Beg kembara Bric's

Lasak dan bergaya - penampilan istimewa Bric's, jenama pilihan beg kembara bertaraf mewah.

Sekali gus menjadikannya salah satu jenama yang dipercayai dan sesuai untuk kembara ketika bercuti dan melancong ke destinasi pilihan.

Bagi penggemar aktiviti lasak, beg kembara ini pasti menjadi pilihan kerana kualiti dan rekaannya.

Mula memasuki pasaran Malaysia pada akhir 2009, koleksi Bric's membentuk identiti tersendiri dengan menggabungkan ketinggian kualiti, daya tahan dan nilai-nilai yang praktikal.




Sejak dibawa masuk oleh Dianomig Sdn. Bhd, himpunan bagasi mewah ini telah mendapat perhatian di pasaran tempatan.

Pelbagai rekaan untuk golongan wanita, lelaki, profesional, remaja dan penggemar fesyen - beg kembara yang ditawarkan sememangnya bermutu tinggi.

Anda boleh memilih sama ada beg perniagaan, kasual, beg sandang belakang, beg wanita dan beg kepit.

Pilihan popular

X-bag antara sebahagian koleksi popular Bric's. Diperbuat daripada kulit dan nilon, koleksi ini menonjolkan gaya menarik dan mengikut trend semasa.

Setiap X-bag akan diberi beg tambahan seperti dompet yang boleh dipadan dengan gaya kasual.

X-bag sesuai digayakan dalam cuaca tropikal dan praktikal untuk pelbagai situasi. Selain digelar beg kembara, wanita yang inginkan gaya ringkas boleh memilihnya untuk ke pejabat atau bersantai.

Selain itu, kebanyakan beg kembara Bric's boleh berputar dan menegak selain diperbuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi seperti polister denier, nilon dobi denier untuk beg lembut dan polipropilena, polikarbonat untuk beg keras.

Di sebalik harganya yang mencecah angka ribuan, Bric's juga menghasilkan koleksi mampu dimiliki RM1000 ke bawah.

Koleksi jenama ini boleh didapati di butik Isetan, House of Leather, Eraman & Cuir dan Bangsar Village II.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH