Iftar, sahur di Sunway Putra Hotel
Berbuka puasa di luar, khususnya di hotel bukan sekadar menjadi pilihan tepat bagi mendapatkan juadah enak dan menyelerakan, tetapi turut menjadi kesempatan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga mahu pun sahabat handai.
Sudah pasti, menu masakan kampung menjadi pilihan utama, seperti di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Menu ala kampung disediakan Eksekutif Chef Sous, Samsuddin Ahmad itu pasti mampu mengembalikan kenangan dan yang penting nama hidangannya tidak berubah bagi memudahkan pengunjung memilih mana satu yang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi.
Air kurma Sebagai pembuka selera, apa kata rasa dahaga itu dilenyapkan dengan meneguk air tembikai laici dan juga air kurma. Kedua-dua minuman ini adalah sebagai penghilang dahaga dan terasa hilang letih selepas seharian berpuasa.
Kurma dikisar segar untuk memastikan rasanya asli berbanding kordial, manakala tembikai laici adalah minuman baru untuk pelanggan yang sukakan campuran buah-buahan.
Selain itu, bagi pembuka selera ala kampung, Chef Samsuddin menyediakan empat hidangan pilihan sama ada kerabu mangga muda, kerabu pegaga, tauhu bakar sumbat dengan sos thai dan pasembur dengan sos kacang. Hidangan ini sesuai untuk semua peringkat usia kerana tidak terlalu pedas dan enak di makan begitu saja.
Bagi yang menggemari sup, apa kata anda cuba hidangan yang begitu sinonim saban tahun iaitu sup gearbox. Sup ini pekat, terasa rempah ratus yang direneh bersama daging selama hampir enam jam bagi memastikan tulang sumsum itu sebati dengan sup berkenaan. Dagingnya lembut dan mudah untuk dimakan.
Hidangan berkuah lain iaitu sup soto ayam. Bahanbahan lain yang diisi di dalamnya membuat anda terasa seperti tidak cukup semangkuk dan ingin menambah lagi. Ditambah pula dengan kuah cili padinya, pasti terangkat selera anda.
Selesai menikmati hidangan ringan, beralih kepada hidangan utama. Terdapat dua nasi yang paling mendapat perhatian iaitu nasi beriani gam ayam dan nasi ulam. Istimewanya nasi beriani ini ialah butiran nasinya begitu lembut dan ayam yang turut dimasak di dalam nasi itu begitu manis dan segar sekali. Tanpa tambahan makanan lain, ia enak dimakan begitu saja.
Nasi ulam pula pasti sesuatu yang agak baru kepada pengunjung hotel kerana masakan berasal dari utara ini sangat ringkas. Nasinya digaul dengan kelapa muda dan juga ikan bilis digoreng bersama. Ia enak dimakan dengan juadah campuran iaitu kelapa dan ulamulaman. Sekali makan anda akan terasa sedikit masin dan lemak.
Hidangan lain termasuk ayam percik, rendang tok, ikan jenahak asam pedas, ikan siakap goreng tiga rasa, kacang botol goreng sambal dan pucuk paku goreng berlada. Semuanya pasti memenuhi selera anda yang sukakan hidangan ala kampung.
Tidak ketinggalan setiap juadah pasti ada pencuci mulut. Kali ini tiga juadah iaitu bubur cha cha, bubur pengat pisang dan pulut santan durian pasti membuatkan anda ingin kembali lagi pada tahun hadapan.
Sajian sahur
Bukan itu saja, banyak lagi hidangan menarik untuk anda. Pihak hotel juga menyediakan hidangan untuk pengunjung yang ingin bersahur bermula jam 4 pagi hingga imsak pada harga RM45++ setiap seorang.
Menunya akan bertukar setiap hari, surau juga disediakan. Promosi hidangan berbuka puasa ini diadakan di Coffee House tingkat 9 bermula 21 Julai hingga 18 Ogos pada harga RM88++ (dewasa) dan RM44++ (kanak-kanak).
Sebarang pertanyaan hubungi 0340429888 sambungan 9032.