Menjana Pendapatan Di Internet



Menjana pendapatan mudah hanya melalui klik sahaja!
Untuk keterangan lanjut, sila klik sini!

Mayangsari Resort Dungun

tak perlu mengeluarkan belanja tinggi bercuti bersama keluarga jika hanya sekadar mahu menikmati juadah makanan di atas pondok di tepi kolam sambil menghirup udara segar serta melihat pelbagai spesies ikan berenang seperti disediakan kebanyakan hotel di Bali, Indonesia.

Sebaliknya, dengan hanya mengeluarkan perbelanjaan antara RM200 dan RM400, Mayangsari Resort Dungun yang terletak berhadapan Laut Cina Selatan di kawasan pesisir Pantai Teluk Lipat, Dungun, turut menyediakan percutian ala Bali untuk pengunjung.


Belum ada hotel ataupun resort di Terengganu menyediakan sebanyak 31 kolam, termasuk kolam ikan di setiap bilik dan 15 unit pondok berhampiran kolam mandi, melainkan Mayangsari Resort Dungun.

Istimewanya, bermula daripada reka bentuk atap sehingga 28 bilik berkembar, seni binanya menyerupai beberapa hotel serta resort yang terdapat di Bali, Indonesia, selain keunikan batang nibung sebagai penghias tiang sokongan.

Tidak hairanlah, 15 unit mengandungi 28 bilik ala Bali yang dinamakan sebagai Pool Villa turut disediakan dengan kemudahan 15 kolam mandi dan kolam ikan menjadi pilihan utama pengunjung resort.
PONDOk di tepi kolam antara tarikan utama pengunjung yang bercuti di Mayangsari Resort Dungun.

Sambil menghirup udara segar dan menikmati pelbagai juadah tradisonal disediakan tukang masak tempatan di atas pondok disediakan di tepi kolam, pengunjung tidak perlu bimbang keselamatan anak-anak yang begitu riang mandi manda di kolam.

Pengurus Mayangsari Resort, Taufek Mohamad, berkata selain Pool Villa satu dan dua bilik, turut disediakan untuk kemudahan pengunjung ialah 19 bilik Garden Villa, 20 bilik Fountain Villa dan 20 bilik Water Villa serta 10 dorm yang boleh menampung 120 pengunjung.

Pengunjung yang memilih menghabiskan percutian ala Bali di Mayangsari Resort Dungun tidak perlu risau mengenai makanan, kerana Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menyediakan lebih 50 gerai makanan sepanjang jalan menuju ke Mayangsari Resort.

Taufek berkata, jika pengunjung ingin menukar selera, mereka boleh memilih untuk makan malam dan tengah hari di beberapa gerai disediakan MPD, termasuk gerai ikan bakar segar di Kuala Dungun yang jaraknya hanya dua kilometer dari resort itu.
REKA bentuk bumbung Mayangsari Resort ala Bali menarik perhatian pengunjung.

Turut disediakan pengurusan Mayangsari untuk kemudahan pengunjung ialah pelbagai peralatan permainan sukaneka dan pakej termasuk bot untuk mereka yang gemar memancing di perairan Pulau Tenggol.

Selain itu, pengurusan Mayangsari turut menyediakan kemudahan dewan yang boleh menampung 120 orang, selain kolam renang terbuka.

Pengunjung yang memilih untuk bercuti ala Bali di Mayangsari Resort tentunya tidak akan merasa kecewa kerana ketibaan mereka disambut dengan senyuman manis lebih 40 pekerja yang 98 peratus terdiri daripada anak Dungun.

Taufek berkata, pengurusan Mayangsari akan melabur sebanyak RM1 juta untuk menyediakan lebih banyak bilik penginapan termasuk dorm dan dewan yang boleh menampung 300 peserta untuk menganjurkan pelbagai kursus tahun depan.

Penyambungan Bulu Mata Palsu Queenwawa

Penyambungan dan Melentikkan Bulu Mata

Lirikan mata mampu mengungkap pelbagai makna. Besarnya firasat yang tersirat dan tersembunyi di sebalik rahsia sepasang mata menyebabkan ramai wanita mulai sedar kepentingan merias bahagian itu.


Selain penggunaan maskara atau pelentik bulu mata yang sering digunakan kebanyakan wanita, kaedah menyambung dan melentik bulu mata masih digilai sehingga kini.

Perunding Imej Empro, Irene Lim, berkata teknik penyambungan dan melentik bulu mata sudah diperkenalkan di pasaran tempatan sejak enam tahun lalu tapi melalui teknologi terkini, kaedah itu lebih mudah serta hasilnya lebih memuaskan.

"Jika dulu ramai pelanggan beragama Islam berkunjung ke premis kami mengungkapkan rasa ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat penyambungan bulu mata palsu kerana bahan digunakan tidak diketahui sumbernya.

"Kini, bulu mata palsu yang kami gunakan diperbuat daripada sumber bukan haiwan malah hasilnya juga lebih cantik, halus serta kelihatan semula jadi seperti bulu mata asli," katanya.

Empro menawarkan teknik penyambungan bulu mata yang dinamakan Penyambungan Bulu Mata Queenwawa dibawa dari Korea yang tidak membabitkan sebarang pembedahan malah langsung tidak menyentuh kulit atau kelopak mata pengguna.

Ketika proses penyambungan dilakukan, bulu mata palsu dilekatkan satu demi satu di setiap helaian bulu mata anda menggunakan perekat khas dan ia mengambil masa antara satu hingga satu jam setengah.

"Bulu mata palsu berkenaan boleh bertahan sehingga empat minggu bergantung cara penjagaan dan kadangkala teknik pemasangan yang dilakukan individu terlatih juga menjamin bulu mata berkenaan kekal lama.

"Bagaimanapun, perlu diketahui kitaran bulu mata manusia adalah antara lima hingga enam bulan dan ketika pemasangan, jika ada bulu mata palsu yang dilekatkan pada bulu mata berusia lebih dua atau empat bulan, selepas dua hingga empat minggu ia pasti gugur," katanya.

Irene berkata, tidak semua pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat penyambungan bulu mata palsu boleh melakukan teknik ini kerana jika bulu mata asli terlalu tipis, impian mereka tidak dapat disempurnakan.

"Bulu mata yang tipis menyukarkan teknik penyambungan malah hasilnya juga tidak cantik. Begitu juga dengan pemilik bulu mata yang tebal dan panjang, kebiasaannya kami akan mencadangkan mereka melakukan kaedah melentik bulu mata saja.

"Hasilnya tetap sama. Mata kelihatan menawan, lebih besar dan tampak galak tanpa perlu sapuan maskara yang bukan saja leceh malah sukar dilakukan jika anda kurang mahir bersolek," katanya.

Dalam tempoh sebulan, bulu mata palsu mulai gugur dan jika ia jatuh tidak sekata, pelanggan boleh membersihkan bulu mata berkenaan dengan dikenakan bayaran sebanyak RM30.


Kesan dramatik selepas sambungan helaian bulu mata palsu dibuat sememangnya disukai wanita muda tapi teknik itu juga boleh dibuat wanita pertengahan usia yang mengalami masalah keguguran bulu mata ketara.

Bagaimanapun, jika anda berhasrat melakukan kedua-dua teknik ini, pastikan proses dimulai dengan kaedah melentik.

