Bubur Nasi Segera Berasli

Bubur Nasi Segera Berasli

Apabila teringatkan bubur nasi sudah pastinya kita merasakan ianya satu hidangan yang mengambil masa untuk disediakan. Mana tidaknya dengan rebusan nasi yang agak lama serta penyediaan rempah ratusnya yang merumitkan.

Bubur nasi telah menjadi satu hidangan yang menjadi pilihan dalam masyarakat kita sejak sekian lama. Ada yang meminati bubur bercirikan "manis" dan ada juga yang meminati bubur bercirikan pedas atau berempah.


Agak sukar untuk kita temui bubur nasi di restoran-restoran atau gerai makan. Bubur nasi boleh didapati di hotel-hotel dalam menu sajian sarapan pagi mereka.

Atas faktor-faktor ini Koperasi Kakitangan Bernas Berhad (KKBB) telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Bubur Nasi Segera berkonsepkan "cup" yang dikenali sebagai Bubur Nasi Segera Berasli. Terdapat 3 perisa pilihan iaitu perisa ayam, cendawan dan rumpai laut.

Ianya mudah disediakan hanya tambahkan air panas ke dalam "cup" yang disediakan (300ml) tambahkan perencah dan sayur kering kemudian kacau dan sedia untuk dinikmati.

Penggunaan sayur kering yang asli adalah untuk menambahkan selera disamping menambahkan zat secukupnya.

Bubur Nasi Segera Berasli juga dilengkapi dengan sudu dan mudah dibawa kemanamana kerana ianya adalah ringan iaitu hanya 40gm setiap "cup".

Penggunaan teknologi yang terkini dalam penghasilan Bubur Nasi Segera Berasli memastikan bahawa penyediaannya adalah mengikut standard pengilangan ISO 22000:2005.

Bubur Nasi Segera Berasli mempunyai Persijilan Halal daripada JAKIM dan pihak KKBB sentiasa memastikan ramuan atau bahan mentah yang diperolehi mempunyai Persijilan Halal dan menepati piawaian Pengilangan Bersih. Jangka hayat Bubur Nasi Segera Berasli adalah 18 bulan dari tarikh pengilangan.

Produk ini boleh diperolehi dikebanyakan hypermarket terpilih iaitu di Giant, Tesco, Mydin dan Carrefour yang dijual pada harga sekitar RM1.70- RM1.90 setiap "cup". Bubur Nasi Segera Berasli juga telah dieksport ke Jeddah, China, Indonesia serta beberapa negara lain.

Disamping itu, KKBB juga menyediakan perkhidmatan "Contract Manufacturing" kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengeluarkan Bubur Nasi Segera atau lain-lain produk yang dihasilkan oleh KKBB iaitu minuman Beras Perang (Berasli Energy) serta minuman Barli Segera dibawah jenama mereka.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Koperasi Kakitangan Bernas Berhad di alamat No. 31, Jalan Melati 3/17, Bandar Malawati 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, No. Tel. 03-32898505 / 7013 atau No. Faks 03-32896326 atau emailkan ke "mailto: koop_bernas@yahoo.com" koop_bernas@yahoo.com alamat sesawang www.kkbb.com.my" www.kkbb.com.my.