BROS Mug2Go

Minum banyak air setiap hari penting untuk kesihatan diri yang berpanjangan selain memastikan kandungan air dalam badan mencukupi bagi mengelakkan kulit mengalami kekeringan.

Sehubungan itu, membawa bekal air ke mana saja anda pergi adalah langkah terbaik, lebih-lebih lagi minum air dalam jumlah yang banyak akan memastikan kulit kekal lembap dan mungkin berupaya mengelakkan anda daripada mengalami sebarang penyakit berkaitan.

Begitupun, wajar diingat bekas yang digunakan untuk mengisi air juga adalah penting kerana jika anda menggunakan botol plastik yang sudah digunakan, ia dikhuatiri mengandungi bahan kimia atau anasir lain sekiranya diisi dengan air panas.

Pakar botol air terkemuka di Malaysia, Bros, memperkenalkan jenama BROS Mug2Go, bekas minuman berinsulasi yang memenuhi cita rasa pengguna dan mereka yang cintakan kehijauan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Living Wing Sdn Bhd, Terence Lee, berkata BROS Mug2Go mengambil kesempatan untuk menyertai rangkaian Hari Bumi dan memperagakan koleksi penuh bergaya dalam warna hijau yang ringkas, mudah, tahan lasak, mesra alam serta bergaya.

“Mug2Go juga mampu mengekalkan kepanasan air sehingga enam jam, manakala air sejuk pula kekal dingin sehingga 12 jam. Diperbuat daripada besi tahan karat Gred Makanan 18/8, ia memastikan air minuman selamat digunakan tanpa sebarang tirisan bahan kimia ketika penggunaan biasa atau ketika terdedah kepada kepanasan.

“Bahan besi tahan karat yang digunakan amat lasak dan tahan retak bagi memastikan pengguna mendapat produk yang tahan lama dan lebih bernilai,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, baru-baru ini.
Lee berkata, BROS mementingkan penjagaan kesihatan dan pada masa sama memupuk tabiat meminum air yang mencukupi kerana ia penting bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan selain memastikan sistem metabolisme yang sihat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan tropika.

Mug2Go tampil dengan enam siri khas beraneka tema yang sesuai untuk pelbagai acara dan bagi anda yang bersemangat waja, anda boleh memilih koleksi unik `Stop Following Me’ dan `What a Waste’ manakala pencinta alam sekitar atau sukakan haiwan peliharaan, pasti koleksi `Animal World’ dan `Decorative Birds’ menjadi pilihan.

Bagi yang konservatif tetapi mahu sedikit kelainan, siri `Pilot’ atau `Floral-Lo’ turut disediakan.

Harga bagi bekas minuman bersaiz 380 mililiter adalah RM79.90 dan koleksi BROS Mug2Go ini boleh diperoleh di HOMING serta rangkaian pasar raya Jusco dan Metrojaya terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bros.com.my