"Teknik melentik bulu mata memang tidak asing kepada kebanyakan wanita. Malah ia juga turut digilai remaja kerana hasilnya yang begitu memuaskan.

"Ketika proses melentik mengambil masa sekitar 40 minit, gel khas akan disapu pada alis mata yang dilentikkan menggunakan acuan khas berbeza saiz mengikut ukuran bulu mata pelanggan.

"Pelanggan kebiasaannya akan berasa tidak selesa atau pedih mata ketika proses dijalankan dan ia tidak memudaratkan tapi jika rasa itu sukar dibendung, pelanggan dinasihatkan memberitahu kami," katanya.

Irene berkata, teknik melentik bulu mata disarankan kepada mereka yang gemar keluar dari rumah tanpa solekan mata kerana ia mampu menyerlahkan bahagian mata secara semula jadi.

Panduan penjagaan bulu mata palsu

* Jangan basuh atau gosok wajah sekurang-kurangnya selepas tiga jam proses penyambungan dilakukan.
* Cuci muka dengan cermat terutama di sekitar kawasan mata.
* Elakkan menggunakan produk wajah berasaskan minyak kerana ia boleh memberi kesan kepada pelekat bulu mata palsu.
* Elakkan menggunakan maskara atau penggaris mata kerana kandungan di dalam alat kecantikan itu boleh menyebabkan bulu mata palsu mudah gugur.

INFO:

* Teknik Penyambungan Bulu Mata Queenwawa = RM199 hingga RM299 setiap sesi.
* Teknik melentik = RM80
* Kunjungi premis kecantikan Empro di Desa Sri Hartamas, Bukit Bintang, Mid Valley dan di Ipoh atau hubungi 1300-80-1300 untuk sebarang pertanyaan.

Jamu Sariayu Martha Tilaar

"Di Indonesia, pengambilan jamu dalam kalangan masyarakat diamalkan sejak kecil sehingga mereka meningkat dewasa. Lebih mengujakan bukan wanita yang bersalin sahaja makan jamu, malah bayi turut diberikan jamu yang dihasilkan bersesuaian dengan keadaan mereka. Biasanya jamu bayi bukan untuk dimakan tetapi lebih kepada disapu pada tubuh badan dan muka.


"Namun situasi ini sukar dilihat di negara kita. Rata-rata golongan wanita hanya sibuk mengambil dan mencari jamu ketika dalam proses berpantang bersalin.

"Sebaik saja selesai tempoh berpantang, pengambilan jamu sudah tidak dipedulikan lagi. Ini kerana segelintir wanita berpendapat badan mereka sudah cukup kuat dan bertenaga semula," ujar Pelatih Kecantikan Sariayu Martha Tilaar, Vie Xenddria dalam nada kesal.

Bercerita lanjut mengenai situasi itu, Vie menjelaskan, jamu kurang popular di Malaysia kerana sebahagian masyarakat mengambil sikap sambil lewa soal kesihatan dalaman badan. Sedangkan rejim penjagaan dan kecantikan tubuh badan tertumpu pada senaman dan diet seimbang bagi memiliki bentuk badan yang ideal.

Bagi yang ingin mendapatkan hasil lebih cepat, mereka sanggup melaburkan sejumlah wang dengan melakukan pembedahan plastik mahupun sedut lemak. Biarpun menyedari bakal berdepan dengan kesan sampingan serta risiko yang boleh mengundang maut, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat individu yang ingin kelihatan cantik dengan segera.

Hakikatnya kombinasi senaman, gaya hidup teratur, sistem pemakanan yang betul dan disusuli dengan pengambilan jamu akan mendapat hasil yang lebih baik. Bukan sahaja bentuk badan menarik, malah kesihatan dalaman badan turut terjaga.

Secara umumnya, jamu ialah penawar tradisional dari Indonesia yang turut dikenali dengan sebagai herbal. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat tersendiri. Antaranya ramuan akar-akar pokok, daun, kulit, batang dan buah.

Bahan-bahan itu akan diadun bagi mendapatkan jamu dalam bentuk kaplet, serbuk atau cecair. Rasanya yang pahit kadangkala mendorong pengguna mencampurkan sesudu madu lebah.

"Tidak dinafikan rasanya yang pahit membuatkan orang ramai khususnya remaja dan generasi muda enggan mengambil jamu. Secara tidak langsung mereka lebih gemar mengambil ubat-ubatan moden yang tidak mengeluarkan bau. Namun jangan khuatir kerana pada hari ini, jamu juga ada dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan dengan meminum air kosong.

"Seharusnya remaja mengambil jamu untuk jaminan kesihatan dan kekuatan tubuh badan ketika menginjak dewasa kelak. Apabila remaja sudah dididik dengan pengambilan jamu, tubuh menjadi bertenaga dan memudahkan mereka bergerak aktif dalam kehidupan seharian," kata Vie.

Biasanya bahan-bahan untuk dijadikan jamu dipilih mengikut keperluan tubuh seseorang.

Khasiat jamu

Misalnya, wanita yang aktif dalam menguruskan kerjaya dan keluarga mudah letih. Jadi, ramuan sidowayah dan temulawak membantu memperbaiki proses pencernaan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan keletihan serta menambahkan daya tahan tubuh badan agar sihat dan segar.

Masalah keputihan yang sering dialami oleh wanita juga mampu diatasi dengan jamu yang diperbuat daripada delima putih dan tapak liman. Ramuan itu digunakan secara tradisional untuk melegakan keputihan.

Bagi masalah jerawat pula ekstrak daun senduk, hempedu bumi, pegaga, kunyit dan temulawak mampu membantu mencegah dan mengubatinya. Pada masa yang sama ia menyembuhkan parut-parut jerawat.

Menurut Vie, sebahagian wanita yang mengalami rasa ngilu, perut memulas dan senggugut semasa haid, jamu yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti kayu ulas dan kendawung adalah pilihan yang ideal.

Sementara itu, pengasas Dewi Day Spa, Zuraini Ahmad menyatakan masyarakat Indonesia sentiasa berpegang teguh pada amalan kecantikan tradisional. Kemunculan teknologi canggih yang menawarkan pelbagai produk kecantikan sedikit pun tidak menjejaskan penjualan dan sambutan terhadap jamu.

"Sebagai contoh, masih ada kanak-kanak dan golongan remaja yang dibesarkan dalam persekitaran moden tetap mengambil jamu pada setiap hari. Ini kerana ibu bapa mereka cukup menitikberatkan kesihatan badan menggunakan bahan-bahan tradisional," ulasnya yang mendalami kursus kecantikan dan spa di Indonesia selama sepuluh tahun.

Sebab itu, di sana kita boleh melihat penjualan jamu wujud di setiap daerah, kampung dan di bandar. Fahamilah, gaya hidup masyarakat kini tidak sama dengan masyarakat yang hidup sebelum merdeka.

Walaupun tanpa ubat dan pil moden, mereka tetap kuat bercucuk tanam dan melakukan kerja berat tanpa masalah. Ini kerana kehidupan di kampung banyak menyajikan lauk-pauk yang berasaskan ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Justeru, selain sayur pengambilan jamu juga dapat membantu menyihatkan badan.

Butik Cantique Costume - Kostum Bertema

Sebaik membuka daun pintu butik Cantique Costume yang berpangkalan di Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor, kehadiran Shara Fedayu Sarif mendapat sapaan mesra daripada pemilik butik itu.


