Children Islamic Centre : Pelajari Matematik cara mudah di CIC

Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. Isi kandungannya juga sangat berturutan membabitkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi tuntutan konitif sekali gus menjadikan ia satu subjek yang susah, berat lagi membosankan.

Mitos kononnya orang Melayu memang semula jadi sukar menguasai ilmu itu menjadikan segelintir masyarakat kita menerimanya sebagai satu kenyataan terutama di kalangan pelajar Melayu yang tidak dapat menguasai ilmu itu. Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang mundur dan dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu.

Kenyataan itu tidak benar kerana sejarah membuktikan bahawa Islam melahirkan banyak sarjana Islam dan ilmuwan Islam yang cukup hebat dalam pelbagai bidang termasuk Matematik malah penemuan dan penciptaan mereka inilah yang dijadikan rujukan Barat.

Pada dasarnya, kehidupan seharian kita itu sendiri dipayungi dengan ilmu Matematik. Kebijaksanaan seseorang itu dalam pengurusan masa menjamin kehidupan harian yang sempurna. Bertitik tolak daripada situ, sememangnya bidang Matematik tidak boleh dipandang ringan, terutama di kalangan orang Islam.

Sehubungan itu, Children Islamic Centre (CIC) sebuah Pusat Perkembangan Individu khusus untuk kanak-kanak 3-12 tahun mengambil langkah proaktif bagi membantu memperkembangkan tumbesaran minda kanak-kanak di usia ini. Pada Jun 2011 lalu, CIC memperkenalkan satu program baharu iaitu Program New Maths.

Program ini akan membantu merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak disamping dapat meningkatkan keupayaan berfikir dengan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Konsep yang diajar di dalam Program New Maths ini adalah keupayaan memerhati, berfikir secara logik, kemahiran pengiraan, menguatkan daya, ingatan, koordinasi antara deria-motor, kreativiti, 100 teori asas matematik dalam konsep terbitan, warna, bentuk, pemetaan ruang dan bayangan geometri.

Kanak-kanak akan diberikan satu 'brief case' mengandungi 3 buku mengikut peringkat, krayon, pen berwarna, tangram, carta dinding mini, pelekat bernombor dan bahan belajar yang interaktif demi merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Ciri-ciri bahan mengajar ini sangat menarik dan efektif yang hanya memerlukan pengawasan minimum untuk setiap peringkat, suasana pembelajaran yang bercirikan interaktif dan pemenang 9 kali anugerah "Kid Mathematics Teaching Material Highest Honorary Awards" menggunakan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang menumpu secara menyeluruh kepada setiap kanak-kanak.

Dengan nisbah bilangan guru dan murid yang kecil iaitu satu guru, 10 kanak-kanak, CIC percaya sangat bermanfaat. Antaranya adalah pendekatan yang kreatif oleh guru-guru dapat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor dan masalah matematik. Disamping dapat merangsang perkembangan otak kiri dan kanan kanak-kanak itu, kerjaya dan masa depan seseorang akan lebih luas dan cerah jika seseorang individu dapat menguasai kerumitan dalam subjek Matematik.

Terdapat 3 peringkat di dalam program ini iaitu Peringkat Rendah (Peringkat 1 & 2), Peringkat Pertengahan (Peringkat 3 & 4) dan Peringkat Atas (Peringkat 5 & 6). Kanak-kanak akan diuji untuk menentukan mereka di peringkat yang mana.

Kelas untuk program ini dijalankan setiap Sabtu jam 8:30 pagi - 10 pagi (CIC Presint 8) dan 10 pagi - 11:30 pagi (untuk semua cawangan CIC). Dengan yuran pendaftaran serendah RM100 seumur hidup dan yuran bulanan RM120, ramai yang berkemampuan untuk menghantar anak ke program New Maths ini.

Sesi pembelajaran untuk program ini kini dibuka. Tarikh seperti di bawah :-

* 15 Oktober 2011 - 31 Disember 2011

* 7 Januari 2012 - 31 Mac 2012 (cuti pada 4 Februari 2012)

* 7 April 2012 - 7 Julai 2012 (cuti pada 5 Mei 2012 dan 2 Jun 2012)

* 14 Julai 2012 - 29 September 2012 (cuti pada 18 Ogos 2012)

* 6 Oktober 2012 - 29 Disember 2012 (27 Oktober 2012)

Daftarlah segera di CIC yang berdekatan. Tempat terhad. Bawa keratan akhbar ini untuk mendapatkan sesi percubaan program New Maths ini secara percuma. Sila layari www.cic.net.my atau hubungi 03-8889 2979 untuk maklumat lanjut.

** CIC atau Children Islamic Centre adalah pusat perkembangan individu yang menawarkan pendidikan yang menyeluruh melalui kecemerlangan agama dan akademik. Pendaftaran bagi sesi persekolahan 2012 bagi Program Playschool, Pre-school dan Afterschool kini dibuka kepada kanak-kanak 3 - 12 tahun.