Setiap pemilik kediaman mengimpikan suasana menarik dan persekitaran bersih kerana ia melambangkan gaya hidup atau personaliti.
Ilham penataan pada bahagian luar kediaman tampil berbeza jika keadaan lantai dan dinding kelihatan bersih.
Musim perayaan bakal tiba dan pasti sanak saudara dan sahabat handai berkumpul atau berkunjung ke rumah anda.
Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari berkenaan ialah membersihkan persekitaran luar kediaman.
Anda perlu tahu kerja penyelenggaraan kerana membersihkan lantai atau dinding bukan tugas mudah.
Kini kerja penyelenggaraan menjadi lebih mudah dengan penggunaan jet pembersih tekanan tinggi Karcher.
Produk berkenaan berupaya mengeluarkan air dengan kuasa tekanan tinggi untuk menanggalkan kotoran, lumut dan daki pada segenap sudut seperti dinding, lantai, longkang, pasu bunga dan perabot taman.
Menariknya, Karcher mengeluarkan lebih daripada 20 kali tekanan hos air biasa dan hanya menggunakan lebih kurang 400 liter air sejam berbanding 2000 liter air sejam menggunakan hos biasa.
Ia juga membantu melancarkan kerja membersihkan kenderaan yang dipenuhi kotoran dan debu.
Segala kotoran dapat ditanggalkan dan ia mengelakkan berlakunya kesan calar pada kenderaan anda.
Jika menggunakan kaedah manual iaitu kain basah untuk menanggalkannya, anda mungkin meninggalkan kesan calar pada cat kenderaan anda.
Sama dengan produk Karcher yang lain, jet pembersih berkenaan direka khas dan mudah alih.
Setiap produk Karcher menampilkan ketelitian kejuruteraan Jerman dan teknologi yang inovatif.
Dapatkan jet pembersih tekanan tinggi Karcher di kedai perkakasan, pengedar berhampiran dan pasar raya utama.