Lampin Bayi Huggies NewBorn - Elak Ruam Lampin

Bayi baru lahir sering mengalami masalah ruam lampin sehingga menyebabkan ibu bapa berusaha mengatasi masalah berkenaan bagi memastikan keselesaan bayi terpelihara. Bagaimanapun, masalah itu kini boleh diatasi apabila pengeluar lampin Huggies, Kimberly-Clark, memperkenalkan lampin Huggies NewBorn/Small yang direka khas dan terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah bayi yang baru lahir daripada dijangkiti ruam lampin.

Bagi ibu yang kali pertama melahirkan anak, Huggies NewBorn/Small sememangnya dapat membantu mengurangkan kebimbangan sewaktu menjaga si manja mereka sepanjang tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran daripada dijangkiti ruam lampin.

Ini kerana, permukaan luar lampin Huggies NewBorn/Small terbaru yang telus udara ini membenarkan aliran udara di sekeliling bahagian punggung bayi agar ia kekal kering dan segar. Bahagian tepi yang begitu lembut dan kering pula memberikan keselesaan kepada bayi, manakala pad serapan tinggi mampu menahan kebasahan selama lebih 12 jam. Satu lagi ciri cemerlang lampin tersebut adalah pita pelekat yang amat lembut yang boleh dipasang dan dibuka tanpa menjejaskan kulit bayi yang sensitif.

Memiliki ciri cemerlang dengan pengiktirafan “Terbukti Secara Klinikal Membantu Mencegah Ruam Lampin’, Huggies NewBorn/Small yang ditawarkan dalam dua saiz, iaitu bayi baru lahir sehingga 4 kilogram (kg), (28 dan 52 keping) dan kecil - antara satu hingga 7kg, ( 22 dan 44 keping) yang boleh dibeli di pasar raya, farmasi dan kedai runcit di seluruh negara ini, akan dapat memberi keyakinan kepada ibu.