Clarins Gentle Beauty Soap

Menyedari keharuman dan manfaat kecantikan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan minyak pati, Clarins telah menggunakannya dalam produk wangian dan rawatan penjagaan kecantikan selama lebih 50 tahun.


Ini membolehkan wanita di seluruh dunia memanjakan diri dengan minyak rawatan istimewa daripada Clarins yang 100 peratus dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Kini, Clarins menghidupkan kembali warisannya dengan menghasilkan sabun muka Clarins iaitu Gentle Beauty Soap yang mengandungi 99.9 peratus ramuan semula jadi yang sesuai untuk membersih muka dan badan sambil mengekalkan keseimbangan kulit.

Sabun organik ini diperkaya dengan khasiat kesuburan mentega shea organik dan khasiat kebaikan anti penyahhidratan minyak hazel organik sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu mengembalikan seri muka seseorang.

Hanya letakkan sedikit di tapak tangan, gosok hingga berbuih dan urut di seluruh muka dengan gerakan pusar sambil mengelak kontur mata. Bilas bersih. Gunakan air sejuk pada waktu pagi dan air hangat pada malam hari.

Malah formula istimewa dari Clarins itu juga memastikan lapisan hidrolipik kulit dilindungi dengan sempurna. Ia menjadikan kulit terasa selesa, tidak tegang dan mengekalkan kelembapan semulajadinya

Clarins Gentle Beauty Soap boleh didapati di semua kaunter Clarins seluruh negara pada harga RM60.

Oleh Zuhayati Yazid

Sandal pantai Ipanema

Selalunya, bila bercerita tentang beg tangan dan kasut pasti dikaitkan dengan wanita kerana kedua-dua aksesori ini bagaikan 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan. Ia menguatkan lagi tanggapan tersebut apabila wanita yang berkerjaya, pastinya mempunyai pelbagai koleksi untuk digayakan setiap hari.

Terbaru, Ipanema menampilkan koleksi sandal bagi memperlengkapkan koleksi kasut bagi wanita yang mementingkan gaya.

Ia adalah pilihan sesuai untuk perjalanan kasual yang pastinya mampu memuaskan si pemakainya.

Bersesuaian dengan konsep, Ipanema, jenama sandal dari Brazil ini menampilkan koleksi bertemakan pantai yang pastinya memberikan gaya penuh bebas.

Menampilkan empat himpunan terbaru dengan corak dan gaya yang tersendiri pastinya tertarik untuk memilikinya dengan tawaran harga di antara RM69 hingga RM79.

Berwarna warni, rekaan yang terang refleksi feminin si pemakai selain menonjolkan imej bunga-bunga tropika yang dicetak di atas tapak.

Malah ia juga sesuai untuk majlis taman dan menepati kehendak gaya serta rekaan semasa yang penuh dengan warna-warna kehidupan.

Mengggunakan teknologi solar Anatomica Fem Ad, sandal Ipanema ini ringan dan mudah dipakai dengan ciri-ciri tanpa licin dan stabil agar si pemakai tidak perlu bimbang tentang lantai yang basah.

Menurut Penolong Pengurus Besar RSH (M) Sdn. Bhd., Manish Sapra, yang memasar dan mengedar kasut jenama Ipanema di negara ini, model sandal Ipanema Gisele Bundchen diwujudkan sebagai satu penyataan fesyen yang mempunyai mesej tersendiri.

''Gisele Bundchen merupakan salah satu wajah yang paling dikenali pada hari ini. Beliau merupakan salah seorang peragawati yang menerima bayaran paling mahal di dunia dan sering menghiasi pentas-pentas peragaan, iklan dan majalah serta kini menceburi dunia perfileman.

Sendayu Tinggi kini francais

Lebih sedekad berada di pasaran mendekati keperluan wanita Sendayu Tinggi kian mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama produk penjagaan kecantikan tempatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Usaha untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan produk-produk daripada jenama antarabangsa lain bagaikan tiada titik noktah.

Pengasas Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Rozita Ibrahim berkata, sebagai menyahut gerakan globalisasi pihaknya mengambil langkah setapak lagi dengan memperluaskan rangkaian perniagaan dengan menjual lebih pilihan produk kepada pengguna.

"Tahun 2010 membuka lembaran baru kepada untuk terus melangkah maju dengan menjadikan Sendayu Tinggi sebagai syarikat kecantikan Bumiputera Melayu yang mengetengahkan konsep francais.

"Setakat ini kami telah mempunyai lima cawangan berunsur perniagaan francais," katanya pada majlis pembukaan cawangan francis terbaru Sendayu Tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Premis terbaru itu merupakan cawangan yang keenam yang mengetengahkan idea perniagaan francais.

