Smartlipo - Pelbagai Kaedah Cantik di The Laser Clinic

SmartLipoMenyebut tentang dunia kecantikan, wanita masa kini sememangnya bertuah kerana terdapat pelbagai teknik serta kepakaran estetik mula diperkenalkan dalam usaha mengekalkan kejelitaan dari hujung rambut ke hujung kaki. Semakin meningkat usia, pelbagai masalah mula menjelma antaranya termasuklah kemunculan garis-garis halus, tubuh yang semakin menggeleber dan sebagainya.

Hari ini pelbagai teknik rawatan kecantikan diperkenalkan agar setiap wanita yang mengutamakan penampilan dan kecantikan diri dapat membuat pilihan. Ternyata usaha memperoleh wajah idaman secantik bagaikan zaman remaja, serta bentuk tubuh yang menarik tidak pernah menemui noktahnya. Malah pelbagai kaedah yang diperkenalkan oleh pusat kecantikan memberi peluang kepada wanita menikmati kehebatan teknologi terkini yang tidak memerlukan setiap daripada mereka menanggung kesakitan.

The Laser Clinic Laser yang terletak di Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur, menyediakan beberapa kaedah rawatan tubuh dan wajah dan merupakan pusat sehenti kecantikan dan pelangsingan. Antara rawatan yang sering menjadi pilihan pelanggan yang mengunjungi The Laser Clinic ialah rawatan Smartlipo. Menurut Perunding Estetik, Dr. Ng Kuan Choong, kaedah pelangsingan ini menggunakan kaedah Smartlipo: Laserlipolysis yang memberikan keyakinan baru kepada pelanggan yang inginkan bentuk badan menarik tanpa perlu melalui proses pembedahan yang menyakitkan.

Melalui kaedah teknologi Itali ini, pelanggan akan melalui kaedah rawatan lebih semula jadi tanpa menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengganggu sistem tubuh badan. “Teknologi Laserlipolysis ini merupakan teknologi terkini untuk membuang lemak yang tidak diperlukan di bahagian-bahagian tertentu tubuh. Ia lebih mudah dan selamat berbanding proses sedutan lemak yang konvensional. Teknik rawatan ini dijamin selamat dan dilakukan mengikut cara yang diluluskan kerana keselamatan pelanggan adalah yang paling utama,” jelas Dr Ng.

Menurutnya lagi. sebelum pelanggan memulakan proses rawatan, mereka diwajibkan melalui ujian dan khidmat runding bersama pakar bagi memastikan sama ada tubuh mereka sesuai untuk melalui kaedah rawatan. Malah kesihatan pelanggan amat diberi keutamaan di The Laser Clinic.

Kaedah rawatan singkat, tiada kesan sampingan
Melalui kaedah rawatan ini, proses rawatan hanya mengambil masa singkat iaitu sekitar satu jam atau bergantung kepada saiz bahagianbahagian yang mahu diberi perhatian khusus atau dibentuk. Lebih istimewa lagi, ia boleh dilakukan ketika waktu rehat atau waktu makan dan anda boleh kembali ke pejabat dan bekerja seperti biasa. Tidak hairanlah ia juga terkenal dengan kaedah ‘a lunchtime procedure’ Kaedah ini sesuai untuk individu yang mempunyai saiz badan sederhana dan besar terutama mereka yang ingin mendapatkan bentuk tubuh yang lebih sempurna.

Petikan Midi edisi 15 Ogos 2009