Bayar zakat guna SMS

Bayar zakat guna SMS
         
Pelanggan beragama Islam kini boleh membayar zakat fitrah dengan mudah menerusi khidmat m-fitrah oleh Celcom Axiata Bhd.

Celcom ialah ejen kutipan zakat fitrah bertauliah untuk negeri Selangor, Melaka, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Sabah.

Ketua Operasi Advanced Data Celcom Axiata Bhd, Afizulazha Abdullah berkata, khidmat itu yang dilakukan menerusi SMS, terbuka kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar sepanjang Ramadan. “Pembayaran zakat fitrah akan dipaparkan sama ada pada bil pasca bayar atau dipotong daripada kredit prabayar manakala resit pembayaran akan dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Celcom memanfaatkan peluang itu untuk menawarkan perkhidmatan mudah dan inovatif kepada pelanggan Islam sepanjang Ramadan.