Garmin Nuvi 50LM - sistem pengemudi satelit

Jika anda selalu sesat ketika memandu dan sedang mencari sistem pengemudi satelit, Garmin Nuvi 50LM memang sesuai digunakan. Jenama Garmin semakin popular di banyak negara termasuk Malaysia dan mudah dipasang terus pada kereta.

Nuvi 50LM adalah produk terbaru yang berada di pasaran ketika ini dan pada harga yang sangat berpatutan. Pakej standard didatangkan lengkap dengan pemegang dan pelekap cermin serta pengecas dalam kereta dan buku panduan. Pemilik peranti ini tidak perlu bimbang kerana peta paling terkini Malaysia, Singapura dan Brunei sudah tersedia.

Garmin Nuvi 50LM

Ciri-ciri utama Nuvi 50LM ialah maklumat terkini mengenai jalan raya dan tempat menarik, paparan sesentuh laluan di skrin bersaiz 12.7 sentimeter, pencarian alamat, suara nama jalan, makluman lorong yang perlu diambil sebelum tiba di persimpangan dan amaran kelajuan.

Peranti ini memaparkan lorong dengan paparan panduan simpang bagi memastikan anda membelok dengan betul apabila menghampiri persimpangan dan mudah meneruskan perjalanan.

Ia memaparkan tanda jalan dan simpang dengan anak panah supaya anda mengambil lorong yang betul.

Dengan kemas kini peta seumur hidup, anda tidak akan lagi dikejutkan dengan laluan atau aliran trafik baru atau terlepas tempat menarik baru.

Walaupun baru menggunakan sistem pengemudi satelit, anda tidak akan menghadapi masalah apabila Nuvi 50LM akan menyapa anda dengan `Where To?' atau `View Map.'

Selepas itu, sentuh skrin untuk mencari alamat dengan mudah dan perkhidmatan serta diberikan panduan ke destinasi anda dengan suara, arahan membelok bersama nama jalan.

Nuvi 50LM didatangkan dengan dua versi peta iaitu peta bagi 48 negara termasuk Hawaii dan Puerto Rico atau peta penuh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Dengan pengesan kecemasan "'here Am I?', pengguna sentiasa tahu di mana lokasi semasa dan tempat menarik berhampiran.

Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03- 92858062.

SPESIFIKASI

Dimensi Unit, WxHxD: 14.0x8.6x1.8 cm

Saiz paparan, WxH: 11.1x6.3 cm

Resolusi paparan, WxH: 480x272 piksel

Jenis paparan: WQVGA TFT

Berat: 177.2 gram

Bateri: lithium-ion boleh caj semula

Jangka hayat bateri: sehingga dua jam

Memori: Memori dalaman padu

Kad data: microSD

Panduan laluan/kegemaran/lokasi: 1,000

Bantuan suara: Ada (speaker dalaman)

Tambahan: Peralatan storan USB dengan Windows XP atau yang terbaru dan Mac OS X 10/4 atau lebih awal

Harga: RM565

Webcam dengan wide angle

Logitech meluncurkan Logitech BCC950 ConferenceCam. Sesuai dengan namanya, Webcam ini boleh digunakan pada persidangan atau mesyuarat.

Logitech BCC950 ConferenceCam didatangkan dengan lensa wide yang memiliki sudut penglihatan (viewing angle) yang boleh mencapai 78 darjah.

Bahagian kepala lensa boleh berputar ke kanan dan kiri sejauh 180 darjah serta fungsi tilt 55 darjah.

Webcam ini juga memiliki integrasi dengan speaker built-in omni- directional dan microphone dengan kualiti terbaik sehingga suara lebih terang, malah boleh didengari sejauh 2.4 meter.

Di bahagian docking ada beberapa butang yang sama pada remote control.

Logitech BCC950 ConferenceCam juga disediakan dengan sebuah remote yang membolehkan anda mengawal posisi webcam ke kanan atau kiri serta atas atau bawah selain dilengkapi butang mute, zoom dan tukaran saiz gambar.

Oleh Saufi Hamzah