Melalui konsep francais ini, menurut Rozita, beliau mahu berkongsi peluang perniagaan kepada individu yang berminat khususnya golongan Bumiputera.

"Begitupun terdapat beberapa kriteria yang perlu mereka penuhi. Antaranya, mereka berpendidikan tinggi dan mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Rozita menyedari hakikat bahawa pengguna hari ini semakin bijak dalam memilih.

IZ Fibre | Serat kempiskan perut

Amalkan pemakanan yang mengandungi banyak serat. Nasihat ini selalu didengar, tetapi tidak begitu memahami kepentingannya pada kesihatan.

Makanan yang kaya dengan serat diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Makanan jenis ini sudah lama diketahui kerana keupayaannya mengelak atau melegakan sistem pencernaan dalam badan.

Serat juga mengandungi kelebihan lain seperti merendahkan risiko diabetes dan penyakit jantung.

Tidak seperti komponen makanan lain contohnya lemak, protein atau karbohidrat yang dihancurkan dan diserap oleh tubuh, serat tidak dihadamkan oleh tubuh.

Justeru, ia bergerak melalui perut, usus kecil, usus besar dan keluar daripada tubuh melalui pembuangan air besar. Nampak macam serat tidak penting tetapi ia mempunyai beberapa peranan penting bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Wanita perlu mencuba untuk makan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat sehari sementara lelaki sebanyak 30 hingga 38 gram.

Bagaimanapun ramai menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan pada setiap hari.

Ini disebabkan faktor kesibukan lantas mengenepikan cara pemakanan yang sihat. Akibatnya pelbagai penyakit boleh singgah pada tubuh.

''Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana kekurangan serat boleh mengakibatkan masalah seperti sembelit, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya,'' ujar Aiza Mohd Yunos 35, pengedar produk IZ Fibre bagi Kuala Lumpur dan Selangor yang ditemui baru-baru ini.

Aiza berkata, IZ Fibre yang telah enam bulan berada dalam pasaran selain kaya dengan bahan-bahan serat yang baik bagi kesihatan juga terbukti berkesan dalam program 10 hari langsing.

''Penggunaan berterusan selama 10 hari pada setiap malam sebelum tidur dilihat dapat membuang lemak pada bahagian perut yang menyebabkan perut buncit.

''Selain membantu mengempiskan perut buncit, produk ini juga sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah kegemukan. Cuma bancuh satu sudu besar IZ Fibre dengan satu gelas air sejuk. Keesokan paginya anda akan terasa hendak membuang air besar. Ini menandakan proses membersihkan perut dan membuang lemak sedang berlaku.

''Dalam tempoh 10 hari pengambilannya pengguna boleh kehilangan di antara satu hingga empat kilogram dan ini amat menggembirakan mereka yang telah mengambilnya,'' jelas beliau lagi yang juga merupakan pengguna IZ Fibre dan kehilangan enam kilogram dalam tempoh dua bulan.

"Dua Citarasa Satu Jiwa" IKEA Reality Show Audition

"Dua Citarasa Satu Jiwa" IKEA
Dateline: Sunday, 21st Mar 2010

Stand a chance to star in the IKEA new reality show and a bedroom makeover worth RM5,000 sponsored by IKEA friends Credit Card when you send in your audition video.

Terms and conditions apply.

Visit website to find out more.

For more detailed info, please visit:
http://www.ikea.com.my/duacitarasa-satujiwa/index.asp

Website:
http://www.ikea.com.my

Herba Tuju Angin HPA

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :

1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual

2. Angin Darah: emosi dan cepat marah

3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.

Manfaat herba ini:

1. Mengatasi perut kembung

2. Menghilangkan rheumatik

3. Mengatasi migrain

4. Mengatasi maag/gastrik

5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

6. Meredakan sakit sendi

7. Hilang selera makan

8. Lemah tenaga batin

9. Rheumatik

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Cinnamomum Iners

2. Vitex Pubescens

3. Micromelium Pubescens

4. Morinda Eliptica

Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga :

Semenanjung : RM20

Sabah/Sarawak : RM22

Madu Tualang sama taraf madu import

Madu secara semulajadi sangat berkhasiat dengan ia mengandungi gula seperti fruktus dan glukos, mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat dan vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Oleh kerana inilah madu merupakan satu daripada ramuan penting dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh pelbagai tamadun sejak berkurun-kurun.

Sebelum 1996, pengumpul madu lebah tualang di daerah-daerah di Kedah seperti Padang Terap, Ulu Muda, Sik, Baling, Jerai dan Kubang Pasu menjual hasil yang mereka kumpul dalam botol di gerai tepi jalan serta pasar tempatan.

