Kolej PTPL tawar kursus seni masakan

Kemajuan pesat Industri Kulinari yang berpotensi berkembang boleh menyumbang kepada keperluan tenaga mahir dalam sektor perhotelan dan pelancongan negara.

Di negara ini, sektor hospitaliti dan pelancongan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Senario kebanyakan rangkaian hotel sering mengambil khidmat pekerja luar negara tidak lagi kelihatan kerana ramai pakar tempatan mampu bersaing dengan pakar seni kulinari luar.

Keadaan ini memberikan gambaran positif kepada prospek bidang hospitaliti dan pelancongan di negara ini.

Sehubungan itu, Kolej PTPL melalui Sekolah Hospitaliti dan Seni Kulinari (SCA) menawarkan program Seni Kulinari peringkat diploma. Kursus dua tahun setengah itu melatih pelajar dalam bidang penyediaan hidangan.

Kursus berkenaan bersesuaian bagi mereka yang berminat dalam bidang seni kulinari. Kursus ini mendedahkan pelajar pada teknikteknik masakan, penyediaan sajian, bakeri dan hospitaliti yang lebih berkualiti.

Mereka yang berminat mengikuti pengajian seni kulinari lulus Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau sijil daripada politeknik, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta yang mendapat akreditasi atau kelayakan yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelajar yang tamat pengajian peringkat diploma turut berpeluang menyambung pengajian lanjutan mereka ke tahun dua peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) yang merupakan institusi collegiate kepada Kumpulan Kolej PTPL. Mereka mempunyai pilihan untuk mengikuti program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP), MSU.

Selain Diploma Seni Kulinari, Kolej PTPL juga menawarkan pelbagai program hospitaliti peringkat sijil dan diploma antaranya Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, Diploma Perkhidmatan Makanan dan Pengurusan Restoran, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Acara manakala bagi mereka yang memilih kursus di peringkat Sijil, Kolej PTPL menawarkan program Sijil Pengurusan Pelancongan dan Sijil Operasi Hotel dan Katering

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my.

Kembara Hospitaliti PTPL berjaya

SELAIN cemerlang dalam akademik, kegiatan kokurikulum juga penting dalam menerapkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi sejajar melahirkan graduan berkualiti.

Menyedari hasrat tersebut, Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari, Kolej PTPL Shah Alam, Selangor menganjurkan program Kembara Hospitaliti Pantai Timur di Taman Tema Air Bukit Gambang, Pahang baru baru ini.

Kembara Hospitaliti yang membabitkan 134 pelajar dan enam pensyarah Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Hospitaliti & Pelancongan merupakan kesinambungan jelajah hospitaliti yang diadakan di Sunway Lagoon Resort Hotel dan Spa pada awal tahun ini.

Tujuan utama program ialah bagi mendedahkan pelajar mengenai situasi sebenar bagi sesebuah operasi khususnya dalam dunia perhotelan. Pelajar juga didedahkan dengan cara berkomunikasi, dan ini sekali gus mengeratkan hubungan baik antara pihak industri dengan pelajar serta tenaga pengajar Kolej PTPL Shah Alam.

Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka pensyarah bagi mengisi program dua hari satu malam tersebut antaranya tidak perbincangan kerjaya oleh pihak Bukit Gambang Resort City, bina semangat, meredah hutan pada waktu malam, lawatan sekitar hotel dan sukaneka.

Menurut seorang peserta program, Erma Erfiyana Ghifari, berkata program itu banyak membantu pelajar dalam memperbaiki cara berkomunikasi dan bergaul di samping mengajar sikap saling bantu membantu, kerjasama, komunikasi yang baik penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kerja.

Seorang lagi peserta, Chenny a/p Kian, berkata banyak ilmu yang diperoleh daripada aktiviti tersebut antaranya pengalaman mereka yang telah menempa nama dalam industri perhotelan.

Beliau berkata, program itu juga dapat mengeratkan hubu ngan antara pelajar lama dengan baru yang jarang sekali mengadakan aktiviti bersama.