Cenderahati Henry Cat & Friends berkualiti tinggi

Koleksi Henry Cat & Friends diimport secara eksklusif dari Taiwan dan telah berkembang dari hanya cenderahati lukisan batu kucing kepada aksesori sampingan seperti bantal, kusyen, penghadang pintu, mug prselin, magnet, beg untuk membeli-belah, dompet, barang dapur, payung dan penindih kertas dan banyak lagi jenis produk yang akan dipelbagaikan.

Henry Cat & Friends

Inspirasi produk yang berunsurkan semula jadi ini merupakan hasil karya seorang artis animasi Taiwan, Henry Lee yang berbakat melukis lakaran garis bentuk kucing di atas batu sehingga dikenali sebagai Kucing Batu Henry Buatan Tanggan

Hasil karya Henry sinonim menggambarkan kasih sayang beliau terhadap keharmonian dunia.

Henry mendapat pengiktirafan terhadap hasil karyanya daripada Mentor International Corporation (Mentor) enam tahun dahulu.

Mentor merupakan syarikat perdagangan yang berpengalaman, mengenal pasti potensi komersial hasil seni Henry dan mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan beliau, dengan melancarkan jenama Henry Cats & Friends pada tahun lalu.

Lakaran kucing Henry berkembang menjadi barangan koleksi edisi terhad bersiri dan kemudiannya dengan pesat dijadikan sebagai koleksi cenderahati berkualiti tinggi.

Setakat ini menerusi ejen yang dilantik, produk Henry Cats & Friends berjaya menembusi pasaran di Hong Kong, Jepun, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.

Henry Cats & Friends menawarkan pelbagai koleksi barangan yang menarik.
Bagi Henry, beliau amat menitikberatkan soal kualiti terutama sekiranya produk-prpduk tersebut akan dipasarkan pada peringkat global.

Penciptaan sebiji batu yang baru sememangnya suatu inisiatif yang artistik di mana ianya perlu diwarnakan sehingga menjadi sebuah karya seni yang halus.

Bagi beliau, setiap karya harus sempurna sama ada ia dijadikan sebagai koleksi, kegunaan peribadi atau hadiah.

DCR, duta khas kepada Petfinders, merupakan pengedar tunggal Henry Cat & Friends untuk Malaysia dan Brunei.

DCR akan memberi sumbangan sebanyak RM1 untuk setiap pembelian bagi membantu membiayai pusat penempatan dan anjir terbiar.

Lokasi lengkap Henry Cat & Friends boleh didapati di beberapa lokasi seluruh negara seperti Pets Angle, Kota Damansara dan Pets For You, Puchong (Selangor), Isetan Suria KLCC (Kuala Lumpur), Genting Highlands (Pahang), Tesco Ipoh (Perak), Plaza Gurney (Pulau Pinang), Eastern Plaza (Sabah), Boulevard Shopping Mall (Sarawak).