Menyingkap Rahsia Kecantikan Wanita Sejati - Manje D Beauty

Kali pertama melihat wajah pengasas dan empunya perniagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan herba, Manje D Beauty, penulis tertarik dengan personaliti yang dimilikinya.

Pada usia 43 tahun, Rohana Rohati Endut, begitu bertenaga dan ceria dalam menguruskan jadual hariannya yang padat.

Kecantikan tidak harus dipandang dari rupa luaran semata-mata, tetapi harus dinilai dari pelbagai aspek, itu pegangan beliau dalam membangunkan perniagaan, yang berbekalkan pengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang kecantikan.

Pengasas Manje D Beauty ini berkata syarikat itu beroperasi sepenuhnya di Kuala Terengganu dengan lebih 500 stokis dan ejen jualan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

PRODUK KECANTIKAN

Manje D Beauty mengeluarkan tujuh produk kesihatan dan perawatan kecantikan dalaman iaitu Manje D Beaute, Manje D Slim, Manje D Cocoa Collagen, Manje D Soy Collagen, Manje Soup, Manje Cream dan Manje UV Foundation.

Rohana berkata keberkesanan kesemua produknya dalam perawatan tradisional telah pun terbukti dengan peningkatan jualan bulan demi bulan dan pengakuan pengguna produk beliau.

Sebagai contoh, pengambilan Manje D Collagen dapat mencantikkan dan menyihatkan kulit serta melambatkan proses penuaan, katanya.

"Banyak lagi khasiat yang terkandung dalam setiap sachet, tak cuba tak tahu," katanya sambil tersenyum, seri wajahnya menjadi testimoni.

"Lapan puluh peratus struktur kulit terdiri daripada kolagen. Pengambilan Manje D Collagen, yang antara lain mengandungi ramuan soya dan kolagen hidrolisis, yang dapat mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkannya menjadi kendur dan berkedut," kata Rohana.

MINUMAN KECANTIKAN

Rohana berkata pengambilan minuman Manje D Collagen selama 21 hari berupaya menjadikan kulit lebih cerah, gebu dan cantik.

Pengambilan Manje D Beaute pula, menurut Rohana, dapat menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita dari dalam.

Produk ini dirumus daripada ramuan semula jadi, antaranya pueraria mirifica (sejenis herba berakar seperti ubi yang terbukti berkesan dalam penjagaan kelihatan wanita), serbuk mutiara, ekstrak manjakani, ekstrak sirih, ekstrak keladi liar, ekstrak nanas, kolagen hidrolisis dan fruktosa.

Dihasilkan tanpa pengawet atau sebarang bahan kimia, pengambilan Manje D Beaute dapat membantu menyerlahkan bentuk badan wanita dan mengekalkan keremajaan kulit, kata Rohana.

Menurut Rohana serbuk mutiara telah digunakan dalam bidang perubatan lebih daripada 2,000 tahun di China, tetapi di Malaysia hanya beberapa tahun kebelakangan ini ia digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kecantikan.

"Serbuk mutiara mengandungi khasiat untuk membersihkan darah, jadi ia sangat berkesan dalam merawat masalah kulit termasuk masalah jerawat," jelasnya.

"Serbuk ini juga dapat mengurangkan tanda parut pada kulit dan mencerahkan pigmentasi serta bintik-bintik hitam dan dipercayai dapat mempercepat pembentukan tulang dan meningkatkan kecerdikan bayi dalam kandungan jika diambil oleh wanita hamil," tambahnya.

Satu lagi ramuan utama dalam Manje D Beaute iaitu manjakani (atau dikenali juga sebagai majakani), bertujuan mengembalikan keanjalan otot faraj dan mengetatkan rahim di samping mencegah jangkitan bakteria.

Ekstrak keladi liar pula dikatakan mengurangkan senggugut dan gejala Sindrom Ketegangan Prahaid (PMS) serta menegangkan payudara.

SIRIH

Menurut Rohana, satu lagi ramuan penegang kulit yang digunakan ialah ekstrak sirih.

Daun sirih mengandungi flavonoid (polyphenol) yang berperanan menegangkan kulit dan mengelakkan kedut di raut wajah.

Dalam perubatan tradisional mahupun moden, daun sirih juga dikatakan mempunyai keupayaan mencegah pelbagai komplikasi tubuh termasuk penyakit saraf dan kelesuan, katanya.

"Kami turut menggunakan buah-buahan dalam penghasilan produk Manje, dan satu daripadanya nanas. Mengikut kajian, nanas mempunyai enzim bromelain yang antara lain berfungsi melawaskan pembuangan air besar, merawat tisu yang rosak dan ulser," katanya.

"Nanas juga diketahui boleh bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan, yang mana dapat mencegah keradangan dan kekejangan otot, sendi, arthritis serta mengurangkan gejala resdung," jelas Rohana.

Produk kecantikan dan kesihatan wanita Manje D Beauty turut dipromosi melalui kursus penampilan imej dan kecantikan yang dianjurkannya yang menawarkan pelbagai ilmu, maklumat dan petua berguna berkaitankecantikan dan penampilan wanita.

Tidak lama lagi syarikat ini akan memperkenal satu lagi produk di bawah rangkaian produk Manje.

Produk yang bakal diberi nama Manje D Premier itu ialah formulasi produk Manje D Beaute yang dipertingkat.

Produk Manje D Beauty boleh didapati di mana-mana kedai stokis atau dengan menghubungi talian (09) 622 5778 atau (016) 203 1778 atau (016) 440 5778. Maklumat lanjut boleh juga didapati melalui laman web www.manjedbeauty.com.my

Oleh Suriani Razali dan Jamal Hamzah