Dengan penggunaan madu ini terhad kepada penduduk tempatan dan sesekali dibeli oleh perantau yang melalui tempat-tempat ini, jualan tidak konsisten dengan harga jualan antara RM20 dan RM22 setiap kilogram.

Bagaimanapun, pada 1996 semua ini berubah apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menubuhkan sebuah pusat mengumpul dan memproses di Kuala Nerang, Kedah, untuk memudahkan pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan Madu Tualang.

FAMA

Ketua Pengarah FAMA Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata pusat ini adalah pusat sehenti bagi pengutip madu di Kedah untuk menjual bekalan mereka.

"Ini mendorong mereka mengumpul lebih banyak Madu Tualang dan sejak itu bekalan meningkat daripada 2 hingga 5 tan sebulan kepada 10 tan sebulan semasa musim kutipan.

"Harga juga telah naik. FAMA kini membayar antara RM58 dan RM60 setiap kilogram bagi Madu Tualang berkualiti premium. Madu ini diproses di pusat FAMA ini dan dipakej di bawah jenama Agromas," katanya.

Madu ini yang dijual di bawah jenama Agromas Tualang Honey selain boleh dibeli di 'House of Honey' di pusat ini, juga boleh dibeli di pasar raya Mydin dan Giant selain daripada Agro Bazaar terpilih di seluruh negara.

Bengkel Cantik Sihat Pancaindera

Bengkel Cantik Sihat Pancaindera akan menemui pembaca terpilih di Kuantan, Pahang pada 13 Mac depan, di Port Dickson (21 Mac) dan Johor Bharu (28 Mac).

Mereka yang mahu menyertai bengkel yang dianjurkan dengan kos hanya RM25 (termasuk makan-minum) ini perlu membuat tempahan segera di talian 012-2707191 dan mengisi borang yang bakal kami terbitkan minggu depan di akhbar ini.

Rahsia cantik sihat Mak Dara!


Sebagai menghargai pembaca kesayangan kami, akhbar Mingguan Malaysia akan menganjurkan acara Bengkel Cantik Sihat Pancaindera sepanjang Mac 2010.

Dengan kerjasama Jamu Mak Dara, bengkel kecantikan dan kesihatan ini akan memberi fokus kepada tips-tips dalaman dan luaran wanita berkerjaya dan berumah tangga.

Menurut Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Shuib, beliau sudi memperturunkan ilmu penjagaan badan dan rawatan tradisional yang berkesan untuk diamalkan oleh setiap wanita.

"Banyak wanita malu, segan untuk bercerita tentang masalah peribadi mereka terutamanya membabitkan hal-hal hubungan intim dengan suami.

"Ibu bersedia untuk berkongsi petua terbaik untuk kebahagiaan rumah tangga mereka. Justeru, atas permintaan ramai, ibu akan hadir bersama-sama dengan Pancaindera ke lokasi terpilih untuk berkongsi tip-tip hebat bagi menjaga keharmonian rumah tangga melalui amalan senaman dan pemakanan yang baik," kata Ibu Halimah.

Ibu Halimah juga secara peribadi akan memperturunkan petua-petua penting ke arah mengekalkan keharmonian rumah tangga melalui hubungan intim yang berkualiti dan menjawab permasalahan yang dihadapi oleh setiap peserta.

Selain ibu Halimah, penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah juga turun padang bekerjasama menjayakan bengkel ini.

Ifa akan berkongsi tips cara hidup sihat yang diamalkan, selain cara penjagaan kulit wajah yang berkesan yang boleh diamalkan di rumah.

Duta produk berjenama antarabangsa Coway itu juga akan berkongsi pelbagai tips lain yang sesuai dengan peserta bengkel sepanjang acara berkenaan.

Jurusolek profesional yang melahirkan jenama Zamri Beauty Inspiration, Mohd Zamri Sulaiman pula akan mengajar teknik-teknik solekan wajah moden menggunakan barangan kosmetik harga patut.

"Banyak orang anggap produk mahal sahaja yang berkesan, sebenarnya tanggapan itu silap sama sekali. Dengan mencalit kosmetik berjenama tempatan berharga sederhana pun, hasil solekan ke tempat kerja dan majlis keraian akan nampak menarik jika kena dengan tekniknya," ujar Zamri.

Selain tiga fasilitator ini, turut diketengahkan petua penjagaan alat sulit wanita, pemakanan yang betul dan pelbagai tips yang cukup berguna untuk dikongsi oleh peserta.