"Selamat datang ke butik Cantique Costume. Boleh saya bantu dapatkan kostum pilihan. Namun bagi memudahkan proses memilih lebih baik anda lihat album-album ini terlebih dahulu," saran pemilik butik Rozilawati Tamsis atau lebih mesra dengan panggilan Rozi, yang manis dalam persalinan baju-T rona biru dan seluar jean.

Sementara membiarkan pelanggannya itu membelek-belek album yang memaparkan pelbagai jenis kostum mengikut karakter kartun, uniform dan busana tradisional, Rozi, 29, sempat bertanya jenis kostum yang diingini.

Mendengar saja pelanggan tersebut bakal menghadiri majlis makan malam bertemakan Arab, Rozi terus menunjukkan beberapa helai kostum yang bercirikan fesyen Asia Barat.

Selain kostum Cleopatra, Shara turut diberi pilihan sama ada untuk menggayakan seluar potongan Aladdin, blaus sendat berlengan besar bersama aksesori kepala yang berjurai.

Cerita Rozi, setiap tahun bermula dari Oktober hinggalah Februari, ia merupakan tempoh waktu yang paling sibuk bagi butik Cantique Costume. Ini kerana dalam tempoh lima bulan tersebut, banyak syarikat bank dan syarikat-syarikat swasta menganjurkan majlis akhir tahun yang bertema.

"Sekiranya tema yang ditampilkan hanya memerlukan tetamu bergaya dengan gaun malam, dres koktel atau pakaian tradisional Malaysia, barangkali ia agak mudah.

"Namun ramai yang pening kepala jika majlis yang dianjurkan memerlukan mereka tampil dengan kostum pelik dan menarik. Bagi saya adalah amat mustahil untuk membeli kostum yang mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk bergaya sesekali saja. Ini kerana tema majlis sentiasa berubah-ubah," ujar Rozi sambil memakaikan purdah fabrik nipis di muka Shara.

Rozi menyifatkan pembukaan butik Cantique Costume pada bulan November tahun lalu tercetus berdasarkan pengalamannya sendiri.

Sebelum ini Rozi yang pernah berkhidmat di salah sebuah bank turut mengalami situasi yang sama. Situasi yang menyukarkannya mencari kostum yang sesuai untuk menghadiri majlis anjuran syarikat.

Pada masa yang sama, Rozi turut mendengar keluhan dalam kalangan rakan-rakan sekerja yang sukar mencari kostum memandangkan tidak banyak butik kostum di sekitar Lembah Klang. Kalau ada pun hanyalah butik yang menawarkan kostum-kostum untuk penari dan produksi persembahan.

Bertitik tolak daripada itu, Rozi mengambil keputusan berhenti kerja dan membuka butik kostum. Walaupun tidak mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan tetapi pengalaman bekerja di bank sudah memadai untuknya berniaga.

Lebih membanggakan, anak kelahiran Sungkai, Perak, itu membuka butik kostum menggunakan wang simpanan tanpa meminjam daripada mana-mana pihak.

"Menjalankan perniagaan kostum suatu kerja yang menyeronokkan. Terutamanya, apabila berjaya memenuhi kostum kehendak pelanggan. Disebabkan itu, setiap minggu saya melayari Internet untuk melihat kostum antarabangsa yang sudah mula diterima oleh masyarakat tempatan.

"Dalam pada itu bagi memastikan kualiti kostum tidak cepat rosak, saya mengupah seorang tukang jahit yang pakar menghasilkan kostum mengikut rekaan asal. Saya juga menggunakan fabrik yang mahal dan terbaik untuk menjamin jangka hayat busana," tutur Rozi yang memiliki kelulusan Diploma Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain kostum majlis bertopeng, retro dan parti Halloween, Cantique Costume turut menawarkan koleksi pakaian tradisional dari pelbagai negara.

Jika tidak berkesempatan ke luar negara, Rozi akan meminta teman-teman membeli pakaian tradisional di negara yang mereka lawati. Paling tidak Rozi akan menempah menerusi jualan secara maya dan menjahit sendiri.

Sementara itu, Shara Fedayu memberitahu kewujudan butik-butik kostum memberikan kemudahan kepada orang ramai. Dengan adanya butik seperti itu pelanggan tidak gusar lagi untuk mencari dan menyewa kostum yang menarik.

"Pastinya butik kostum adalah pilihan yang ideal bagi mereka yang gemar menghadiri majlis yang mempunyai tema yang menarik. Kita tidak perlu membazir wang membeli kain untuk tempah kostum sedangkan kostum itu boleh disewa bersama aksesori pada harga yang berpatutan," kata Shara.

Mandian May White Radiance

Bermula dengan sabun kecantikan yang memenuhi keperluan asas pelanggan pada awal 1970an, produk May mengalami transformasi dari aspek rumusan, pembungkusan dan pengukuhan jenama, seiring dengan peredaran keperluan dan cita rasa pelanggan masa kini.

May kini adalah pemimpin dalam produk kebersihan diri yang dirumus khas dengan bahan semula jadi serta wangian bagi menyegarkan tubuh serta menyerlahkan kesejahteraan luaran dan dalaman.


Justeru, dalam memperkukuhkan posisi pasaran, Lam Soon membawa kepada anda rangkaian baru, sabuh dan krim mandian May White Radiance untuk terus menyegarkan dan menyemarakkan semangat anda.

Hidupkan impian untuk menerokai keindahan alam di mana anda dibelai wangian asli bungaan teh putih dan diusap haruman lembut sinar suria demi menyerlahkan keyakinan hakiki.

Pengurus Pemasaran (Keperluan Rumah & Penjagaan Peribadi), Lam Soon Edibles Oils Sdn Bhd, Carmen Foo, berkata pihaknya gembira memperkenalkan May White Radiance kepada pengguna Malaysia bagi memenuhi aliran masa kini dan permintaan untuk produk untuk mengekalkan kulit bersih berseri.

“Pengguna Malaysia semakin prihatin dan inginkan produk pembersih peribadi yang bukan saja berfungsi membersihkan badan tetapi juga memenuhi keperluan kecantikan dan kebersihan harian. Dalam menangani kesibukan harian, anda masih boleh menikmati belaian bahan semula jadi dengan haruman yang menyegarkan untuk kesejahteraan diri.

“Produk kami memberikan inspirasi dalam menggabungkan bahan-bahan penjagaan kulit seperti teh putih dan pati sutera dalam sabun dan krim mandian May White Radiance, untuk meningkatkan lagi manfaat kebersihannya. Wangian bunga-bungaan yang menyegarkan ini bakal membangkitkan keyakinan diri, lantas membawa kepada keterampilan lebih positif,” katanya.

Teh putih yang semakin popular sebenarnya teh hijau yang dipetik pada usia muda untuk mengekalkan kuasa teraputik, terutama kadar antioksida yang lebih tinggi. Antioksida dalam teh putih yang terdapat dalam sabun penyeri dan krim mandian May White Radience dipercayai dapat melindungi dan menghindari radikal bebas daripada kulit.

Selain menegangkan, teh putih juga terbukti melembabkan kulit sambil menjadikannya lebih berseri dengan sistem pertahanan terhadap pembentukan bintik hitam.

Pati sutera yang juga dikenali sebagai fiber sutera, iaitu sejenis protein yang dihasilkan oleh ulat sutera ‘bombyxmori’ dalam pembentukan sutera.

