Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) tawar kain harga murah

KKR1M tawar kain harga murah

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)menawarkan pelbagai tekstil bermutu dan terkini pada harga murah.

KKR1M pertama yang dimiliki Peluang Karisma Sdn Bhd di Taman Lagenda Suria itu membolehkan pengguna membeli produk tekstil dengan potongan harga kira-kira 30 peratus berbanding harga pasaran.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak mahu gagasan 1Malaysia hanya menjadi slogan atau retorik politik semata-mata, sebaliknya ia perlu diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh dinikmati rakyat.

Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan usaha itu lebih banyak perkhidmatan dan produk jenama 1Malaysia perlu diperkenalkan bagi membantu meringankan bebanan rakyat.

"Apabila diperkenalkan perkhidmatan dan produk 1Malaysia, senarainya tiada `noktah' cuma ada `koma'. Tiada akhir.. Kita sentiasa memikirkan apa lagi produk yang boleh menepati gagasan 1Malaysia yang dapat meringankan beban rakyat.

"Namun, kita tidak sewenang-wenangnya membenarkan jenama 1Malaysia ini digunakan. Terdapat tiga kriteria yang perlu dipenuhi sebelum mengizinkan jenama itu digunakan," katanya.

Najib menegaskan tiga kriteria utama berkenaan ialah produk dan perkhidmatan itu untuk rakyat, berkualiti dan murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak memperkenalkan produk serta perkhidmatan 1Malaysia untuk membantu meringankan beban rakyat.

Mengenai KKR1M, Najib berkata, kedai kain itu menjual pelbagai jenis kain dan pakaian yang bermutu tinggi dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

"Saya sahkan, terbukti harga pakaian dan kain KKR1M jauh lebih murah daripada harga pasaran. Ia bukan kelulusan automatik tetapi kementerian sudah semak harganya," katanya.

Produk dijual Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

- Baju kurung dan Melayu

- Kelengkapan sekolah

- Kain ela

- Langsir

- Sejadah

- Tudung Antara Produk 1Malaysia

- Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KR1M)

- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

- Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

- Klinik Rakyat 1Malaysia

- Menu Rakyat 1Malaysia

- Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

- Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA)