus Berie Plus D'Anggun

Untuk mereka yang berminat, jus ini boleh didapati di stokis D'Anggun iaitu Johor (Wawasan Puncak Gemilang, 012-7270 807/013-7370 807), Pahang (Perniagaan Herba Indah, 012-9002 855), Kelantan (L&L Ceria Marketing, 012-9886 669), Terengganu (Wan Beauty Center, 019-9666 393), Kedah (Pusat Jamu & Kecantikan Nona, 012-2977 161), Perlis (Masarif Trading, 04-9782 818).

Kuala Lumpur dan Selangor (CHY Marketing, 012-5515 269), Negeri Sembilan (Wany Spa & Beauty, 016-3948 880/012-3627 257), Perak (YS Marketing & Services, 012-5022 052/0125262 052), Pulau Pinang (Greenway Marketing, 012-6882 541), Sabah (Era Jaya Enterprise, 016-5531 387), Sarawak (Indo Mentari, 016-8723 458), Melaka (Nadira Shoppe, 019-3673 951), Ibu Pejabat 03-8079 0103 atau e-mel ke www.anggun4u.com.