Jenama kecantikan, Sutrabeauty memperkenalkan minuman kolagen, Belleze Colagen Drink berperisa oren pertama di pasaran yang mengandungi ekstrak Astaxhantin di samping menawarkan harga murah di pasaran.
Berfungsi sebagai pemangkin kolagen, ekstrak berkenaan dikatakan mampu untuk merangsang tindak balas kolagen dengan berkesan dan lebih cepat.
Pengarah Urusan Sutrabeauty, Saadiah Abdul Wahab, berkata produk keluaran syarikatnya menawarkan produk berasaskan minuman kerana kesannya lebih cepat diperoleh.
“Minuman lebih cepat menampilkan kesan dan bertindak balas berbanding kapsul menyebabkan kami memilih untuk mengeluarkan produk minuman berasaskan kolagen.
“Malahan, kami menggunakan perisa oren bagi memenuhi selera pelanggan berbanding perisa vanila dan coklat yang sering kali ditawarkan di pasaran,” katanya ketika ditemui di pejabat Sutrabeauty, di ibu negara, baru-baru ini.
Katanya, kajian yang diperoleh menunjukkan wanita kurang menggemari perisa vanila, manakala perisa coklat pula sudah terlalu biasa digunakan di dalam pasaran.
Memahami kehendak pelanggan, beliau mencipta kelainan dengan menawarkan perisa oren sebagai alternatif dalam pasaran.
Pelbagai kelebihan produk berkenaan antaranya mencerahkan kulit, mengurangkan pigmen jeragat, merawat kesan penuaan dan membaiki kulit rosak.
Bagaimanapun, bagi penghidap barah kulit, ekzema ataupun dermatitis, anda disarankan mengamalkan minuman berkenaan pada setiap pagi dan malam bagi mengatasi masalah berkenaan di samping mendapatkan struktur kulit yang lebih baik.
Produk itu juga berkhasiat mengurangkan masalah gangguan haid dan kandungan aktif bahannya dikatakan mempunyai unsur yang dapat mencegah barah payudara, menguatkan tulang rawan, melegakan sindrom menopaus dan mencegah penyakit kardiovaskular serta mencegah servaskular atau penyakit saraf.
“Produk ini mengandungi pelbagai kelebihan dan ia sesuai diamalkan oleh lelaki dan perempuan. Harganya sekitar RM39.90 dan boleh dinikmati secara panas ataupun sejuk,” katanya yang turut memperkenalkan set Belleze Beauty yang mengandungi sabun kolagen, pupur dan krim pencerah.
Bagi yang berminat menjadi pengedar ataupun membeli produk berkenaan, anda dipelawa mengunjungi premis atau pejabat Sutrabeauty di 15, Jalan Dwi Tasik atau hubungi 03-91710334 untuk keterangan lanjut. Sebarang penghantaran walaupun satu adalah percuma.
Oleh Nurul Nadia Abdul Hamid