Pati sutera dalam rangkaian sabun dan krim mandian May White Radiance mengandungi protein yang terbukti membantu mengekalkan paras kelembapan kulit pada tahap optima. Pati sutera dipercayai boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit bagi melahirkan wajah yang muda dan berseri sambil menghasilkan lapisan perlindungan daripada pencemaran persekitaran. Selain White Radience berasaskan teh putih, ada berasakan mawar, lavender dan buluh.

Sabun May boleh didapati pada harga RM2.65 satu pek dengan tiga buku sabun 90 gram. Krim mandian dalam lima varian pada RM5.90 untuk botol 250ml; RM8.10 untuk pek isi semula 600ml dan RM13.90 untuk botol 700ml.

Rangkaian produk boleh didapati di seluruh negara.

INFO: Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

# Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) adalah pengeluar makanan, produk keperluan rumah serta penjagaan peribadi yang bertapak di Malaysia sejak 1950an.

# Produk berkualiti dalam kategori produk keperluan rumah dan peribadi termasuk sabun kecantikan dan krim mandian May, sabun Fruitale Nutrient, sabun & krim mandian anti-bakteria Antabax, pencuci tangan cecair dan sanitasi tangan, produk keperluan rumah ZIP, cecair pencuci pinggan bio-rumah mesra alam, cecair dan pes pencuci pinggan Labour.

# Sebagai sebuah jenama keperluan rumah dan penjagaan peribadi terkemuka yang diyakini oleh pelanggan, Lam Soon bertekad untuk menghasilkan produk bermutu demi gaya hidup lebih sihat dan bersih.

Womb Care Therapy (Terapi Penjagaan Rahim)

Terapi Penjagaan Rahim

Sebaik usia memasuki angka 40-an, kebanyakan wanita mulai bimbang dengan proses penuaan yang berlaku. Kehi-langan keupayaan kulit cthnya, akan menjadikan wajah tidak lagi kenyal dan berseri seperti sebelumnya. Ini disebabkan ketidakstabilan hormon berlaku di sepanjang hayat.

‘”Ramai sedia maklum, paras hormon sebelum akil baligh adalah berbeza dengan remaja. Apabila semakin berumur dan kitaran haid berhenti, kita akan mengalami ketidakseimbangan hormon untuk ke sekian kalinya. Sebab itulah kami di sini sentiasa memberi penekanan terhadap produk dan rawatan terbaik bagi melambatkan proses penuaan kulit ini,” ujar Pengurus Doux Visage Clinique, Jenny Goh.

Keseimbangan hormon dalam badan wanita bukan sahaja memberikan kekenyalan kulit, tetapi juga membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah-ubah dan tekanan.

Salah satu hormon berkait rapat dengan gejala yang disebutkan ini adalah hormon estrogen. Ternyata kehadiran hormon ini bukan sahaja penting untuk mengawal kitaran haid, tetapi juga kesuburan wanita. Penghasilannya yang tidak menentu merupakan punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).

“Estrogen ialah hormon semula jadi badan wanita yang dihasilkan oleh sel-sel dari ovari, kelenjar adrenal dan lemak. Ia berfungsi untuk memelihara sistem reproduktif wanita iaitu rahim, kesuburan dan peranakan termasuklah payudara. Ketidakseimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Antara salah satu kaedah yang kami lakukan di sini adalah melalui ‘Womb Care Therapy’ (Terapi Penjagaan Rahim)”, beritahunya.

Mengaplikasikan dua jenis rawatan sekali gus iaitu urutan dan akupunktur, ‘Womb Care Therapy’ ini amat sesuai dilakukan oleh wanita yang memasuki usia 40 tahun dan ke atas. Ini disebabkan pertambahan usia yang berlaku akan memperlahankan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah. Kurangnya estrogen dalam badan bukan sahaja mempercepatkan proses penuaan, tetapi juga masalah-masalah lain seperti kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan di bahagian vagina, ‘atropic vaginitis’ dan risiko sakit jantung.

Pewarna kuku Sparkling Diva Nail Lacquer Elianto

Penampilan lebih menyerlah dengan himpunan pewarna kuku Sparkling Diva Nail Lacquer daripada Elianto.


Hadir dalam 20 warna memikat serta berkilat untuk mereka yang ingin tampil menawan pada musim perayaan.

Sapuan bersinar pada kuku dengan pilihan rona pelbagai untuk tampak anggun dan seksi. Pewarna kuku ini hadir dalam botol berukuran 14 mililiter pada harga RM10 setiap satu.

Teh Herba NuvaTea Bebas Kafein


Teh Herba NuvaTea Bebas Kafein

Teh herba istemewa yang berbaloi untuk dicuba adalah NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea, di mana ia mengandungi bahan efektif BioSlim Botanicals sebagai kandungan utamanya.

Diformulasi oleh pakar herba dengan memikirkan kesihatan dan kesejahteraan anda, BioSlim Botanicals adalah formula efektif yang merangkumi kandungan utama 10 herba premium, daun dan rempah, antaranya daun Senna, daun Stevia, kulit oren, akar likuoris, marsymelo, akar eleuthero, daun betik, bunga kekwa, bebuas Jepun dan daun pudina.

Cubalah secawan panas NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea sebagai minuman sampingan bersama makanan kegemaran anda dan lihatlah sendiri bagaimana ia membantu:

Antaranya ialah ia mampu membantu melegakan sembelit, melegakan masalah pencernaan membersih dan menyahtoksin badan anda , menyegar dan memberi tenaga ,menguatkan pertahanan badan, menjadikan kulit lebih cerah , dan membantu mengekalkan bentuk badan ideal.

Hanya dengan secawan NuvaTea Caffeine-Free Herbal Tea sehari anda akan memperoleh faedah kesihatan, kecantikan dan pelansingan.

Campuran berkhasiat ini membantu melindungi dan memastikan sistem pencernaan anda berfungsi dengan baik untuk mengembalikan keseimbangan pada badan.

Anda pasti dapat merasakan campuran botanik aktif dan rasa lemon pudina asli yang hebat dalam membantu anda kekal bertenaga, memberi tidur yang lena, menceriakan hari anda, memudahkan perut yang bermasalah dan memberi bantuan yang diperlukan dalam mencapai berat badan ideal setelah habisnya perayaan. Tidak hairanlah formula teh ini dipercayai di Amerika malah dinobatkan teh diet no.1 jualannya di Amerika Syarikat (mengikut sumber Data IRI 2007 (Information Resources Inc.)).

Maklumat lanjut hubungi 03-5569 4337

Cincin Pertunangan/Perkahwinan Tomei


Cincin pengikat janji Eternal Binding

Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan, pastinya bulan Disember menjadi pilihan.

Bulan ini jugalah sanak saudara boleh bersua muka dan berkumpul bagi meraikan pasangan mempelai memandangkan hujung tahun merupakan cuti sekolah yang paling panjang setiap tahun.

Selain itu, pada hujung tahun inilah masanya diadakan jualan murah dan promosi pelbagai jenis produk.

Memandangkan sempena musim perkahwinan ini, maka syarikat -syarikat berkaitan penganjuran majlis itu kini menawarkan pelbagai barangan untuk dijadikan pilihan bagi meraikan hari bersejarah pasangan pengantin.

