E-Booster bantu tingkat penjimatan bahan api

Setiap kali menjelang musim perayaan, sudah pasti setiap individu memerlukan perbelanjaan kewangan yang banyak terutama membabitkan keperluan kenderaan termasuk kos bahan api yang digunakan bertambah.

Menyedari hakikat itu, Azlya Enterprise Sdn Bhd (Azlya Enterprise) mempunyai pendekatan dalam membantu meringankan beban pengguna terutama dari segi penggunaan bahan api dengan menggunakan E-Booster.

Azlya Enterprise adalah satu-satunya syarikat Bumiputera pertama di negara ini yang mengeluarkan alat berkenaan, yang bukan saja mampu menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 50 peratus, tetapi juga meningkatkan kuasa kenderaan.



Ramai di kalangan pengguna sudah menggunakan alat itu dan melahirkan rasa puas hati terhadap kelebihan peralatan berkenaan.

Pengarah Urusannya, Darul Hisham Abdullah berkata, alat itu direka khas membantu pengguna menangani masalah kenaikan harga bahan api sekali gus meringankan beban mereka.

Katanya, pihaknya membuat kajian lebih lima tahun termasuk melakukan ujian sebenar ke atas pelbagai jenis kenderaan dan mendapati antara faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan api ialah efisiensi pembakaran bahan api yang rendah.

Beliau yang juga bekas jurutera lulusan Universiti Arkansas Amerika Syarikat, berkata E-Booster ialah sejenis alat yang mampu menghasilkan gas hidrogen berasaskan air yang disuntik ke kebuk pembakaran melalui pengambilan udara.

"Menerusi sistem itu, ia akan menghasilkan pembakaran sempurna sekali gus menjana kuasa maksimum tanpa perlunya melakukan pengubahsuaian pada enjin atau sistem elektronik kereta.

Darul Hisham berkata, penjimatan bahan api sehingga 50 peratus itu mampu dihasilkan apabila menggunakan E-Booster bersama RON95 pada kenderaan karburetor, sentuhan bahan api dan `eletronik fuel injection' untuk perjalanan jauh manakala bagi perjalanan dalam bandar ,penjimatan antara 10 hingga 20 peratus.

Beliau berkata, lazimnya antara 20 hingga 25 peratus bahan api digunakan untuk menjana kuasa manakala yang lainnya keluar ke ekzos sebagai karbon monoksida.

Katanya, kenderaan yang dibawa pada kelajuan melebihi had laju, bukan saja membahayakan keselamatan tetapi juga meningkatkan penggunaan petrol lebih 10 peratus bagi setiap 10 kilometer jam (kmj).

"Penggunaan E-Booster dapat menghasilkan sedikit gas yang mencukupi untuk berfungsi sebagai katalis dalam pembakaran dan dengan itu, tiada risiko letupan atau enjin berkarat," katanya.

Darul Hisham berkata, kebanyakan pengguna tidak tahu atau kurang mahir perkara berkaitan penjagaan dan masalah asas kenderaan seperti penjagaan tayar, brek ketat, hayat palam pencucuh, minyak enjin pekat atau kotor dan tekanan tayar rendah, di mana perkara sebegitu memberi kesan besar dari segi penggunaan petrol dan juga keselamatan pemandu serta penumpang.

"Bagaimanapun dengan menggunakan E-Booster, pengguna bukan saja dapat meringankan beban dari segi penggunaan petrol malah ia amat berkesan kepada penyelenggaraan sistem enjin kereta.

"Malah kos yang dikenakan cuma RM280 termasuk pemasangan dan pengguna juga tidak perlu bimbang kerana alat itu sudah terbukti berkesan, malah penjagaannya juga tidak sukar kerana hanya memerlukan penambahan air dalam kotak E-Booster.

"Selain menjimatkan bahan api, penggunaan alat itu juga dapat memastikan enjin kenderaan dalam keadaan baik," katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://eboostergen.blogspot.com atau menghubungi di talian 012-2776179.

FAKTA NOMBOR

50peratus penjimatan mampu dicapai

RM280 kos termasuk pemasangan

RON95 mampu capai kuasa seperti RON97

Oleh Mohd Amin Jalil