dRQ10 bantu atasi sakit dada
Bila mendengar berita mengejutkan, Masom Koming, 60, pasti sesak nafas dan sakit dada menyebabkan pemandu lori yang tinggal di Melaka ini, risau dengan keadaan itu.
Tetapi apa yang mampu dilakukan hanya menyapu minyak angin untuk meredakan kesakitan dialami.
"Kadang-kadang saya tidak tidur lena kerana sakit dada, tetapi ia berkurangan jika saya tidur secukupnya.
"Mungkin masalah ini disebabkan faktor usia selain pemakanan. Namun, keadaan itu membimbangkan saya apa akan berlaku kepada isteri dan enam anak jika keadaan saya bertambah teruk. Pendapatan sebagai pemandu lori tidak seberapa.
"Saya terbaca dalam Harian Metro mengenai produk kesihatan keluaran dR Rozmey Group (dRG) iaitu dRQ10 dan berminat mencubanya," katanya.
Masom menghubungi pengedar aktif dRG, Zuzana Abu Hasan dan beliau mengesyorkannya menggunakan produk dRQ10 sebagai minuman kesihatan bagi menambah tenaga saya sepanjang masa.
Katanya, dia pernah mencuba produk berjenama terkenal berharga RM600 sekali beli, tetapi langsung tidak banyak membantu malah keadaannya tidak berubah.
"Saya terus mencuba produk dRQ10 seperti disyorkan dan selepas hampir dua kotak, perubahan terasa apabila badan semakin segar dan tidak lagi mengalami sakit dada," katanya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi saya di talian 012-6644109 atau penajanya Zuzana di talian 013-6158108.
Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, ramai pengedar aktifnya kini berjaya memperoleh pendapatan sehingga empat dan lima angka sebulan dengan hasil menjual produk dRG.
Katanya, pengedar aktifnya kini mencecah lebih 20,000 orang manakala ahlinya berjumlah 1.5 juta di seluruh Malaysia yang menggunakan produk keluaran dRG.
"Dengan menggunakan konsep 'Guna Dulu Baru Jual' pengguna kini tertarik untuk menyertai perniagaan bersama dRG memandangkan perniagaan ini sangat mudah tanpa perlu menghadirkan diri menyertai seminar atau kursus keusahawanan.
"Selain itu, walaupun lambakan produk tiruan yang banyak menggunakan jenama dRG masih berleluasa di pasaran gelap, namun ia tidak menjejaskan penjualan produk asli keluaran syarikatnya yang terus mendapat sambutan pengguna," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan pengguna kini terus membeli produk dRG terus di kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra kerana khuatir terbeli produk tiruan yang boleh mengancam nyawa mereka jika dibeli di pasaran luar malah ada yang sanggup datang dari negeri lain semata-mata untuk membeli produk original.
"Dengan cara ini juga dapat mengelakkan dari pengguna terkeliru dengan tipu helah lanun tidak bertanggungjawab ini dengan menggunakan kotak yang nampak sama dengan yang asli.
"Produk kami menggunakan ramuan asli yang diformulasikan oleh saya sendiri menggunakan kepakaran saya sebagai doktor pakar manakala yang tiruan pula dipercayai menggunakan campuran bahan kimia yang merbahaya dan boleh mengancam kesihatan pengguna.
"Lanun ini berniat jahat dengan meletakkan pelekat amaran anti lanun untuk mengelirukan orang ramai namun kita mengingatkan pengguna supaya bijak memilih dan tidak membeli produk di toko jamu, kedai ubat, salun kecantikan, pasaraya hiper dan kios kerana terbukti mereka menjual produk tiruan," katanya.
Dr Che Rozmey berkata, pengguna boleh melayari laman web rasmi dRG di www.herbaprima.com.my atau facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces .com atau menghantar emel dRG di sales@herbaprima.com.my.
Selain itu, pengguna boleh menghubungi 017-4589508/ 012-5237051/017-4279827 atau 04-9164258/ 04-9178026/04-9178034 atau faksimile di 04-9173645 atau 04-9175867.