Kalau artis lain sibuk membuat perawatan wajah supaya tampil berseri dan anggun tatkala melangkah di permaidani merah, artis remaja dan jelita, Diana Danielle pula tidak memerlukan semua itu. Rawatan wajah di rumah menggunakan produk Nano White sudah memadai buat Danielle untuk tampil jelita di mata peminat yang menanti di permaidani merah.
Dedah pelakon kacukan Melayu - Inggeris itu, dia memastikan penggunaan intensif produk Nano White selama dua minggu sebelum berlangsungnya acara gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), baru-baru ini. Ini kerana dia mahu wajahnya kelihatan lebih menawan dan bermaya pada hari istimewa itu tanpa bantuan facial mahupun produk jenama mahal.
Gadis berusia 19 tahun itu juga berkata, dia berasa lebih yakin dan berbeza sejak menggunakan produk berkenaan. Walaupun harganya tidak semahal produk berjenama terkenal, Danielle tetap berpuas hati dengan hasilnya. Malah, jurusoleknya juga berpuas hati kerana kerja mengoles wajah Danielle menjadi mudah dengan perubahan kulitnya yang semakin sekata.
“Saya terkejut apabila jurusolek memuji perubahan wajah saya. Katanya, kulit saya kelihatan sekata jadi ia memudahkannya untuk mengoles wajah saya. Malah, ia membantu menyingkatkan waktu untuk menyolekkan.
“Saya membuat persediaan rapi selama dua minggu bagi memastikan wajah kelihatan berseri pada ABPBH yang lalu. Setiap pagi dan malam, produk Nano White tidak akan lupa saya sapukan ke wajah. Setiap hari saya akan menggunakan pembersih Awakening Snow Wash, dan sebelah malam pula saya menggunakan krim malam, Night Repair Cream.
“Memandangkan saya sering berada di luar dan kerap terkena pancaran mata hari sewaktu penggambaran, saya memastikan Omega Day Shield SPF 50 sentiasa berada di dalam beg tangan. Satu lagi barang yang wajib ada di dalam beg saya ialah krim matanya. Sejak menggunakan krim mata, saya mendapati lingkaran hitam di bawah mata juga semakin berkurangan,” kata Danielle.
Oleh kerana kulitnya yang sensitif, Danielle amat cerewet dalam soal pemilihan produk penjagaan wajah. Bagaimanapun, berbeza sekali dengan Nano White, biarpun harganya berpatutan namun dia amat berpuas hati dengan hasilnya tanpa sebarang keraguan.
“Saya pernah mencuba pelembap yang tidak bersesuaian dengan kulit, akibatnya kulit saya kelihatan tambah berminyak. Tetapi berbeza dengan Nano White, pelembapnya mengikut kesesuaian kombinasi kulit pemakainya dan sekarang saya tidak menghadapi sebarang masalah lagi.
“Walaupun harga produk Nano White tidak semahal jenama terkenal, namun kualitinya tidak meragukan. Dengan berasaskan kepada teknologi Nano, bahan yang diletakkan kepada produknya adalah selamat,” kata Danielle .