Tidak ketinggalan juga bagi butik pengantin, pembuat kad jemputan kahwin, perkhidmatan katering, perkhidmatan peralatan khemah, meja, kerusi, mak andam dan premis barangan kemas untuk dijadikan hantaran mahupun membatalkan air sembahyang.

Untuk itu, Tomei, pengeluar barangan kemas turut berbuat demikian dan menawarkan pelbagai koleksi barangan untuk pasangan pengantin.

Bagi tahun ini, koleksi perkahwinan 2009, Tomei menawarkan rangkaian barangan kemas untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, bertunang dan meraikan ulang tahun perkahwinan masing-masing.

Tomei turut mengeluarkan pelbagai reka bentuk dan gaya yang tidak kurang hebatnya yang pasti membuat ramai yang terpukau dengan kilauan batu dan keanggunan rekaannya.

Dalam memberikan kelainan, kali ini Tomei menawarkan cincin untuk setiap pasangan iaitu dua bentuk (sepasang) atau pun sebentuk untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

Bagi mereka yang inginkan kelainan dari segi reka bentuk dan gaya pula, apa kata anda dapatkan koleksi Eternal Binding.

Koleksi ini terdiri daripada empat set di mana ia boleh disuaipadankan dengan cincin untuk lelaki.

Dengan bertemakan romance, Tomei mencuba sesuai yang baru dalam mengeluarkan koleksi perkahwinan pada tahun ini.

Ini bagi memberi peluang setiap pasangan merasai kehangatan cinta dengan setiap reka bentuk yang dihasilkan.

Apa yang diharapkan agar setiap pasangan dapat meluahkan perasaan masing-masing dengan menghadiahkan koleksi daripada Tomei.

Debudu - Budu dalam bentuk debu


Bercakap mengenai masakan tradisional, tidak boleh ketepikan budu - sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan. Budu merupakan produk yang dihasilkan daripada ikan bilis dan garam yang diperam memberikan rasa dan bau yang unik.

Biasanya budu digunakan sebagai pencicah yang dimakan bersama-sama ulam serta nasi dan lauk-pauk.

Budu mempunyai semua asid amino dan tinggi dengan kadar lysine selain vitamin serta garam galian yang berguna.

Makanan ini juga merupakan sumber terbaik bagi Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

Budu juga mempunyai kandungan garam yang tinggi yang menghalang pengguna mengambilnya dalam kuantiti yang tinggi.

Bagaimanapun dengan kepentingan nutrisi tetapi pengeluaran yang terhad boleh membantutkan usaha untuk mengkomersialkan produk berkenaan.

Justeru Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalankan kajian menghasilkan budu dalam bentuk serbuk atau dinamakan debudu.

Pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, Fisal Ahmad mendapat idea menghasilkan debudu apabila sukar membawa budu menaiki pesawat.

"Budu yang merupakan makanan berkhasiat sepatutnya mudah dibawa ke mana saja selain senang disajikan.

"Botol budu yang dibawa menaiki pesawat biasanya mudah pecah akibat proses penapaian," katanya semasa ditemui di pameran Pecipta 2009 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru beliau menghasilkan debudu yang merupakan produk unik - merupakan budu yang dikeringkan .

"Produk baru ini boleh ditambah dengan beberapa bahan lain seperti cili, asam limau selain pembungkusan serta pengurusan yang mudah dan menarik," katanya.

Debudu merupakan kaedah terbaik untuk menangani masalah bekalan yang terhad selain meluaskan penggunaannya di masa depan.

Fisal menambah, apabila budu dikeringkan, ia tidak menghilangkan khasiatnya dalam bentuk Debudu.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan pengeluar budu terbesar bagi menjalankan kajian menghasilkan debudu.

"Bedubu boleh didapati dengan dua perisa iaitu asli dan campuran cili, limau dan bawang dan hanya perlu ditambah air apabila dihidangkan," katanya.

Debudu yang telah dibungkus menarik, jelas Fisal sesuai dijadikan cenderahati kerana kering, mudah dibawa.

JUS MATE 5


JUS DIET MATE 5 merupakan satu revolusi baru dalam produk diet di mana formula yang di temui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.Di formulasikan oleh Dr. Che Rozmey Che Din, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, MD(USM), M.MED(O&G)(USM) .

Beliau telah melakukan penyelidikan dan kajian yang terperinci sejak dari Jun 2003 bagi mencari satu formula unik yang serba lengkap bagi program pengurusan berat badan. Herba-herba segar dari Eropah diadun khas istimewa dengan pati buah-buahan menggunakan kaedah 'biotech' terkini berteknologi nano amat berkesan dalam membantu mengurangkan selera makan, menjadikan anda rasa kenyang dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian. Adunan ini merupakan satu formula yang begitu istimewa di mana semua ramuan-ramuannya yang terpilih diadun dan bertindak balas dengan harmoni.

BELI SECARA ONLINE


UNTUK SEMUA PRODUK
JDM5 / DR II / ESPRESSO XY /GAIN 5 / DOC-K

SEMENANJUNG
1 kotak = RM 200 (Bukan ahli)
1 kotak = RM 150 (Ahli)
3 kotak = RM 450 + Keahlian

LANGKAWI, SABAH / SARAWAK
1 kotak = RM 210 (Bukan ahli)
1 kotak = RM 160 (Ahli)
3 kotak = RM 480 + Keahlian

BRUNEI /SINGAPURA
1 kotak = RM 230 (Bukan ahli)
1 kotak = RM 180 (Ahli)
3 kotak = RM 540 + Keahlian

CARA PEMBELIAN SECARA ONLINE

Sila klik sini

BUAT PEMBAYARAN
Gunakan Cash Deposit / Bank Transfer ke akaun di bawah:-

MAYBANK
158172766582
(HASNUL ZAHILI B ABD HALIM)

HANTAR PENGESAHAN

Hantar pengesahan pesanan dan transaksi bayaran melalui:-

SMS ke HP : 018-5741968
Email : Hasnul_leo@hotmail.com

*nyatakan bilangan dan nama produk, nama bank serta jumlah bayaran
*sebarang pertanyaan, sila sms/call

Pertandingan Kongsi dan Menang I'm Nissan Crazy

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menghangatkan lagi kempen I'm Nissan Crazy dengan melancarkan Pertandingan Kongsi dan Menang, baru-baru ini.

Peserta berpeluang memenangi hadiah utama iaitu perjalanan pergi balik untuk dua orang ke Pameran Motor Beijing 2010 selain hadiah menarik lain bernilai RM20,000.

Anda hanya perlu berkongsi pengalaman Nissan atau sebarang kenangan manis berkaitan Nissan.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata sesiapa sahaja layak menyertai pertandingan itu.

"Mereka hanya perlu menceritakan pengalaman memiliki kenderaan Nissan atau aspirasi memilikinya di masa depan.

"Saya pasti banyak cerita menarik yang boleh dikongsi pemilik kenderaan Nissan.

"Ini adalah usaha berterusan ETCM membina komuniti Nissan tanpa mengira status pemilikan," katanya.

Syarat penyertaan, peminat kereta Nissan perlu menulis 200 hingga 250 patah perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Cina pengalaman mereka bersama Nissan.

Lampirkan tiga keping gambar sebagai gambaran kisah itu ditulis sebelum menghantar penyertaan.

"Pemenang dipilih berdasarkan ketulenan cerita, kreativiti dan kaitan dengan tema, I'm Nissan Crazy," katanya.

