Kata orang, mana mungkin dara boleh dipulihkan apabila seseorang itu kehilangan mahkotanya.
Namun, bagi Pengurus Besar Dunia Herbs Sales & Marketing (Dunia Herbs), Rushdi Abdullah, rumusan kapsul Mustajab Perawan membantu wanita yang mahu memulihkan dara dan menjalin kembali hubungan intim bersama suami.
Ramai yang menggunakan produk ini mendakwa hubungan intim mereka bertambah baik.
"Kapsul ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah keputihan atau senggugut.
"Jika diamalkan berterusan, ia membantu fungsi organ wanita seperti perawan selain merawat kulit kendur kembali halus, rata, cerah dan melambatkan proses penuaan.
"Ia membantu meningkatkan estrogen dalam badan di samping mengaktifkan kolagen dalam kulit. Ia penting kepada wanita kerana mahu sentiasa menawan," katanya.
Menurutnya, Mustajab Perawan dihasilkan tanpa campuran kimia dan seratus peratus herba asli.
Ia diolah daripada enam herba terpilih iaitu kacip fatimah, gambir, halia, kunyit, lada hitam dan jemuju.
Menurutnya, kacip fatimah membantu mengatasi masalah wanita seperti keputihan, lendir berlebihan dan mengetatkan kembali otot peranakan selepas bersalin.
Halia pula membuang angin, memanaskan badan, merawat gastrik, hilang selera makan dan kembung perut.
Kunyit digunakan secara tradisional untuk merawat keputihan selain menghaluskan kulit.
Gambir, lada hitam dan jemuju membantu memulihkan tenaga dan kesihatan selain melangsingkan badan.
Bagaimanapun, perkara yang penting untuk kelihatan cantik ialah mengamalkan cara hidup yang sihat.
"Menjaga pemakanan, tidur yang cukup dan bersenam memberi kesihatan yang lebih baik manakala perubatan alternatif memudahkan anda mengatur hidup yang sihat.
Produk berkenaan dihasilkan di kilang bertaraf Amalan Pengeluaran Baik (GMP) dan mendapat kelulusan pihak berkuasa serta disahkan halal.
Sebarang maklumat, kunjungi Dunia Herbs di No 4, Jalan 5A/6 Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-40232440 dan 019-6164082.
Oleh Noriah Idris