SPESIFIKASI Ranger 2.2L XLT
Enjin: 2,198cc, Commonrail Direct Injection
Kuasa maksimum: 148hp @ 3,700rpm
Tork maksimum: 375Nm @ 2,500rpm
Transmisi: Automatik 6-kelajuan dengan Sports Mode
Kapasiti tangki minyak: 80 liter
Sudut pusingan minimum: 6.2 meter.
Ranger serlah ketangkasan
Terlalu banyak maklum balas positif diberikan terhadap model Ford Ranger terbaru. Ini secara tidak langsung memberi isyarat bahawa model dari pengeluar Amerika Syarikat ini benar-benar mempunyai kelebihan yang perlu dibanggakan.
Pertama kali menerima unit pandu uji Ranger 2.2L XLT Automatik 4x4 Hi-Rider dan berada di dalamnya saja sudah mampu membibitkan keterujaan yang luar biasa.
Ruang kabin luas dan tinggi, tempat duduk yang cukup selesa yang membuatkan tubuh penumpang terasa seakan `dipeluk', keringkasan tombol kawalan dan paparan meter serta ciri ergonomik ruang barangan yang banyak di dalamnya memudahkan pengguna.
Perjalanan dari Tanjung Malim ke Teluk Intan melalui jalan lama sedikit sebanyak menguji keselesaan jentera ini ketika membawa penumpang. Walaupun tangkas dan teguh, duduk di dalamnya dalam perjalanan sebegitu tidak meletihkan.
Jika memandu, jangan ragu-ragu dengan keupayaan dan kuasa yang terhasil dari enjinnya.
Walaupun hanya berkapasiti 2.2 liter, kuasa yang disampaikan amat memberangsangkan. Model ini menerima padanan ideal sistem transmisi, automatik 6-kelajuan dengan Sports Mode.
Ranger nampak gagah dan `keras'. Tetapi pada masa sama tetap mampu meluncur dalam keselesaan. Ini mungkin terhasil daripada pendekatan yang digunakan.
Seperti yang dijelaskan oleh jurutera Ford ketika sesi media di Thailand tidak lama dulu, mereka menggunakan inovasi yang ada pada jam tangan G-Shock untuk merealisasikan generasi terbaru Ranger ini; tampak moden dan pada masa sama tahan lasak.
Perjalanan ulang alik itu juga memberikan peluang untuk menguji tahap penggunaan bahan apinya. Ketika bacaan meter jarak menunjukkan angka 500km, takat penunjuk pada paparan meter menunjukkan baki diesel masih berada pada takat separuh tangki. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 80 liter.
Apa pun, pakej keseluruhan yang ada pada Ranger ini cukup menarik. Memandunya tidak sukar, tetapi jika perlu, ia tidak akan mengecewakan anda. Untuk kegunaan apa sekalipun, Ranger akan mampu memenuhinya.
Oleh Hazril Hafiz