Hantar penyertaan bersama butiran lengkap ke e-mel, share&win@iamnissancrazy.com.my pada atau sebelum 31 Disember 2009.

Maklumat lanjut, layari laman web www.iamnissancrazy.com.my.

Serbuk pencuci TOP


TOP, serbuk pencuci premium yang terbaik dalam pasaran dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran semula dengan formulasi dan pek yang diperbaharui untuk memberikan anda produk dengan kualiti yang terbaik serta pengalaman pencucian yang menakjubkan.

Masih mengekalkan keberkesanan fungsi anti-bau hapak yang disokong oleh teknologi dari Lion Jepun, TOP yang diperbaharui ini juga memberikan anda satu lagi fungsi tambahan iaitu "Mencegah Fabrik Daripada Cepat Lusuh". Punca kepudaran fabrik adalah klorin dalam air, hilang kecerahan warna dan kepudaran warna selepas cucian yang kerap. TOP yang diperbaharui ini membantu memerangkap klorin bebas di dalam air untuk memelihara kecerahan fabrik dan mengekalkan warna pakaian agar kelihatan baru.

Persekitaran kita kini dipenuhi pelbagai penyakit dan virus berjangkit seperti selsema burung, demam chikungunya, penyakit kaki, tangan dan mulut dan lain-lain lagi. TOP Super Hygienic dilancarkan untuk memenuhi kehendak keluarga yang mengutamakan kebersihan. TOP Super Hygienic diformulasi dengan fungsi anti-bakteria yang tinggi dan berkesan. Ujian makmal dari Lion Jepun telah membuktikan ia dapat membunuh 99.9% bakteria. Pakaian anda dijamin akan dibasuh dengan lebih bersih, bau yang menyegarkan serta tahan lama. Dengan TOP Super Hygienic, keluarga anda dilindungi dari bacteria dan virus yang berbahaya.

Serbuk pencuci TOP yang diperbaharui ini boleh didapati dalam 3 variasi dengan fungsi tersendiri iaitu Super Colour, Super White dan variasi yang terbaru; Super Hygienic.

Terdapat dalam pek 125gm (WM & WM - RM1.00), 1kg (WM & EM - RM5.50), 3kg (WM - RM15.20, EM - RM16.10) dan 5kg (WM - RM24.30, EM - RM25.50) di pasaraya utama seluruh negara.

Bingkai gambar klasik Royal Selangor


Bercorak ringkas serta anggun bagi rekaan Reed dan Empire.

Biar sekadar bingkai gambar kadang kala membawa makna cukup mendalam apatah lagi jika ia pemberian insan tersayang bagi melekatkan potret yang merakam momen-momen indah.

Pilihan bingkai gambar sebagai hadiah memang tidak mengecewakan lebih-lebih lagi daripada koleksi Bingkai Kelasik (Classic Frames) Royal Selangor. Selepas dilancarkan pada awal 2009 dan mendapat maklum balas memberangsangkan, kini ditampilkan pula tiga saiz baru - 6R, 8R dan segi empat tepat - bagi rekaan Reed dan Empire.

Bercorak ringkas serta anggun, hiasannya yang tersendiri diinspirasikan oleh corak-corak halus klasik yang biasanya dapat dilihat dalam seni bina dan hiasan ukiran kurun ke-17 dan ke-18.

Diperbuat daripada Stanniu, iaitu loyang proprietari yang diperkenalkan oleh Royal Selangor, setiap bingkai menggunakan kemasan antik.

Ringkas namun bergaya, mana-mana ruang hiasan dalaman pasti lebih lengkap dengan rekaan-rekaan ini.

Permukaan kosongnya boleh diukir, menjadikan bingkai ini turut sesuai sebagai cenderamata untuk semua majlis.

Pembiayaan perumahan secara Islam

Pembiayaan perumahan secara Islam

Memiliki kediaman sendiri adalah sesuatu yang diidamkan oleh semua. Keputusan untuk membeli rumah adalah sangat signifikan dan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan seseorang. Ia bukan hanya memerlukan komitmen kewangan yang tinggi malah membeli rumah adalah satu pelaburan jangka panjang yang besar faedahnya.

Dalam merancang pembelian rumah banyak elemen yang perlu diambil kira, di antaranya; struktur isi rumah, tarikh pembelian, deposit dan pendahuluan, tempoh pinjaman dan pembayaran balik serta jumlah ansuran bulanan. Pengiraan secara teliti harus dilakukan agar tidak mempengaruhi perancangan perbelanjaan yang lain.

Hari ini membeli rumah melibatkan kos yang besar. Boleh dikatakan majoriti pembeli memilih mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk membiayai pembelian rumah mereka. Maka di sinilah, pembeli khususnya pembeli Muslim perlu membuat keputusan yang tepat dengan memilih institusi kewangan Islam. Ini kerana menerusi institusi kewangan Islam, urus niaga kewangan mereka bebas daripada riba, atau faedah.

Aspek lain yang penting diambil perhatian oleh pembeli dalam pembelian rumah adalah perlindungan takaful/insurans.

Ini kerana takaful/insurans menyediakan perlindungan kewangan dan juga kepada ahli keluarga. Apabila memohon pinjaman perumahan, pembeli perlu mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai peminjam serta institusi perbankan kerana pembeli akan berurusan dengan institusi perbankan di dalam tempoh yang panjang.

Dengan memahami serba sedikit tentang pengetahuan asas, hak dan tanggungjawab di dalam pembelian sesebuah rumah, pembeli dapat mengurangkan masalah berbangkit di kemudian hari.

Alhamdulillah, institusi kewangan Islam di negara ini mampu menyediakan kaedah pembiayaan pemilikan rumah yang mematuhi syariah dan kompetitif. Di antara kaedah yang popular ialah Bai Bithaman Ajil (BBA) dan kontrak perkongsian Musyarakah Mutanaqisah (MM).

Kaedah BBA adalah kaedah yang mula-mula digunakan dalam pembiayaan perumahan secara Islam oleh institusi kewangan Islam di Malaysia, pada masa itu Bank Islam Malaysia Berhad. Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Kaedah ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

Zaharuddin Abd. Rahman di dalam artikelnya, Pembiayaan Perumahan Secara Islam Semakin Inovatif menyebut bahawa konsep ini sangat popular di Malaysia dan sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 peratus dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep-konsep lain.

Sepanjang tahun 2005 juga konsep ini digunakan sekitar 41 peratus pula di dalam produk pembiayaan kewangan pelanggan.

Mekanisme operasi BBA ialah pembeli memilih suatu aset yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan. Pihak bank akan membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai dan aset tersebut telah menjadi hak milik pihak bank.

Selepas itu pihak bank akan menjual aset berkenaan kepada pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui. Hak milik aset tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.

Pelanggan A ingin membeli rumah berharga RM200,000. Kebiasaannya pelanggan akan membayar 10 peratus iaitu RM20,000 sebagai deposit kepada pemaju. Pelanggan A akan menandatangani perjanjian Sale and Purchase (S&P Agreement) dengan pihak pemaju dan kemudian akan mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.

Jika Pelanggan A layak membuat pembiayaan maka pihak bank bersetuju membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM180,000 setelah ditolak 10 peratus deposit yang telah dibayar tunai oleh Pelanggan A.

