Bermula 1 Julai hingga 1 September ini, ibu bapa di seluruh negara berpeluang memenangi hadiah dan wang tunai bernilai RM1 juta dengan menyertai peraduan Huggies 1Malaysia 1Million Moments.
Pengarah Besar Kimberly-Clark Malaysia/Singapura, Nathan Kandapper, berkata Malaysia negara unik yang dihuni masyarakat berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya.
Katanya, berlandaskan konsep unik 1Malaysia itu juga Huggies melancarkan peraduan sebegini dengan harapan ibu bapa berbilang kaum negara dapat berkongsi pengalaman terbaik mereka mendidik anak.
“Peraduan 1Malaysia 1Million Moments diadakan bersempena pelancaran semula lampin pakai buang terbaru keluaran syarikat berkenaan, Huggies Dry Comfort,” katanya.
Huggies Dry Comfort didatangkan bersama ciri istimewa 4-layer Lock & Breathe yang cepat menarik cecair jauh dari kulit bayi sementara menyerap dan mengunci serapan cairan dengan kekeringan lebih lama sehingga 10 jam.
Beliau berkata, untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menjawab dua soalan mudah sebelum menghantar borang penyertaan dengan melampirkan bersama bukti pembelian produk Huggies.
Seramai 10 finalis akan dipilih untuk di peringkat akhir Huggies 1Malaysia 1Million Moments yang memerlukan mereka melalui ujian tahap kemahiran bagi merebut tiga hadiah teratas.
Hanya satu finalis dengan markah tertinggi berpeluang mara ke tahap terakhir untuk menentukan nilai sebenar hadiah wang tunai bakal dimenangi sama ada hadiah utama RM1 juta atau hadiah pertama bernilai RM30,000 dan bekalan produk Huggies untuk setahun.
Pemenang tempat kedua, berpeluang membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan bekalan produk Huggies untuk enam bulan, tempat ketiga (RM5,000) bersama produk Huggies (enam bulan).
Tujuh pemenang hadiah sagu hati akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan bekalan produk Huggies untuk enam bulan setiap orang. Sepanjang sembilan minggu peraduan dijalankan, 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu bagi memenangi satu pek Huggies Dry Comfort Jumbo.
“Ini adalah peraduan terbesar yang pernah kami anjurkan dari segi nilai hadiah. Jangan tunggu lagi, hantarkan penyertaan anda sekarang untuk merebut wang tunai RM1 juta dan produk Huggies percuma,” katanya