Buffet Ramadan 2012, Hotel Concorde Kuala Lumpur RM89++

Promosi Ramadan di Kafe Melting Pot, bermula pada 21 Julai hingga 18 Ogos, dengan harga untuk dewasa ialah RM89++ manakala kanak-kanak bawah 12 tahun diberi tawaran separuh harga.

------------------

Hotel Concorde Kuala Lumpur meraikan bulan penuh keberkatan itu dengan menawarkan pelbagai menu berbuka puasa. Bagi mereka yang inginkan suasana eksklusif, jauh dari hiruk pikuk warga kota, apa kata datang ke hotel yang menyediakan lebih daripada 50 jenis hidangan hebat.

Hidangan ala bufet ini pasti memikat selera kerana menu disediakan adalah kom binasi daripada semua negeri. Baik pembuka selera, hidangan utama hinggalah kepada pencuci mulut, keenakannya jelas terpampang.

Tiga jenis hidangan popular pengunjung ialah sup gear box, kari kepala ikan dan kambing kuzi berempah. Sup gear box pasti membuatkan anda terus berselera selepas seharian berlapar dan dahaga.

Hidangan ini lebih sesuai dinikmati bersama nasi atau roti atau enak dihirup begitu saja, malah sejak sekian lama menu itu tidak pernah terlepas pandang dan mendapat permintaan tinggi.

Bagi menu kari kepala ikan pula, anda pasti merasai kelainan karinya pekat, isi ikan segar, meningkatkan keinginan menambah lagi masakan itu.

Kambing kuzi berempah juga tidak kurang lazatnya. Daging kambing yang dipanggang langsung tidak mempunyai sebarang bau dan rempah digunakan begitu memikat selera.

Terasa kelainan daripada daging lain mungkin cara masakan dan rempah yang digunakan. Tidak rugi jika anda datang ke Kafe Melting Pot, terletak di lobi hotel.

Bagi individu yang sukakan masakan berasakan mi, boleh mencuba mi udang, mi ketam dan laksa Johor manakala pelbagai jenis nasi beriani turut disediakan seperti beriani burung puyuh, kepala ikan, daging rusa, daging kerbau, telur, tulang rusuk dan nasi kerabu biru.

Pendek kata hidangan panas, sejuk, tradisional dan antarabangsa juga boleh didapatkan di sini sepanjang Ramadan.

Semua jenis juadah Ramadan ini akan ditukar setiap hari supaya pengunjung tidak bosan dan boleh menikmati pelbagai jenis hidangan tanpa batasan.

50 menu

* Sup gear box

* Kari kepala ikan

* Kambing kuzi berempah

* Mi udang dan mi ketam

* Laksa Johor

* Nasi beriani burung puyuh

Promosi Ramadan

* Mulai 21 Julai hingga 18 Ogos

Harga

* RM89++ (dewasa)

* Separuh harga (kanak-kanak bawah 12 tahun)

* Tempahan atau pertanyaan: 03-21442200