Maka rumah tadi telah bertukar hak milik kepada pihak bank setelah semua proses pemilikan ke atas rumah itu telah diselesaikan. Pihak bank akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru disebut sebagai harga jualan iaitu RM350,000 yang boleh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan dalam tempoh 20 tahun atau lebih, bergantung kepada persetujuan.

Satu lagi kaedah pembiayaan perumahan secara Islam yang telah ditawarkan oleh institusi kewangan Islam ialah Musyarakah Mutanaqisah (MM). Ia disebut-sebut sebagai alternatif kepada BBA.

Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara pada 6 Februari 2006 sebagai kaedah pembiayaan yang mematuhi Syariah kerana ia adalah satu kontrak yang dibenarkan dalam Muamalat Islam. (Shariah Resolution in Islamic Finance-BNM)

Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera dalam artikelnya, 'Pembiayaan Pembelian Rumah Secara Islam Alternatif' menerangkan, dalam MM ini melibatkan dua bahagian kontrak iaitu pelanggan membuat perkongsian (musyarakah) dengan bank di bawah konsep Syirkah al-milk (pemilikan bersama) dan bank memajak sahamnya ke atas pemilikan rumah berkenaan kepada pelanggan di bawah konsep ijarah (pajakan).

Di bawah MM ini pelanggan yang berhajat untuk membeli aset akan menemui pihak bank bagi mendapatkan pembiayaan. Pihak bank dengan pelanggan berkenaan akan menandatangani perjanjian Musyarakah untuk sama-sama membeli aset berdasarkan nisbah saham masing-masing sebagai contoh 90:10.

Deposit yang mungkin telah dibayar oleh pelanggan akan dikira sebagai bayaran awal sahamnya. Pelanggan kemudiannya akan menyewa bahagian aset yang dimiliki oleh bank menerusi perjanjian Ijarah.

Setiap pembayaran sewa adalah dikongsi bersama antara pelanggan dengan bank menurut nisbah pemegangan saham masing-masing dan dalam bayaran sewa yang dibayar oleh pelanggan sejumlah tertentu akan digunakan untuk membeli bahagian saham yang dimiliki oleh pihak bank. Justeru, nisbah saham pelanggan akan terus meningkat selepas setiap pembayaran sewa dan nisbah saham pihak bank akan terus berkurangan sehinggalah ia dimiliki sepenuhnya oleh pelanggan.

Dalam pembiayaan perumahan, aspek perlindungan takaful adalah antara aspek penting yang perlu diberi perhatian. Perlindungan ini perlu untuk memberi jaminan kewangan sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Secara umumnya, sekurang-kurangnya perlindungan takaful berikut perlu diambil oleh seseorang yang membuat pembiayaan membeli rumah iaitu Pelan Takaful Gadai Janji, Pelan Takaful Empunya Rumah dan Takaful Isi Rumah.

Pelan Takaful Gadai Janji ialah perlindungan takaful yang melindungi pihak pelanggan bank dalam bentuk menyelesaikan baki pembiayaan jika pelanggan berkenaan mengalami kehilangan upaya kekal atau meninggal dunia.

Manakala, Pelan Takaful Empunya Rumah ialah satu bentuk pelan perlindungan takaful untuk melindungi rumah kediaman terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi.

Takaful Isi Rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumah kediaman, dan perlindungan kepada pelanggan sebagai peserta jika berlaku kecederaan maut.

Pelanggan boleh menyertai Takaful Empunya Rumah atau Takaful Isi Rumah atau kedua-duanya sekali untuk perlindungan yang menyeluruh.

Perancangan yang betul akan dapat memberikan keselesaan dan meminimakan masalah berbangkit dalam mengurus pembelian dan pembiayaan perumahan.

Mudah-mudahan dengan sedikit persedian khususnya dari sudut pengetahuan asas akan dapat membantu seseorang itu membuat keputusan yang lebih tepat untuk membeli dan memiliki sebuah rumah yang diidamkan.

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

MPV Perodua Alza



MPV Perodua Alza



ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.






TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza nampak kemas.





RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.





TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.




Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan. Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus pada tahun hadapan.




RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.



Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati, teknologinya asas.






Alza memenuhi citarasa keluarga kecil dan anak muda yang ingin bergaya.





Alza sebenarnya tidak sesuai digelar MPV. Perodua sendiri menyedari hakikat itu dengan meletakkan tagline 'Car One Moment, MPV The Next'. Kenderaan itu adalah transisi antara sebuah kereta, station wagon kepada MPV.

Jika anda mengharapkan tujuh dewasa dengan bagasi dan keselesaan, Alza bukan pilihan yang tepat. Namun jika anda mahukan kereta yang boleh mengangkut perkakasan dari Ikea, membawa kawan atau keluarga bersantai di hujung minggu, Alza mungkin calon terbaik.

Pure Mediterranean Perfumes


Bau badan sememangnya boleh menjejaskan penampilan diri. Tidak lengkap seseorang itu dengan gaya menarik tetapi apabila dihampiri, badannya agak berbau.

Misi perapian diri seharusnya bermula dengan perawakan menarik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dalam aspek itu, wangian juga ada peranan tersendiri.

"Untuk menterjemahkan kecantikan diri, saya menyajikan haruman indah buat wanita mahupun lelaki dikenali sebagai Pure Mediterranean Perfumes.

"Meletakkan jenama tanpa alkohol daripada pati paling berkualiti (gred A), inspirasi haruman terkenal memang menjadi kegemaran ramai," kata Pengarah Urusan Enigma Tech, Alia Osman.


Menurutnya, manifestasi wangian untuk menghalang bau badan daripada mengganggu penampilan diri seseorang turut mengambil kira nama besar dalam industri hiburan dunia.

Britney Spears, Jennifer Lopez (J Lo), Paris Hilton dan DKNY turut diabadikan menerusi bauan tertentu. Apa yang dipakai mereka seolah-olah menggambarkan sifat diri selebriti pujaan.

Untuk sesetengah wanita, inspirasi jenama seperti Salvatore Ferragamo, Ralph Lauren, Lancome dan Chacarel nyata memberi haruman tersendiri.

"Dalam hal ini, nama sedemikian amat penting kepada remaja atau wanita yang mementingkan gaya," katanya.

Biarpun baru lapan bulan beredar di pasaran, ternyata haruman yang diperoleh dalam empat botol tiga mililiter dalam setiap set ini mendapat sambutan kerana ramai penggemar yang sukakan bentuk pembungkusannya yang sederhana itu.

Tambahan pula katanya, wangian tanpa alkohol tidak banyak di pasaran sekali gus mendorong minat kumpulan ini untuk menjadikannya sebagai antara bahan penting kerana ia juga senang dibawa ke mana-mana destinasi.

"Jika ramai yang tercari-cari wangian yang boleh digunakan tanpa rasa was-was untuk bersolat, jenama kami mengutamakan nilai itu. Apa yang menjadi sandaran penting adalah bahan gred A yang digunakan sebagai pati wangian merangsang minat umum untuk memilikinya.

"Untuk itu, kami memberikan rumusan terbaik buat pelanggan dengan menawarkan harga patut iaitu RM28 (Semenanjung Malaysia) dan RM32 di Sabah dan Sarawak.

"Memenuhi kehendak ramai bukan sesuatu yang mudah tetapi sehingga kini, kami mendapat sambutan yang amat memberangsangkan," katanya.

