Kesilapan memilih makanan disertai kurang penjagaan serta bersenam menjadikan ramai rakyat di negara ini kegemukan. Masalah ini dihadapi semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Masalah kegemukan yang tidak dikawal boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit.
Kebanyakan mereka yang mengalami kegemukan pasti menyedari betapa sukarnya untuk kurus sedangkan untuk menjadi gemuk terlalu mudah.
Tubuh yang gemuk menjadikan pergerakan seseorang itu terbatas, berperasaan rendah diri dan mungkin juga boleh menyebabkan murung apabila diri terasa tersisih.
Bagaimanapun setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting mereka yang mengalaminya harus melakukannya secara berdisiplin dan bukan hanya bersifat sementara. Jika ini berjaya diatasi sudah tentu anda akan mendapat bentuk badan yang diingini sekali gus tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
Azie Noor pengeluar IZ Fibre, satu produk yang membantu kepada proses menurunkan berat badan berkata, seseorang yang mengalami kegemukan tidak mungkin akan dapat kurus semula kecuali jika dia berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut.
IZ Fibre yang kandungan utamanya adalah serat epal organik dibuat khusus bagi mereka yang bimbang dengan pertambahan berat badan yang mungkin akan menyebabkan kepada kegemukan atau obesiti.
Bahan-bahan lain yang turut terdapat di dalamnya ialah sekam psylium, serbuk lemon, serat gandum, serat oat dan oligo.
Menurut Azie, ramai yang mengetahui mengenai keistimewaan epal yang dianggap sebagai raja buah.
Justeru, amalan memakan sebiji epal sehari amat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Lebih baik lagi jika epal dimakan bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terdapat di bawah kulitnya.
''Epal bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, sodium, vitamin C, A dan D malah merupakan sumber serat yang mudah larut.
''Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup bagi membekalkan khasiat untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
''Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik, iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung,'' katanya yang ditemui baru-baru ini.
Azie menambah, serat epal organik yang terdapat di dalam IZ Fibre dipasarkan dengan produk Figure Trim yang menggunakan formula dari Amerika Syarikat ini membantu mengawal paras kolesterol secara semula jadi.
Ini kerana serat epal mengandungi pektin tinggi yang boleh bergabung dengan kolesterol dan membuang lemak tak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.
Serat epal organik juga katanya, membantu paras glukos darah, menghalang naik turun paras glukos, mengekalkan tekanan darah yang normal, mengelakkan sembelit dan membuang toksin daripada kolon.
''IZ Fibre ini elok diambil selepas makan malam kerana semasa kita tidur, ia memproses makanan yang dimakan dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan selepas kita bangun tidur. Perut akan terasa lebih selesa kerana usus kita bersih daripada toksin atau bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Ia amat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit dan sukar membuang air besar kerana proses membuang air besar menjadi lancar.
Bagi memudahkan pengguna, Figure Trim ada dijual di restoran-restoran tertentu dan pengguna boleh meminum Figure Trim ini yang dijual dalam bentuk sachet. Harganya cuma RM3.90 satu sachet. Mudah sahaja, selepas sarapan, minum satu sachet Figure Trim. Bagi pemilik restoran yang berminat untuk menjual Figure Trim ini atau mereka yang ingin mendapatkan IZ Fibre bolehlah berhubung dengannya di 012-9332485.
Oleh MERAN ABU BAKAR