Bukan hanya kumpulan sasaran itu yang sukakan rumusan wangian berkenaan, lelaki juga tidak ketinggalan meminati bauan yang menghampiri inspirasi Calvin Clien (Eternity), Dunhill (Desire Red), Ralph Lauren (Polo Sport) dan Hugo Boss (No 6).

"Menariknya haruman ini kerana ia kekal pada baju melebihi 12 jam. Bahkan, ada pengguna memberi maklum balas ia kekal melebihi 24 jam pada pakaian mereka.

"Bagi syarikat kami, memastikan kualiti haruman ini sebagai kepuasan kepada pengguna amat penting kerana kesuciannya sesuai untuk sembahyang dan ke sebarang majlis," katanya.


Untuk sebarang pertanyaan, kunjungi Enigma Tech, 42-1 Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, Selangor atau hubungi 016-9169937, 017-5055528, 017-2727012 atau layari www.pureperfumes.biz

Hapuskan Bau Badan

Sebenarnya, terdapat teknik alternatif secara semulajadi yang anda belum pernah terfikir.

Dengan Hanya 30 Saat Sehari, Bau Badan Dijamin Hilang!"

Satu proses yang mudah, yang mengambil masa 30 saat setiap hari, dengan munggunakan bahan-bahan yang mudah dicari dan murah (mungkin juga anda memang sudah memiliki bahan-bahan ini). Ia mudah untuk dimasukkan ke dalam rutin harian anda, dan ia akan menghapuskan masalah peluh berlebihan selama-lamanya!

Keterangan lanjut, sila klik sini


Teknik Hapuskan Badan Berbau. Info lanjut, sila klik sini.

AlisKlamp Alat Berkhatan Pakai Buang

Lupakan seketika ketajaman pisau tok mudin sewaktu anak-anak berkhatan lebih 20 tahun lalu. Sebenarnya, tradisi berkhatan bukan baru wujud dua tiga dekad lalu. Sebaliknya, tradisi tersebut dikatakan bermula sejak 4,000 tahun lepas. Malah, seorang pakar evolusi otak terkemuka tahun 1900-an, Sir Grefton Eliot Smith yang mengkaji sejarah Mesir mendakwa tradisi berkhatan bertitik-tolak dari era heliotik sekitar 15,000 tahun lalu!

Biarpun begitu, prosedur berkhatan secara tradisional sering menjadi bahan perdebatan dalam dunia perubatan. Antara isu berbangkit termasuk risiko jangkitan, kesakitan dan hasil kosmetik yang tidak begitu memberangsangkan.

Kajian-kajian turut membuktikan keadaan persekitaran berkhatan yang tidak bersih dan standard prosedur yang lemah akan mendedahkan pesakit kepada pelbagai jenis jangkitan.

Menyedari hakikat tersebut, pelbagai alat berkhatan telah diperkenalkan di pasaran dunia. Terbaru, inovasi untuk membantu prosedur berkhatan lelaki telah diperkenalkan di Malaysia. Ia dinamakan AlisKlamp.

Merupakan sebuah alat berkhatan pakai buang, AlisKlamp dicipta oleh pasukan yang terdiri daripada pakar urologi, Dr. Vedat Ali Canoglu dan pakar berkhatan, Dr. Mustafa Demirelli.

AlisKlamp terdiri daripada sebuah tiub polikarbonat lutsinar dan mekanisme penyepit plastik berwarna putih. Ia dipercayai mampu memberikan hasil estetik yang baik serta mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, ia berupaya mengurangkan pelbagai komplikasi akibat prosedur berkhatan konvensional.


Inovasi terkini itu telah diterima baik dan digunakan di serata negara Eropah dan Asia Barat sejak diperkenalkan di Turki pada tahun 2004.

Dalam majlis pra-pelancaran AlisKlamp di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr. Mustafa memberitahu, setakat ini, lebih 3,000 pengguna telah dilatih untuk menggunakan produk tersebut. Golongan pengguna itu terdiri daripada pensyarah, paramedik dan jururawat.

Jelasnya, berbeza dengan berkhatan cara klasik, AlisKlamp menawarkan beberapa kelebihan yang signifikan. Produk terbaru itu memudahkan prosedur berkhatan dilakukan tanpa jahitan pembedahan dan darah.

Selain memastikan keselesaan pesakit, teknik berkhatan juga perlu memberikan rasa selesa kepada doktor yang melakukannya.

"Berbanding teknik berkhatan yang lain, AlisKlamp memberikan prosedur berkhatan yang lebih pantas. Ini bermakna kadar trauma dan tekanan ke atas anak boleh dikurangkan.

"Lagipun, risiko doktor seperti kami untuk mendapat sakit belakang juga boleh dicegah," jelas Dr. Vedat selepas sesi menandatangani perjanjian bersama pengedar eksklusif di Malaysia dan beberapa buah negara di Asia, Eskayvie Sdn. Bhd.

Sepanjang proses pembedahan dan selepas pembedahan, pesakit tidak perlu bimbang tentang isu pendarahan. AlisKlamp tidak menyebabkan jumlah titisan darah yang banyak daripada kulit yang dipotong.

Atas sebab itulah produk AlisKlamp juga boleh digunakan oleh kanak-kanak yang mengalami sejenis pendarahan abnormal, hemofilia.

Satu persoalan yang sering timbul dalam minda kebanyakan ibu bapa apabila anak menjalani prosedur berkhatan adalah masalah luka lambat sembuh.

Namun, Dr. Vedat memberitahu, salah satu faktor luka lambat sembuh adalah kerana potongan pada kulit khatan yang tidak betul. Teknologi AlisKlamp bagaimanapun menawarkan potongan kulit khatan yang lebih dilindungi dan sempurna.

Dr. Mustafa pula menjelaskan penggunaan AlisKlamp mengurangkan keperluan seseorang kanak-kanak untuk memakai pakaian khas setelah pembedahan berakhir.

Lebih menarik lagi, anak yang dikhatan menggunakan AlisKlamp boleh menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa. Berjalan, bermain, mandi mahupun berenang di kolam atau pantai serta-merta selepas prosedur berkhatan juga tiada masalah!

Risiko jangkitan dan pendarahan yang rendah dalam prosedur berkhatan menggunakan AlisKlamp juga bermakna tiadanya keperluan untuk mengenakan pembalut selepas itu.

Malah, AlisKlamp boleh ditanggalkan dalam tempoh sehari hingga lima hari selepas prosedur berkhatan dilakukan tetapi ia bergantung kepada umur anak yang dikhatankan.

Sesuai digunakan oleh segenap usia, AlisKlamp juga didatangkan dengan lima saiz berbeza untuk kanak-kanak dan empat saiz untuk orang dewasa. Ia juga dicipta untuk kegunaan bayi baru lahir sehinggalah remaja berusia 15 tahun.

AlisKlamp telah menerima pengiktirafan daripada EU (European Union) Declaration of Conformity (CE), Patent Certificate, Industrial Design Registration Certificate dan Trade Mark Registration Certificate. Pihak pengeluar AlisKlamp, Aba Group juga sedang menunggu kelulusan daripada Pentadbiran Perubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat (AS).

AlisKlamp diedarkan khas oleh syarikat Eskayvie Sdn. Bhd. di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina dan Papua New Guinea. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Alqudri di talian 019-477 0438.

Doa Pengasih

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Info lanjut, sila klik sini.

Kerja Dari Rumah

Recent Posts